dah nak raye!!!!!!


lagi 5 hari nak raya... tahun ni tak hantar satu kad raya pon. Kami pon tak beri sesiapa kad raya. Mungkin kerana kemajuan teknologi masa kini (dengan sms, mms, email, ecard, dsb...) menjadi pilihan yang lebih ringkas, mudah dan cepat. Kad raya pon macam dah tak laku sangat pula. Tapi my hubby masih dapat tempahan kad raya korporat. Jadi sebenarnya, kad raya masih perlu, untuk sesiapa yang masih menghargai dan merasakan kepentingannya.

Bersempena dengan ini, anggunjelita.com pon nak ucapkan selamat hari raya juga. Dan pilihan kami adalah melalui blog dan laman web (kerana kami bertapak di sini). Nak bagi kad raya tak dan lah... ramai sangat pula...

ok selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin. Makan lemang dan ketupat tu berpada-pada. kekalkan kesihatan, anggun dan jelita di hari raya ini... :)

Comments

Popular posts from this blog

Menempah penginapan percutian dengan AirBNB

5 percutian musim panas luar biasa di Melbourne dan Victoria

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?