macam-macam berlaku semenjak 2 menjak ni

seperti tajuk, tak banyak sangat explanation nak diberi... antara yang berlaku dalam sekitar 2 minggu ni...

1. kami sekeluarga balik kampung jasin (detail ada kat blog fotoharian.blogspot.com). malas nak tulis sekali lagi

2. hubby beli kamera baru! hape??!!! biar benar... macam-macam lah alasan nye... dulu masa nak beli sgt DSLR tu pon mcm tu la jgk. macam2 alasan. cakap la apepon, tak makan punya... tgh banyak duit la tu... jangan lupa beli baju Juwita pulak..

3. esok nak pergi bercuti ke utara semenanjung. tak sabar rasanya!!! dah lama tak bercuti sekeluarga. Ialah, kalau ikutkan, honeymoon pon tak pergi lagi.... bilalah dapat pergi honeymoon agaknya....

4. harini Juwita jatuh buaian. bercampur2 perasaan ada... sedih, marah, kesian...risau pon ada... ialah, mesti sakit kepala dia tu. kot2 jadi apa2 nanti.. bukan nak pikir buruk. Tapi kalau jatuh terhantuk kepala, mestilah bahaya kan.. harap tak jadi apa2lah... pernah terbaca antara sbb ADHD (hyperactive) adalah kecederaan otak. dan faktornya adalah kerap terhantuk atau jatuh ketika kecil. mmmm itu lah yg nak dielakkan tu... sian anak ibu... nanti biar ibu je yg jaga adik syg ye.... ibu tak percaya orang lain dah...

5. semalam letih sgt sampai tidur awal. Lupa nak basuh baju. So, harini basuh baju dengan jayanya... hihihi.

oklah. cukup dulu. nak masak lunch pulak. hubby baru balik beli sotong. nampaknya tgh hari ni makan sotong. (not my favourite actually. suka mkn sotong goreng tepung kat umbai jer, yg lain semua geli).

Nasib baik ada blog ni... boleh la luah apa yg nak diluah.. suka duka sedih gembira... kalau tak pendam sorang2 je kan.. tak happy la kalau benda gembira pon tak boleh kongsi... hubby pon banyak keluar jumpa client. kadang2 tu keluar pagi sampai malam2 baru balik... macam orang gila kita kat rumah ni... cakap dgn tv, dgn pokok, dgn blog, dgn juwita.... kadang2 letih juga layan juwita ni... tgk laptop ni pon dah muak dah... ialah kan... kita nk bercakap dgn orang...

terpikir jugak kalau ada baby car seat maybe senang sikit kot nak keluar kemana2. boleh bawak juwita keluar window shopping. takde la terperok dalam rumah kenit ni je... serious. boleh gila beb!!!

macam mana la agaknya perasaan repunzel yang terkurung atas menara tu kan... tunggu pureta raja selamatkan dia... mmmm mesti boring....

Comments

Popular posts from this blog

Menempah penginapan percutian dengan AirBNB

5 percutian musim panas luar biasa di Melbourne dan Victoria

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?