mari mengenali diri dan teman rapat

ok, ni sesi mengenali diri dan teman rapat... sejauh mana anda mengenali diri anda sendiri dan teman rapat anda (might be your husband, wife, bestfriend, housemate...)

nama penuh anda
-noor hidayah mohd halim

umur anda
-25 tahun, tahun ini

5 perkara yg anda sukai (bukan makanan)
-suka shopping
-suka baju cantik dan bergaya
-suka make up
-suka masak masakan baru especially western (tp selalu tak de masa sesuai, bahan takde, lg pon takde org mkn, bla bla bla...)
-suka membaca, especially majalah wanita, fashion, actually suka jgk baca novel dan buku resepi

5 perkara yang tak disukai (bukan makanan)
- tak suka orang buat sepah dan letak barang merata-rata
- tak suka bau busuk especially bau sampah
- tak suka orang usik barang atau guna barang saya tanpa kebenaran
- tak suka cakap benda yang sama berulang kali, dan tak suka orang tanya benda sama banyak kali. tak ngombey betul org tuh! huh...
- tak suka baju kelawar (menyampah tengok)
- tak suka baju besar sbb nampak badan gemuk
- tak suka gemuk

impian 5 tahun lagi
- surirumah yang berjaya dalam perniagaan online (online boutique petite four ada byk koleksi dan ada peminat tersendiri) dan masa yg sama, rumah nak lebih terurus dan lengkap segala perabot dan keperluan. Ada kebun hidroponik sendiri di halaman rumah yg tanam tomato, salad, sawi, kubis... bestnye... Then, nak joint kelas belajar make up dan grooming. Kalau boleh nak sambung belajar (tp macam mustahil je....)

impian 10 tahun lagi
- keluarga semakin besar, ada anak 3 kot (hehehe), ada rumah selesa sket, perabot lengkap, especially kitchen cabinet siap ada convection oven dan segala bahan memasak complete (macam kitchen martha stewart atau nigella lawson), bilik tidor yg besar katil empuk..... bisness internet makin menjadi-jadi. Memang ibu bekerja dari rumah yang berjaya lah! silap2 boleh keluar magazine lagik! hahaha....

impian 15 tahun lagi
anak dah besar2... agaknya yang kecil sekali pon dah lepas susu dan dah boleh main sendiri ( betul ke kiraan aku ni...), duit simpanan pon dah ada sket... nak bukak life boutique somewhere! so peminat2 fashion petite four boleh dapatkan koleksi kat butik petite four kat butik... mmm tp lokasi tak dapat bayang lagi kat mana... masih samar2 lagi impian ni... hehe.. yg pasti, rumah pon dah selesa dengan 3 atau 4 anak yang comel2 dan cemerlang dalam hidupnya... juwita dah 15 tahun dah masuk asrama (sedihnya kena lepaskan dia pergi....)

impian kepada teman rapat/pasangan
perniagaan semakin maju, dah buka kedai sendiri yang dijaga oleh pekerja (pekerja ada 4 atau 5 org), ada cawangan/showroom di tempat berasingan. Kerja2 print pon semua pekerja yang buat dah... hubby just monitor je dari jauh n melawat kadang2. boleh pergi bercuti somewhere, bila2 nak. n have a lot of quality time with family.

orang yang di tagged
-my hubby, mokhtarmizi b yaacob

7 perkara yg anda tahu tentang orang yg anda tagged
- seorang yang sederhana tetapi bercita-cita tinggi
- sentiasa perlukan sokongan dan dorongan orang terapat dalam melakukan sesuatu, jika tidak, semangatnya mudah pudar.
- bila hendakkan sesuatu, tidak ada sesiapa yang mampu mengubah dan mempengaruhinya
- mempunyai jiwa kekeluargaan yang kuat dan sentiasa ringan tulang membantu keluarga terutama ibu bapa dan adik beradiknya
- mempunyai minat yang berubah-ubah
- not an organise person. barangnya bersepah-sepah sana sini, like to keep something that i already call junk!, selalu hilang barang sbb barang dia bersepah dan lupa letak mana...
- sentiasa harap orang lain jaga barang dia... so , i become personal assistant n secretary to him :P

daaa.... xoxo

Comments

Popular posts from this blog

Menempah penginapan percutian dengan AirBNB

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?

Kemas kini gambar passport anak anda