3 mothers in my life

25 tahun hidup ku ini (25 tahun ker? macam tak percaya je) aku bertuah sebab ada 3 ibu dalam sepanjang hidup.

1. ibu kandungku.
hobi dia buat kek dan roti. so, dia jadikan hobinya sebagai kerjaya.. dia bukak kedai kek dan roti di bandar jasin. maka lahirlah kedai kek kesang. i personally admire her for that! only a courage woman will do the same as she do. she quit her pro- job (account teacher at MRSM jasin) and start her own business. thats huge man!!! not everyone bold enough to quit a stable job and chase her dream job! she is really strong mentally and physically (well, peralatan kat kedai tu berat2 belaka ok...) not to forget, dia yang mengandung dan melahirkan ku di dunia ini... dan dia juga yang membiaya pelajaranku selama ini.
ibu ku di kedai kek nya... asyik membuat roti

2. ibu asuhanku
sejak aku berusia 40 hari, aku telah dihantar ke rumah mak betah untuk diasuh. (macam nabi muhammad, kan dihantar ke ibu susuan). Tapi ni bukan ibu susuan, mak betah adalah ibu pengasuh ku. Ibu yang mendodoikan dan memelukku sampai aku tidur di ribanya. Ibu yang menyuapkan nasi ke mulutku dengan tangannya. Ibu yang rinca kan nasiku dengan ikan, sambal dan kicap. Ibu yang menjaga dan melayanku seperti anaknya sendiri! anak-anaknya adalah kakak dan abangku, dan aku adalah anaknya.
mak betah bersama juwita. dulu aku lah yang duduk kat riba mak betah...

3. ibu mertuaku
sejak berkahwin, aku mula ada ibu mertua. Ibu mertuaku ini seorang yang simple dan baik hati. aku boleh gelarkan ibu mertuaku ini sebagai home goddess sebab seharian duduk di rumah mertuaku, dari terbit fajar, sampai lah ke malam, tak pernah aku nampak dia duduk rehat-rehat saja depan tv. ada saja kerja dia buat... tak pernah habis! ibu mertuaku ini juga seorang yang mengambil berat (semua ibu mengambil berat, tapi tak semua ibu akan ambil berat kat menantu macam anak sendiri). kalau aku sakit perut atau demam, dia mesti cepat-cepat cari ubat dan sebagainya... suamiku sungguh beruntung sbb ada ibu yang sangat2 memahami dan penyayang.

(gambar ibu mertuaku tak de... dah puas cari, tp x jumpa)

kini, aku juga menyandang gelaran ibu...
me and my baby juwita

sejak bergelar ibu ini, sungguh ku akui, naluri keibuan membuatkan aku lebih penyayang dan mudah tersentuh dengan anak-anak. Sungguh! aku menangis jika melihat anak2 yg kurang ajar, atau bercakap kasar dengan ibunya. Segarang mana pon ibu itu (ibu ku sangat lah garang), dan jika jahat mana pon anak itu, jika ditanya harta apa yang paling si ibu sayang, ibu akan menjawab ANAKNYA.


selamat hari ibu buat semua ibu di dunia ini.

love, hug, n kisses! from juwita n ibu & abah juwita!

me and juwita again! theehehee...

Comments

zZana said…
hepi belated mother's day dayah...
sory la..delay skitt..mmuuahh for juwita :0)

Popular posts from this blog

Menempah penginapan percutian dengan AirBNB

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?

Kemas kini gambar passport anak anda