MAC conjure up & superdupernatural; review & swatches

barang2 yang i dapat hari ahad haritu


2 mineralize blusher from MAC ni kan.... dah berkurunnnn dah termimpi-mimpi nak dapatkan sebijik. sejak dari Holiday collection keluar memang i dah aim 2 shade ni. Sebenarnya memula jatuh cinta kat love joy dengan gleeful, tp since 2 shade yg Limited Edition ni keluar, terus jatuh cinta. Takde alasan nak amik yang lain dah. Review kat mana2 pon mesti letak 2 shade ni thumbs up and must grab for this season. So, i grab lah... jangan salahkan i ye.. salahkan review2 yang dok promote blusher ni giler2 sampai i tergoda.. ahakkss..

So, like i told you all, i COD this things from kak najwa (red glow) kat shah alam. dah laaaamaaa order kat dia, tp since dia buzy dan outstation memanjang, terpaksa la tunggu... so, last sunday akhirnya benda ni kat tangan i. sangat haaapy!!!


2 mineralize blusher ni adalah dari holiday collection, MAC ye. Maknanya dia adalah LE (Limited Edition) tak tau la MAC nak terus continue ke tak product ni lepas ni, tapi harap2 diorang continue sebab 2 shade ni mmg antara the best mineralize blusher dari MAC. Dapat review sangat baik dari temptalia, spectra, dan byk lagi website2 makeup yg lain :)


Oleh kerana dah ramai sangat yang review pasal 2 benda ni, so i taknak la buang masa repeat all the same things here. I just want to show you all the swatches and some of my opinion after using it.. ok?


left: conjure up, right: superdupernatural

Start dengan Conjure Up

dirty mid-tone plum (frost)


kat website kata dirty mid-tone plum. haah. mmg ya pon. ( ape punya review daa...) color dia sangat chantikkk hokeyy!!!! blend well kat pipi, easy to apply, color dia highly pigmented tapi x over powering the whole makeup look. macam ne nak cakap eh... color dia soft je bila kat pipi. dan bagi effect frost (ala2 sheer, tanpa glittering2) so dia buat pipi nampak dewy, flawless je. cantik giler.


right: conjure up, left: superdupernatural (taken indoor, natural light w/o flash)

Superdupernatural

mid-tone coral (frost)


seperti namanya jugak, shade ni memang sangat natural. bila apply kat pipi, nampak natural sangat. Coral shade mmg sesuai utk kulit asia kan... so, shade ni mmg must have. Tak kira la ape skin tone kita, shade ni mmg boleh complement all shade and all look (ape punya ayat la aku cakap nih). Ni pon frost jugak, so mmg bagi effect pipi tulus mulus heheee...


left: conjure up, right: superdupernatural ( taken indoor, low flash)

2 shade ni jugak dapat high rating sebab dia frost ni lah. mineralize blusher MAC yang lenlain semua ade gold pearl atau gold veining, yg buat muka a bit glitter2 gitew bila pakai. Sebab tu ramai orang takut nak pakai mineralize blusher sbb color dia x matte, sangat tak sesuai untuk pakai hari2. Tapi 2 shade ni frost la pulak... dan color dia pon marvelous... so... paham2 la kan... of course dapat rating tinggi. even kat website MAC dah tulis 2 shade ni sold out dah...

so, korang... ape lagi... sebelum kat MAC store malaysia ni sold out jugak, dapatkan lah satu heheee....


more swatches. left: conjure up, right: superdupernatural. (indoor, w/o flash)

ade 2 shade ni pon dah cukup dah letak dalam makeup bag u all. tak perlu kumpul blusher banyak2 dan tak perlu risau kenkonon blusher tak sesuai ke hape... 2 shade ni confirm boleh masuk punya!

I LOOOOOOVE this mineralize blusher!

p/s: next time bila i pakai kat pipi i snap gambar utk u all key... time buat review ni tak ambil gambar pipi la pulak... tapi dah pakai dah...

Comments

Sherry said…
me x cukup tidur pimple.. more and more.. :(
Sherry said…
nak tanya ada just faux mac.. wht u think of them?
Sherry said…
I mean faux mac ok x atau make skin worst?
Anonymous said…
You have tested it and writing form your personal experience or you find some information online?

Popular posts from this blog

Menempah penginapan percutian dengan AirBNB

5 percutian musim panas luar biasa di Melbourne dan Victoria

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?