tak best lah cuti sekolah

mmm.... tak suka cuti sekolah. sebabnya, tiba2 mana2 tempat dibanjiri manusia pelbagai karenah dan perangai. Kadang2 sampai nak jalan pon susah. Nak makan lagi la susah...

sesetengah tempat tak berapa sesuai bila ramai orang, contohnya macam kat ikea... time penuh macam ni... memang sungguh tak best! nak jalan pon berempit-empit. sesak sangat sampai rimas... ohh... aku tak suka orang ramai, sbb rimas.


tesco pon tak best bila ramai orang. sangat tak suka berebut ikan dan sayur dengan makcik2 sungai penchala. confirm, sayur2 dah koyak2, ikan dah lebam2, sebab masing2 dok melombong konon2 cari yang the best tuh. Tu tak kira orang yg tak reti beratur kan... tak pon orang yg tak reti nak masukkan sayur dalam plastik bila nak timbang. tu semua la tuh... melambatkan kerja dan masa.

kesimpulannya, aku tak berapa suka keluar jenjalan time cuti sekolah ni... kecuali, (ada exceptional) time...


1. tengah bulan (gomen lom masuk gaji, so diorang ontok2 je dalam rumah)


2. weekdays, isnin atau selasa. sebab kadang2 minded orang malaysia ni suka keluar hari sabtu dan ahad.
Tapi kalau time cuti sekolah ni... hmmm weekdays pon sesak! nak2 kalau ade sales...

3. pagi2... orang kl tak ramai yang gigih nak keluar ke mall pagi2. area pukul 9++ tu... mall baru bukak... selesa sikit nak jalan. tapi kena push up juwita dan diri sendiri la mandi pagi2 buta kan... hehe... sekali sekala larat la...


4. time terpaksa jugak harung lautan manusia. Ni bila 'terpaksa'! barang dapor dah habis betul, no choice! atau time betul2 gian nak shopping! haruss juga gigih ke bodyshop atau bobbi brown. paling2 tidak pon ke guardian... then singgah padini, brand outlet... mothercare, moms care.... ok. cukup. then teruss balik! oh, lupa... terpaksa naik ke tesco juga... tu pon sambar apa yang senang je... ikan amik yg dah siap slice, sayur amik organik punya siap dalam plastik, telur, susu, fruit tree juice... cukup dah.
push punya shopping (rush2 pon banyak juga menyinggahnye ye..)

yang pasti, memang tak akan masuk ikea punya... tengok lah lautan manusia ni... sanggup ke ko nak harung? aku surender awal2...

tengok pon tak sanggup... balik terus je la..

ayoo.... @_@


cadangnya nak cuba la masuk taman rama2, zoo negara bagai time cuti sekolah ni... sape nak join? meh la... jenjalan...

Comments

Popular posts from this blog

Menempah penginapan percutian dengan AirBNB

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?

Kemas kini gambar passport anak anda