bila hubby ku berambut afro?

Sepanjang aku mengenali pemuda itu, (aku kenal dia sejak tingkatan 4 di MRSM Serting, tapi masa itu kami tidak pernah bersapa), rambut si dia tidak pernah panjang. Paling panjang adalah ketika dia di MRSM serting lah... masa tu rambut si dia bergaya ranggi, berjambul dan ber 'sideburn'. Memang tebal rambut nya pada firasat aku (sebab aku pon tak pernah teliti betul-betul, apatah lagi pegang.. harammmm!)

Pertama kali bertemu pemuda itu semula adalah di Shah Alam. Masa itu, aku studi part 3 (kami terserempak di sec.2 semasa tunggu bas terakhir nak masuk Uitm). Rambutnya dipotong pendek nombor 2, tangannya tegap, dadanya bidang, badannya tinggi. Dari belakang, aku ingat lagi... ada cahaya bulan yang samar-samar menyimbahi raut wajah pemuda tampan itu (si dia lah tu). Oh! sesungguhnya, aku jatuh cinta malam itu!


Kami bertegur sapa seketika di tepi longkang sebelum aku memasuki bas meninggalkan pemuda itu. Kami tidak bertukar nombor telefon. Aku tak ada telefon bimbit, dan aku segan nak minta nombor telefon pemuda itu. Oleh itu, pertemuan kami berakhir disitu.


Sejak itu, (kerana aku telah jatuh cinta) aku tidak lagi usha lelaki lain. Kadang-kadang usha juga, tapi tak ada yang dapat menarik perhatianku. Part 4 ku lalui sebagai seorang gadis solo yang merindu. Sungguh! sekali pon aku tak pernah jumpa dengan si 'dia' lagi (walaupon sebenarnya kami satu Uitm)


Part 5, aku praktikal di melaka. Ada seseorang yang cuba menguji penantianku. Aku dengan yakin mengatakan bahawa aku telah berpunya... pemuda itu bernama mokhtar mizi. Entah keberanian apa yang membuatku sungguh yakin untuk menyebut nama itu. Namun aku yakin aku akan bertemu dengan pemuda itu lagi.


Sekali lagi kami bertemu. Aku dah masuk part 6, iaitu final semester. Semester paling kritikal kerana final project ID dan thesis yang perlu dibentang diakhir semester. Ketika bertemu, pemuda itu tetap dengan gaya rambut potongan nombor 2 nya. Sungguh kacak kurasakan. Kami mula bertukar nombor telefon, tapi aku tak pernah telefon atau misscall dia. Dia pon tak pernah melakukan yang sama. Aku sedikit putus harapan, tapi aku masih pegang janjinya untuk misscall aku bila dia dah ada kredit!

Sebulan kemudian, aku terima misscall dari si dia.
Jantungku berdegup kencang! tangan ku menggigil. oh, adakah ini kenyataan? Harapanku mulai berbunga kembali. Aku nekad kali ini, takkan ku sia-siakan masa dan peluang yang ada! kami mulai ber sms, dan beberapa minggu kemudian, si dia mengajakku keluar. Kami ke Muzeum Shah Alam. Seperti biasa, rambutnya pendek nombor 2, dengan baju T dan seluar jeans. Itu lah dating pertamaku bersama si dia.


..................................................


4 tahun berlalu. Si dia telah menjadi suamiku. Aku percaya kepada jodoh dan pertemuan yang ditentukan Allah. Aku percaya kepada takdir. Aku percaya bahawa dia dan aku adalah ditentukan untuk bersama, untuk saling melengkapi antara satu dengan yang lain.

Setelah lebih 2 tahun si dia menjadi suamiku, rambut si dia tetap serupa, potongan pendek nombor 2.
Tapi, aku ingat lagi satu peristiwa menarik semasa kami bercuti mini honeymoon ke genting dulu. Waktu itu aku sedang mengandungkan Juwita Aisha (tapi masa tu tak tahu lagi jantina baby ini adalah perempuan). Kami singgah ke satu kedai unik yang menjual barang-barang yang unik. Antara barang yang menarik perhatian kami adalah......

bila hubby ku berambut afro

rambut palsu dan rambut afro! hubby ku pakai dan aku ambil beberapa gambar sebagai kenangan. Ini kerana, aku tahu hubby ku tak akan berambut seperti ini sampai bila-bila. Rambutnya akan sentiasa kekal potongan nombor 2. Ini kerana aku menyukainya, dan dia sendiri selesa dengan potongan pendek nombor 2 ini.


rambut sebenar hubby pada masa itu, sebelum, kini, dan selamanya...

Gambar-gambar ini hanya untuk suka-suka dan kenangan. Hubby ku kacak berambut pendek, tak perlu lah rambut afro. Macam kurang sesuai...I LOVE YOU HUBBY

XOXO




sekian karangan dari saya. Kisah cintan cintun pasangan sherasi bershama.

(amacam, leh buat novel tak? heheheee....) :P

Comments

pak long said…
salam...
pak long lama x dengor perkataan "rambut afro"...
mekasihhhhhhhhhhhhhh
Sherry said…
so nice pergi genting :)

hope go someday..
joegrimjow said…
filem pon ;ey buat akak oii
hhuhu

Popular posts from this blog

Menempah penginapan percutian dengan AirBNB

5 percutian musim panas luar biasa di Melbourne dan Victoria

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?