bila tahun baru menjelang

bila nak tiba tahun baru, perkara-perkara berikut mesti biasaaa kita tengok dan dengar

1. Azam tahun baru
2. bunga api dan mercun
3. konsert sampai larut malam/ pagi
4. countdown
5. ucapan "happy new year"
6. year end sales yang belum selesai
7. orang RAAAAAMAIIIIIII sangat kat mall, shopping complex, jalan raya... (nape eh?)

1. azam tahun baru
semua orang cerita pasal azam tahun baru kan? pergi kerja orang tanya, hubby tanya kat wifey, wifey tanya kat hubby, mak tanya kat anak, semua orang tanya lah!
"ape azam tahun baru kau?"
"ape azam tahun baru kau?"
huh... azam tahun baru konon... azam tahun lepas macam mana? dah buat penilaian belum? tercapai ke tak? berapa percent tercapai?

2. bunga api dan mercun
WAJIB! tak tau kenapa... tak tau nak komen ape dah T_T... padahal, kalau tak de pon bunga api mercun tu segala, tahun baru tetap tahun baru... yang aku tak suka mercun ni... Juwita takut! berpelukkkk je la dia sepanjang malam.. takut kaedahnya. Dia nak tido pon tak bleh... geram pulak kat mercun ni (kes teringat malam 1 januari 2010 haritu la ni)

3. konsert sampai larut malam/ pagi
mmm... ni budaya orang remaja sekarang... haritu ade sambutan tahun baru kat the curve sana... dengar citer happening giler!!! ntah la... sejak dah jadi mak dara ni tak nampak dah tang maan happening benda alah berfoya-foya ni. kalau dulu time study, memang nak enjoy aje... sekarang dah lay back, cool down je... kalau orang kata happening, aku kata pening! (singgah juga the curve petang sblm consert tu untuk membeli hair spray kat sasa... jumpa ramai manusia pelik)

4. countdown
Ni laaaagi lah! tak tahu sape yang mengajar kalau nak masuk tahun baru kena kira 10 sampai 1.... T_T pernah buat dulu masa muda mudi... poyo je rasa... heh...nak kira pon ala2 tak terkeluar suara tu T_T

5. Ucapan happy new year
mana-mana pergi mesti ade ucapan "happy new year!". zaman sekarang, tak jumpa orang pon dapat ucapan happy new year. Bukak email dapat ucapan, bukak ym dapat ucapan, bukak facebook dapat ucapan, bukak twitter dapat ucapan.... baca blog orang pon blogger tu bagi ucapan happy new year (aku pon buat T_T)

6. year end sales yang belum selesai
kedai2 semua macam nak gulung tikar dah! segala tok nenek diskaun! macam memang nak kasi licin bersihkan semua lah! asal boleh jual nak jual..bagi sale. kedai kereta pon berpusu-pusu bagi 0% down payment. tak perlu menunggu. kereta sudah ada. cheh....

7. orang RAAAAAMAIIIIIII sangat kat mall, shopping complex, jalan raya... (nape eh?)
biar aku jawabkan. sebabnya hujung tahun adalah masa cuti sekolah, dan ada year end sales!!! yeay! 100 markah untuk diri sendiri! (poyo!)

sebanarnya aku dalam proses membuat validasi kepada azam tahun 2009. mana satu yg tercapai, mana yang capai sipi-sipi, mana tak tercapai langsung. So, sementara belum boleh update blog ni dengan benda2 tu semua, kita ringan-ringan je baca general info ni yer (er..info ker..?)

DAH SIAP validasi tahun 2009, buat annual report, lepas tu, baru boleh buat goal baru untuk 2010. Itu baru betul! (tapi punya lah malas nak buat report!!! T_T)

Comments

Sherry said…
post office teruk ni.. registered post send out last week until now belum dapat.
Sherry said…
bukan.. la.. sbb mereka stick the registere post sticker wrong side. spatutnya To but stick on From.

Popular posts from this blog

Menempah penginapan percutian dengan AirBNB

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?

Kemas kini gambar passport anak anda