entah mengapa

sepatutnya sehingga hari ini, aku patut dah blog pasal nuffnang friso family day out (kalau tak silap harini la tarikh terakhir untuk entry pasal benda tu. Lepas tu kena buat blog pasal wedding expo last week.. tapi sampai kesudah tak terbuat-buat juga.

puncanya begini..... (karangan ni nk tutup kemalasan diri ke ni ha?)

aku biasanya akan update blog memalam. entah mengapa kalau siang2 mmg tak akan dapat update blog walaupon laptop dua2 ada depan mata dan terbukak aje... Juwita mmg tak akan bagi aku can untuk duduk depan laptop dalam jangka masa yang agak lama. Nanti ade lah akal dia nk minta macam2... tiba2 nak nenenlah, nak air lah, nak baca buku lah, nak main basikal la, nak anyamm lah (anyamm tu semayang yeee.. heheehee), paling2 tidak pon, dia akan tarik2 tangan ibunya ni tak bagi duduk depan laptop. sungguh! aku tak tipu langsung ye...

Aku cakap tadi aku biasanya akan update blog memalam kan, lepas juwita tidur baru boleh update blog. So, ape masalahnya kan? juwita dah tido, dia selalu kaco aku siang2 je.. biasanya juwita tidur around 10pm or 12 la (either one) TAPI... lately, aku selalu TERTIDUR sekali bersama-sama juwita tiap kali nenenkan dia (dia kalau nak tidur dia nak nenen dulu). Maknanya kadang2 pukul 10 aku dah tidur. tak pun pukul 12 aku tidur...


SO, CEMANA NAK UPDATE BLOG????

Update dalam mimpi la....

Comments

Popular posts from this blog

Cerita Hantu asrama lagi (mimpi berdarah)

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.