misi mencari bag aka carryall yang paling sesuai


Joana travel set (lilac) I heart this color!

runaway Julia. cantik!


dalam runaway Julia ni kosong aje... tapi boleh pair up sendiri dengan organizer gin & jacqie untuk tambah compartment


dah laaaama tak shopping bag. Last time beli bag adalah pada tahun lalu, masa holiday ke JB (bulan 6?) Bag tu, aku pakai tiap masa, anytime anywhere. Aku bukanlah jenis yang suka tukar2 bag untuk match dengan outfit segala, jadi bila tiba bab memilih bag, aku akan menjadi sangat sangat sangat cerewet!

sebabnya, aku nak bag yang aku beli tu akan ada segala kriteria yang aku mahukan. Like i said, i dun like to hav a lot of bag, tak suka punggah2 barang dari satu bag ke satu bag yang lain sebab confirm mesti ade je barang yang terlupa bawa atau tertinggal (pernah jadi hokey.. end up sangat buruk sebab ni). Jadi bila memilih bag, aku akan pastikan yang bag tu:

1. cukup ruang untuk letak semua essential aku dan Juwita
sebab mommies mmg x boleh kalau x bawak beg BESAR. Yelah kan, dengan barang sendiri (mekap, losyen dsb), gadget (hp, kamera), then nak letak diapers, extra baju juwita, nursing cover, notebook, pen... haaa. banyak kan?

2. ada banyak compartment.
tengok aje lah barang2 kat atas tu, semua nak sumbat dalam 1 beg. Kalau xde compartment, confirm semua bercampur aduk berserabut berselerak kat dalam beg tu. Nak cari barang satu hal lah! kalau orang call mmg confirm tak sempat nak jawab, sebab terkial-kial meraba-raba cari hp tak jumpa2 T___T

3. warna dan design yang boleh match dengan SEMUA outfit dan occasion
oklah, maybe bukan semua. But at least, boleh match dengan MOST outfit dan MOST occasion. Kalau pi dinner of course lah sangat tak bleh nak bawak beg gedabak macam ni kan.. pi dinner pakai clutch sudeyy. Tapi ini beg WAJIB bawak, letak dalam keta... voley?!

4. design yang mengancam
bukan mengancam nyawa ye, tapi mengancam dari segi design lah. takkan nak bawak beg huduh pulak kan... wajib la cantik menarik tertarik!

5. weight issue
adeh! cukuplah dengan barang2 aku semer. Kalau bag tu saje kosong2 dah berat, boleh bayang tak cemana aku nak jinjing bag tu nanti bila dah stock up dengan barang2? FYI, bag aku yang sekarang ni berat 2kg++ tau! tu nak dukung Juwita lagi.. tambah 10kg lagi.. haaa.. pancittt!

6. material and durability
material tu penting!!!! menentukan tahap ketahanan dan kelamaan bag tu aku boleh guna. Sebab macam aku cakap, aku pakai beg tak tuko2.. so WAJIB tahan tahap gaban. Kalau boleh kalis air, tak pun kalis peluru (heh heh heh.. gurau sat. ngantuk la pulok)

7. workmanship
pon sangat lah penting. Workmanship menentukan kehalusan seni pembuatan sesuatu barang tu. Dari workmanship pon boleh nmpak KUALITI sesuatu barang tersebut. Dan dari workmanship juga (bagi orang yang pandai tengok) membezakan barang tulen (genuine) dan barang tiruan (imitation). Dan paling penting, workmanship juga menentukan jangka hayat bag tu!

erm... itulah pasal.. aku sangat susah dan cerewet bila tiba bab nak beli bag. Kadang tu tengok beg tu sangat cantik, tapi bila pikir2 balik rasa macam tak praktikal pulak nak bawa kesana kemari. Kadang tu cantik sesangat, tapi kecik la pulok. Tak pun, beg tu dah cantik dah, besar pon besar (roamy) tapi alahai... takde compartment dik... confirm treasure hunt aku tetiap hari kang.

leceh-leceh... sampai lah... aku masuk website gin & jacqie ni.... dah lama dengar pasal brand ni. sejak dalam pantang dulu lagi dah terminat kat dia. Jatuh cinta dengan design2 bag dia yang sangat sangat praktikal untuk mommies dan babies. Sesungguhnya designer bag2 gin & jacqie ni sangat lah memahami kehendak wanita dan ibu masa kini. Tapi, masa tu aku x berfulus lah.. T__T sedey...

Setelah 2 tahun berlalu (echeeh...) aku masuk semula ke website gin & jacqie ni, dan aku jatuh cinta semula. Macam right timing pulak kan, aku memang tengah cari bag sekarang ni. Right timing jugak, sekarang ni boleh dikatakan AGAK berfulus la jugak... takde lah kaya (kalau kaya, aku beli anya hindmarch, LV, prada segala tak tengok kiri kanan pung) tapi MAMPU lah jugak. ngeh ngeh ngeh

Tapi sekarang ni, ada satu masalah melanda diriku ini. Aku tengah confius mana satu yang paling sesuai a.k.a paling perfect untuk aku. Dalam tengah browse website gin & jacqie ni, aku masuk 2 bahagian je; casual and travel, dengan practical accessories. 2 ni memang menangkap jiwa, mata, hati aku lah. Cuma tak tau nak pilih yang mana... mana satu yang the best untuk aku dan paling sesuai untuk daily life aku.



ni Joana travel set.
set ni datang siap dengan organizer tuh (organize jacq).
one of my favourite pieces


Rupa dalam Joana tu. ruang dia sangat2 besar! sebab tu dia kata boleh bawa many things, anything!
sangat organize bila guna gin & jacqie organizer...
aku dah dapat bayang betapa tersusunnya barang2 grooming/ hairdo aku segala tersusun dalam beg nih.

sara multi pocket tote.
banyak poket kat luar2 nun... senang nak capai h/p, kain lap hingus, pen, notebook segala... praktikal kan?


dalam tote tu mcm ni.. boleh pair up dengan oraganizer jugak untuk tambah extra compartment :)


ni lah rupa organize jo yang aku suka sangat tuh.
Tapi pagi ni selak2 benda alah ni dah sold out! uwaaa!


haaa... tengoklah berapa banyak barang boleh sumbat! dan sangat sangat tersusun kan! padanlah dengan nama dia, organize jo


pandangan hadapan. korang nilai lah sendiri... maleh dah den nak explain.

aduyai... hubby, kengkawan, sedara mara, adik beradik.... tulun..... bleh? tulun suggest.


To hubby, kalau kamu tulun sponsor laaaaagi best :) :) :) ngeh ngeh ngeh


sekian.

p/s - artikel ini tercipta dari kajian dan minatku yang mendalam terhadap practical bag. Aku tidak dibayar sesen pon oleh Gin & Jacqie.

* semua gambar2 adalah hak milik dari website gin&jacqie sendiri.

Comments

NBR said…
Sara multi pocket tote.
Sherry said…
nice :) saw some on forum too.. and its come with 3 sizes
miji said…
takde yag lawa lah...
pakai backpack je lah..hihi
anggun said…
orang lelaki mmg x kan paham.

logiknya, tak praktikal langsung pompuan nak pakai backpack hokey (except kalau dia nak mendaki or camping) sebabnya, dapat bayang tak bila bag tu kat belakang, cemana nak capai henfon, wallet, kain lap hingus, tisu, sanitizer semua bagai? tu semua kena ambil in an instant. kalau bagpack kena pulak, bukak beg, letak kat bawah, bukak zip, treasure hunt dalam bag tuh... (jangan nafikan lah... sy pernah bawak bag pack.. x praktikal langsung!) tu tak kira dari segi gaya dan fesyen. confirm OUT!

pompuan tak macam lelaki. Lelaki tak kan paham kenapa pompuan keluar rumah nak bawak segala benda. Saya sebagai pompuan, tak paham mcm ne lelaki leh keluar rumah lenggang kangkung! wallet, henset letak dalam poket. tu je kot diorang kena bawak. Tak macam pompuan.

oh ya, poket lelaki BESAR. semua boleh sumbat dalam poket, sampai padat. outfit pompuan takde poket :)

Popular posts from this blog

Menempah penginapan percutian dengan AirBNB

5 percutian musim panas luar biasa di Melbourne dan Victoria

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?