korang pernah sesat?

Harini nak cerita pasal sesat jalan. Bukan ajaran sesat atau haluan sesat, tapi sesat jalan ketika memandu ke destinasi. Atau dengan kata lain, tak sampai pon ke destinasi yang nak dituju.

Sebabnya, dah sampai kat celah bedah mana dah.. sampaikan nak keluar dari tempat tu pon dah tak tau. Blur gila... pastu stress... takut.. serius! memang freak out sangat2 sampai nak nangis.

Last-last confirm call somebody, call mak, then nangis terus!!! T____T. Lepas habis nangis, baru cerita, dah sampai ntah kat mana, tak tau jalan pulang huhuuuu T___T. Of course lah kena pujuk2, tenangkan fikiran...


Letak telefon, ambik nafas...

Dua tiga kali amik nafas, pandang kiri kanan... oh!!!???!!!!! rupanya aku kat sini!!!! Depan mata punyalah besar gila sign board tunjuk arah. dan....aku pon owh!!!!????!!! sekali lagi. Sebabnya.....

punyalah dekat tempat ni dengan rumah aku! bukan celah bedah mana, celah kangkang aje! chisssss!


gitulah. Pengalaman kali pertama aku memandu sendiri balik dari kerja. (pergi kerja pagi tu tak sesat, balik sesat. Sebab dah malam, dan aku rabun ayam. heh heh heh!)

Sampai sekarang, aku sangat susah nak ingat jalan. Aku rasa bukan aku sorang, mostly wanita ada masalah ni. GPS please.......!

Comments

Mybabah said…
Salam. He...he...Perempuan dah mengaku mereka tak cerdik dalam selok belok jalan. Bukan lelaki yang kutuk mereka. Memang betul, isteri saya pun sampai sekaran macam itu. Kalau masa kat universiti ada subjek cari jalan di KL, ramai perempuan kantoi dan terpaksa "carry paper". He..he..
Sherry said…
I will panic if lost

Popular posts from this blog

Cerita Hantu asrama lagi (mimpi berdarah)

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.