ada kemajuan... nenen

haa! ingat tak post aku yang dulu pasal nak putuskan menyusu badan dan clingy juwita dengan entry aku pasal option2 spya dia x nenen? sejak entry yang 1st tu, aku mmg dah start misi menghentikan juwita nenen. Actually start sebelum dia genab 2 tahun lagi.. sikit-sikit aku kurangkan bilangan kali dia nenen dalam sehari. Asal dia nak nenen aje, aku tanya balik, betulke nak nenen.. aku offer something else macam milo, vitagen, calciyum, dan macam-macam lagilah!


Slowly, dia dapat differentiate beza lapa dengan haus, bila nak minum air masak, bila nak minum air yang bersusu... kalau sebelum tu, asal dia haus je nak nenen, asal lapa je nak nenen... letih mak!


sikit-sikit, dia mula dah kurang nenen waktu siang. Kecuali time nak tidor, wajib lagi kena nenen. Bukan sebab haus, tapi sebab clingy dia masih kuat. Bila nak tido, dia kena gayut. Nenen jadi soothing bagi dia....


Lepas tu, aku mula ajar dia tidur siang tanpa nenen. Aku biar dia main sampai letih, pastu bila nampak dia dah letih, dah menguap, aku suruh dia masuk bilik, letak bantal, pastu aku suruh dia tutup mata. Meraung kau!!!! ade lah 2 ke 3 hari macam tu... x menjadik. last-last aku nenen jugak.


Then aku try cara lain. Still sama, aku suruh masuk bilik, susun bantal, tapi kali ni aku duduk sblh dia, tepuk2 bontot nyanyi2... dia nangis gak, tapi pelan2... bila dia nangis je aku cakap (dengan nada tegas) "ibu ade nih, tutup mata, sleep! stop cry!" susah payah dia tahan nangis sambil mata pejam2... tak sampai 5 minit dia tido! esok aku try lagi, kali kedua ni da tak nangis dah... tepuk2 bontot, nyanyi sket... dah tido. Kuncinya, kena make sure time tu dia betul2 dah letih, ngantok, dan perut dah kenyang. Senang dah pulak nak tidokan dia...


Malam. Ha... ini yang paling belum berjaya sampai sekarang. Kadang-kadang berjaya dia tidur sendiri, kadang-kadang dia insist nak jugak-jugak nenen... kadang2 aku akur, kadang2 aku tegas. so, sebab aku tak disiplin sangat dengan dia time malam, (sebab aku rasa macam kejam plak huhuuu... aku dah tegas masa siang kan.. slow2 lah, satu2 dulu), so sekarang dia kadang2 nenen jugak memalam lah.


Cumanya, sebab jumlah kali nenen dia makin berkurangan, air susu aku pon slowly makin kurang dan mengeringlah. Belum kering sepenuhnya lagi. Aku rasa kalau dia nenen, ade la dapat 4 ke 5 teguk je kot.. hehehe.. thats the good thing about pisahkan susu secara naturally and gradually. Ibu tak menderita bengkak susu :) derita wooo kalau bengkak susu... sampai demam pon bleh. dah la kita menderita emosi dan mental sebab nak kena pisahkan clingy anak lagi...


Anak pon macam paham lah jadiknya (dah 2 tahun kan, dia dah boleh tangkap cause and consequences sikit2 kan) mesti dalam pikiran dia.. "owh, dah tak best lah nenen ibu, dah tak de susu. baik aku minum milo, lagi puas hati" huhuuhuuu....agaknya Juwita pikir gitule.. sebab dia tak demand nenen sangat dah. Maybe sebab dia penah nenen n then tak de pon susu yang keluar, so dia dah pikir gitu. kalau haus, baik mintak air masak aje...


time siang dia memang tak mintak nenen dah! malam pon tak mintak, kecuali kalau dia terjaga time malam. kadang2 aku tepuk2 je, kalau tak jalan, dah meraung, aku bagi lagi nenen buat masa nih. Ade ke tak susu tu tak penting, sebab dia nak buat nyonyot2 jer.. jadi soothing...hahaha!


kesimpulannya, sekarang nih, dalam sehari dia nenen paling banyak pon 2 kali je. mostly sekali aje dia nenen... :) :) :)


sikit je lagi nih! sikit je lagi nak capai misi Juwita Breastfeeds free :) hopefully, time kitorang holiday ke kuching nanti (minggu depan aje O_O) dia dah breastfeeds free :) chaiyok!!!!!



kalau berjaya misi ni, balik dari kuching nak train Juwita diapers free pulak. ooyeah!!!!!

Comments

Sherry said…
hehe.. some ppl go there buy ikan masin
Sherry said…
kawan I say if Aug go nice as got fun fair sana. :D
Sherry said…
you can do it :D hehe..
let the time make it dayah....cian kat juwita..nak nenen lagii tuhh...oklahh kann slow2 n stedy..good luck!
anggun said…
hehehe...

sherry, ya la.. cari ikan terubuk

kak teh, cian tu mmg la cian, tapi terpaksa bertegas jugak kadang2.. heh..
Sherry said…
ada beza ke.. ikan masin sana dgn sini? i x pernah beli ikan masin sana.

Popular posts from this blog

Menempah penginapan percutian dengan AirBNB

5 percutian musim panas luar biasa di Melbourne dan Victoria

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?