perangai....

siap-siap masak, berpeluh-peluh, aku pon pergi kat juwita depan tv.... tengok dia tengah asyik main air. Tadi masa tengah masak, dia masuk dapo, cakap nak air masak. Aku bagi dalam cawan dia (pink juga T__T)


Ini bukan kali pertama ye. Dah berapa kali dah budak kenit nih buat benda serupa.. main air.. dok sapu-sapu air tu merata, kat meja, kat buku, kat kerusi dia, mainan dia. Cuma belum sapu kat screen plasma abah je lagi.. kalau sapu.... ha... tak tau la nak react macam mana nanti... huhuhuuuu


so, aku pon mula la garang (yela kan, dah la tengah panas2 lepas masak kan..heh!)

"Juwita buat ape nih??? nape main air lagi?? "

juwita buat muka masam dia tuh. buat2 merajuk lah konon.. eleh... ibu dah masak dah dengan lakonan ala fasha sandha mu itu..

"pi amik tisu lap semua nih!!!!"

dia amik tisu tau!! tapi tak lap. dia berdiri je kat situ, macam tunggul, muka pandang lantai, mulut cebik 5 inci.

"tengok, ibu cakap taknak dengar..." aku amik tisu dari dia lap2 meja segala. pastu masuk dapor balik, ceduk nasik (sebab dia nak makan petang O_O). Keluar dari dapo, dia masih macam tadi. tak berganjak walau seinci pon wa cakap luu ooo... kagum aku dengan kesungguhan dia merajuk...

"juwita, meh sini..."

tak gerak. kaku, diam.. pandang lantai

3 kali panggil tak gerak, aku pon gi kat dia la... ala.. anak aku kan, marah2 pon, sayanggg~~~

"juwita kenapa buat gitu..nape main air. kan ibu cakap jangan main air.. ibu dah kata, no no no, cannot main air kan.."

nada sore aku dah lembut. tak garang dah.. huhuu

dia angguk..

"juwita paham tak ape ibu cakap ni?"

"paham..." nah! bersuara akhirnya! pandai plak tu jawab paham... T__T

"paham, abis tu nape buat jugak? lain kali nak buat lagi tak?"

"tak..." juwita balas lagi

" macam tu la... air lain kali buat minum. no main air...paham tak ni?"

juwita angguk.

entah dia betul paham ke ntah la.. angguk2 kepala dia masa aku cakap tuh


"dah, tak mo majuk2. sayang ibu tak ni?"

terus dia cium akuh... huhuhuuu... nakal tak nakal, mengada tak mengada... cemana pon sayang gak~~~~ hehe.. cair aku


ish ish ish.. juwita..juwita... kawan gelak kawan gadoh ibu :) :)

Comments

Popular posts from this blog

Menempah penginapan percutian dengan AirBNB

5 percutian musim panas luar biasa di Melbourne dan Victoria

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?