entry santai dihari ahad. kami nak jual perabot la pulak...

hari ahad aku kali ni tak lah sesantai kebiasaan. Hari ini bermulalah hari minggu pertama kami mem-packing barang masuk kotak. yup, you hear it right. we are packing things up.


We are moving out!!! (excited and definitely overwhelming.)


and...


we are moving in!!!!!!


i can't wait. sangat-sangat sangat teruja okeh. Hampir 5 tahun rasanya duduk di rumah comel ini. Kini tibalah masanya untuk kami berpindah keluar, dan masuk ke rumah yang sedikit besar. (tapi masih comel ya)


Kami akan bermula kehidupan baru kami di Bandar Bukit Raja pada 1hb Julai 2010. Buat masa sekarang, kami sibuk kemas, packing barang masuk kotak, dan dalam proses untuk mengubah semua alamat surat menyurat kami. Streamix, astro, bank-bank, alamat surat menyurat semua nak kena tukar. phew... (mengeluh sebentar..) memang letih berpindah rumah nih. Tapi seronok!


Apa pon, kami masih ada 3 minggu lagi, bermakna ada 3 ahad lagi untuk pack semua barang. 3 ahad ye... hari biasa agak mustahil untuk bekerja. Balik dari office sudah tentu letih, tak jamin lah boleh mengemas~~~ -_-'


Oh, ya.. nasib baik aku teringat. Kami akan buka garage sale sebelum kami pindah keluar. Some of the furniture, and appliances that we would like to let it go (sebab taknak bawak ke rumah baru nanti), we will sell it at very low affordable price lah.


Sesiapa yang mencari second hand sofabed Ikea, peti sejuk LG, mesin basuh semi auto, set dining table kayu Ikea dan beberapa barang lagi yang akan di pastikan kelak, boleh lah menunggu........ dalam minggu ni kami akan publishkan barang-barangnya okeh. Di blog aku, di mudah.my, dan mungkin di beberapa forum lain lagi. Term adalah cash and carry ye. datang rumah aku, tengok barang, bayar, hangkut maik moto ko.. (eh... takkan datang bawak moto kot... bawak la 4 wheel, tak pon pinjam mana-mana pickup)


okeh, nanti eh.. tunggu next entry untuk update.


sekian dulu, rumah bagai kapal baru berlabuh @_@


mak~~~~ penin~~~

Comments

Popular posts from this blog

Menempah penginapan percutian dengan AirBNB

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

5 aktiviti dan pengalaman unik yang boleh dilakukan sekitar Melbourne dan Victoria pada musim panas

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?