jalan-jalan makan kat absolete thai + window shopping


dah lama punya cerita. 2 minggu lepas rasanya. Macam biasalah kan, tempat kegemaran aku dan juwita, kat ikano the curve sana... nape eh kat sana best. boleh je pergi 1 Utama sebelah tu. Tapi aku kurengg sikit dengan 1 Utama. pertama sebab dia terlalu besar untuk diterokai (ahaks) dan kedua kerana tak banyak kemudahan yang disediakan untuk ibu dan anak (nursing room, diapers room susah nak cari. aku tahu ade kat dalam jusco dekat dengan baby area tu ade satu. Selain tu? ake kat mana??? dah la punye besar. abis kalo ko kat hujung sane, tak ke merantau jauh nak ke nursing room belah wing lagi satu? adoi laa...)


1 Utama ni aku rasa best pergi kalau aku gi sorang lah... memang dua-dua wing aku larat nak tawaf. Tapi dengan Juwita... ampunnn! x kosa aku. (aku masih nak pergi melawat charles &keith, dan bobbi brown disana)


jadi, macam biasalah, bile keluar, mesti window shopping. Beli nye ntah bile la...

Juwita menerai high heel. chomelllll kan???? bersungguh muka dia -_-'


lepas window shopping, makan lah pulak kan...


hari tu kami makan Absolute thai..

aku menempel..


sesungguhnya memang absolute betul lah! cukup macam, cukup pedas. tomyum dia mmg pure thai :) :) :) kalau rasa tak cukup pedas masam, boleh tambah cili. memang ade disediakan atas meja. Aku letak banyak gile dalam beef noodle aku. hehe... balik rumah terus terberak-berak. hahaha! puas hati aku, detox maa...! ahaks!



akumakan beef noodle soup. the best beef noodle as i remember. Memang sedap, tapi sebab portion dia sangat lah besar (1 bowl dia macam 1 mangkuk besar! kalau orang macam aku boleh kongsi 3 orang kot..) so, aku tak habis la makan...


amik desert lagi... abc yang ade buah-buahan. sedap gak nih! ade buah nangka, honeydew, mangga... nyumm nyumm... (boleh buat sendiri nih...)



gitu le... kalau keluar jalan, mesti window shopping, mesti makan-makan... hehe... best la.. seminggu sekali kan...

Comments

Popular posts from this blog

Menempah penginapan percutian dengan AirBNB

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

5 aktiviti dan pengalaman unik yang boleh dilakukan sekitar Melbourne dan Victoria pada musim panas

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?