Nadal oh Nadal...


Nadal...oh Nadal...


ouch! saya kenal sapa ini orang. Tidak lah secara personal, tapi bukankah selalu berita tentang dia di muka akhbar bahagian sukan dan berita sukan televisyen? Saya tidak berapa mengikuti tenis (there you goes... bagi yang tak kenal siapa Rafael Nadal, ini adalah klue pertama. dia adalah bintang tenis). Malah tak tengok pon perlawanan tenis di Astro Supersport tu (buat rugi je langgan Sport, HD pulak tuh T__T).


Tapi, adik ku seorang ni rupanya agak mengikuti perkembangan tennis. Malah dia agak menggemari Nadal! Aku agak teruja dengan fakta itu -_-" . OK. Masa kecil dulu, no wonder lah boleh minat, sebab abah selalu bawak kami bertiga (atau mungkin berempat bersama Ain yang masih kecil?) untuk bermain tennis di hujung minggu. Dah jadi macam acara mingguan keluarga pulak main tennis masa tu.



Dan pada masa itu, bila sebut tennis, nama yang keluar adalah Martina Hingis, Monica Seles dan Andre Agassi. (adalah klue seberapa tuanya aku -_-) Lepas tu, zaman kejatuhan monica sebab dia injured. Agassi pon bersara, dan kahwin pulak dengan Steffi Graf, pon pemain tennis juga masa itu. pergh!!! ingat-ingat baliklah... memang aku peminat tennis masa itu!



Then, time goes by.. aku dah lupa macam mana aku boleh lupakan tennis. Walhal, masa kat MRSM dulu pon main gak tennis, dengan Alia, dan cikgu Khalil (wakakaka!) Aku jadi pengutip bola T__T. Aku aktif dalam basketball, volleyball, dan karate lalu aku lupakan tennis...


Jadi, berapa kurun dah aku tak ikut perkembangan tennis nih??? Tiba muka baru, ada Nadal, Roger Federer, Serena, ada Anna Kournikova (anna ni aku kenal sebab dia couple dengan Enrique. So, dia top lah kan..). Anna ni takle hebat beno, kadang2 menang kadang cam hampeh.. cerita sensasi dia je yang banyakk.. lagipon dia pastu buat modelling aje, dah kurang masuk tournament.




Nadal ni, 1st time tengok dia main dengan adik aku....(kat tv of course. takkan life depan mata kot) wah! teruja aku seketika...(jangan tanya aku apa yang aku teruja key...) semua nya aku teruja heh heh heh! Dia ni lain lah dari pemain tennis yang lain. Biasalah pemain tennis agak sasa. Tangok Serena pon, walaupon pompuan, horror siut tengok otot dia. Apatah lagi lelaki kan..




Tapi nadal ni serius besar berbanding pemain tennis yang lain. Orang lain pon berotot gak, ade gak yang kurus leding pon ade... tapi Nadal ni gile punya sasa! Aku tengok dia lawan haritu, macam kesian pon ada dengan lawan dia... tengok fizikal pon dah tau tahap stamina sapa lagi tinggi (tennis ni memang lawan stamina je)...




er.... aku dah lupa cemana main tennis... korang ajar aku balik please.... (baru revise balik cara kiraan mata tennis T_T)

Comments

Popular posts from this blog

Menempah penginapan percutian dengan AirBNB

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?

Kemas kini gambar passport anak anda