ugly betty season 4


ish... kenapalah Siri Ugly betty season 4 tak keluar-keluar TV. Haritu, masa di bercuti di Kuching saje-saje nak usha dvd dengan blueray kat sana.. murah gile kau!!! Hubby hampir-hampir nak beli semua full season Prison Break. (dia memang peminat gile siri ni. Dia dah download semua dari internet, tapi dengan harga yang ditawarkan, betul-betul hubby terpikat) Hampit-hampit beli, tapi tak jadi. Dia kata, takut tersangkut kat kastam... Aku tanya, "eh, kenapa pula? bukan nya barang illegal? dvd ori kan?" hubby pon kata, "mananye legal... mungkin DVD ori, tapi masuk secara illegal... tak berani saya lah.." haha! Tu pasal dia tak beli.


Aku pulak, usha punya usha ugly betty season 4. Pon murah sesangat. Tapi sebab aku tak sure adakah itu the latest season, makanya aku tak beli juga. Akhirnya cuma beli Juwita punya CD princess barbie and the pauper -_-"


dan sekarang aku menyesal!!!! kesal sangat sebab tak beli haritu. Kini aku mencari-carilah di kedai CD mana-mana yang dapat bagi aku harga murah. Betul aku nak beli kali nih. (jangan suruh aku download ok. Aku tak kuasa buat kerja tu.) dah tanya Wahed, dia ada koleksi ugly betty ke tak (dia yang rajin men donlod segala bapak cerita), tapi dia kata dah tak follow. dah banyak tertinggal. huhuuu...


Jadi sekarang, next on my wish list; Ugly betty season 4! wajib!!!! (oh, of course, dengan kasut jogging nike pon ada dalam wish list jugak... ) gosh, i love b'day!! :) :)


oh, ya. dalam season 4 ni penampilan dia makin better tau! rambut dah lurus sket, outfir dah kurang warna pelangi.. cantik sikit dah! tu yang aku tak sabar nak tengok sampai habis season ni!

Comments

Popular posts from this blog

Menempah penginapan percutian dengan AirBNB

5 percutian musim panas luar biasa di Melbourne dan Victoria

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?