Posts

Showing posts from July, 2010

Resam Dunia

Kat office, sambil aku online, buat kerja sket, potong button badge sket....aku layan kat youtube lagu-lagu P.Ramlee (Aku kadang-kadang dengar klasik nasional kat radio kereta. Tapi haritu pi service, tuko bateri.. terus hilang semua channel radio aku.. lupa dah siarannya apa nombor daa). Baru je haritu kan cerita Bujang Lapok kat TV, so terngiang-ngiang lagi la lagu dia semua. Semua lagu dalam citer Bujang Lapok best-best ek! Ni antara favourite aku; "Resam Dunia".

Satu lagi lagu favourite aku, tajuknya "manusia". Dalam bujang lapok, si Aziz Satar nyanyi dengan pelakon pompuan tu... (tak tau nama... rasanya ada Dayang something.. :P). tapi lagu manusia later la ek... aku dok ulang-ulang lagu resam dunia je ni ha..

Resam Dunia
Dunia ini hanya palsu Manusia berdusta Kebanyakan suka menipu Gemar membuat dosa
Dunia penuh dengan noda Dunia penuh dosa Kebanyakan tipu dan daya mengikut nafsu murka
P- Ada pula yang salah sangka Menyayang salah terka Pasir disangka intan Batu disangka …

makanan yang aku suka makan (kompilasi)

Topik ringan-ringan di pagi Jumaat. Aku login pagi ni, pastu termenung dekat 15 minit memandang screen lappy dok pikiaq apa nak cerita kat blog harini. haha~~

Jadi harini ku nak cerita makanan yang aku suka makan a.k.a makanan kegemaran aku. Makanan kegemaran aku ni, bermaksud, bila aku makan aku rasa berbaloi-baloi. Sedap sampai aku tak ingat nak kira kalori portion, fat, nutrition semua... haa... memang "to die for" bagi aku

1. Grilled chicken nandos peri-peri
Ini memang wajib sebulan sekali at least. Dan yang bestnya, hubby pon suka. Jadi memang selalu lah makan Nandos nih.

2. Steamboat
Ini tak kisah. Asal steamboat aku mesti suka giler punya. Aku suka Johnny, pulau ketam, flaming kat sunway... yang penting mesti fresh, sambal cicah mesti sedap. nyum!

3. Sandwich
Tak tau la nape, aku memang suka makan sandwich. Especially kalau dia wholemeal bread, pastu letak banyak-banyak sayur... dalam egg-mayo pon ok, tuna pon ok, meatloaf lagi heaven! Kalau hari-hari makan sandwich je pon a…

METROJAYA RAYA SALES @ STADIUM MELAWATI (29/7/2010)

Image
Hari ni, masa hantar Juwita ke taska, lalu tepi bunting iklan metrojaya raya sale. Terus je... lepas hantar je budak kenit tu, straight pergi stadium lah! Sampai sana pukul 9.45... belum bukak. (buka pukul 10 pagi)

menunggu pintu terbuka untuk menyerbu
Tengah tunggu pintu terbuka untuk menyerbu, hubby kata.... "saya tak bawak wallet la..." hoh??? aku tak tau nak komen apa... haha! jalan-jalan je la jawabnye. Hubby check kat kereta kot-kot ada.. tapi seperti dijangka, wallet adalah di dalam kocek jeans dia yg lain, kat rumah.. -__-"

Tapi hubby dengan idea bernas nye, mintak transfer duit masuk maybankcard aku... makanya kami berjaya menyopingkan diri pagi ini! haha~~

oyeah!!! among the 1st


overall, biasa-biasa je kali ni punya warehouse. Tak de la menarik sangat. Brand biasa-biasa je. Pakaian baby/ budak pon x de yang menarik minat aku untuk membeli. Oh, tapi aku ter-bekenan kat teddy bear tadi... Rm12 je kau!!! tapi tak pulak aku kaut.. (sekarang rasa menyesal...)

Perfume ok.…

Outing dalam bangunan dengan Juwita

Image
Last 2 weeks punya kisah. Settle semua kerja, kami ke mana lagi kalau bukan Ikano. Bawa juwita jalan-jalan, hangout, main-main, spent masa dengan dia... sebab senin sampai jumaat kan dia kat taska. Mana la ada masa nak spent dengan dia masa weekdays.

Bayangkan, dari Isnin sampai Jumaat, pukul 9 dah hantar taska, jemput pukul 6++ petang. Kadang tu sampai pukul 7 baru jemput. Pastu dia dengan tantrum dia, cranky dia, mengada-ngada dia dalam kereta tu... bawak gi makan... sampai rumah dalam pukul 8++ (dekat pukul 9 kadang kala) dia dah tidur. O_O Kadang-kadang dia bangun la jugak tengah malam mintak susu, tapi ade je masa dia straight je tidur sampai 7 pagi esok. haa.... esoknya, kembali la rutin berikut seperti biasa sampai la hari Jumaat.


Boleh kira dengan jari kan masa dengan Juwita. Jadinya, Sabtu ahad la masa aku depan mata dia sepanjang masa. So, sabtu 2 minggu lepas bawak dia main kat Ikano ni. Punyalah suka sampai taknak keluar! Padahal ibunya ni dah tak larat dah.. nak terkencing …

menulis sesuatu yang positif dan menyebarkan cinta... cheewah!

Aku adalah seorang yang menulis mengikut naluri ku. Aku menulis apa yang aku suka; hobi aku, minat aku, apa yang menarik perhatian aku, dan kadang kala (atau mungkin kebanyakan masa) aku menulis tentang review sesuatu barang atau produk (biasanya makeup) atau restoren; sebab itulah yang aku suka.

Kadang kala, aku suka merayau-rayau di blog -blog lain yang menulis tentang kehidupan. Isi kandungan blognya lebih serius dan membincangkan isu semasa, pemikiran mereka tentang sesuatu isu atau topik, malah ada juga yang menyampaikan motivasi dalam penulisan mereka. Aku kadang kala terfikir, dari mana mereka mendapat idea untuk menulis tentang itu setiap hari. Mungkin mereka rajin membaca buku dan mentelaah buku-buku ilmiah, jadinya mereka senang menulis tentang itu.

Aku sangat appreciate hasil penulisan (atau taip-an?) blogger-blogger seperti ini. Mereka studi, buat research, dan menyampaikan kepada umum perkara tersebut dalam pemahaman dan bahasa mereka sendiri (beserta fakta dan hujah bernas…

model in the making

Image
dah tak ada kerja dah anak dara sorang ni, dia dok suruh ambil gambar dia aje. Juwita ni memang suka kamera. Sejak dulu lagi. Pastu, kenal pulak dengan makcik uder dia tu... dah dibuatnya apprentice anak aku ni ha... wakaka!

Kemain lagi dia tiru aksi-aksi makcik uder....

aksi pertama....


aksi kedua....


aksi ketiga....


Lambakan online shop / blogshop; kebaikan dan keburukan

Hari ni terasa nak blog pasal sesuatu yang serius sedikit dari biasa. Tidaklah terlalu serius, tapi boleh dikatakan current issue juga lah dikalangan blogger, dan orang-orang yang biasa online ni. Lambakan blogshop/ kedai-kedai online.

Aku tak kata ia sesuatu yang negatif, tapi aku pon tak kata ia adalah positif. Ada pro dan kontranya disitu. Masa dulu, dalam 2 tahun kebelakang, online shop tak banyak. Blogshop pon tak banyak. Susah juga la nak cari kedai-kedai online ni. Aku ingat lagi masa tu, aku nak cari something (baju kalau tak silap), punyalah penat google, search sana sini... susah tau nak jumpa blogshop. Dan, bila jumpa pula, kena makesure betul-betul yang itu bukan scam ke ape...(sebab tak banyak kan, so kena berhati-hati).

Atas sebab itu, aku mengambil keputusan untuk membuka blogshop aku sendiri. Lagipon masa tu, aku dapati blogshop ni dimonopoli oleh student especially dari private school atau college (contohnya chinese girl dari KDU. sekadar menyebut sebagai contoh sahaja)…

recent update: barang Juwita, barang aku

Pediasure oh pediasure (barang Juwita)
Susu Juwita kat rumah dah habis. Last week, pergi cari merata juga untuk bekalan di taska (biasa 1 tin hantar taska, 1 tin kat rumah). Tak teringat nak beli 2 tin sekali gus. Sana-sini cari semua dah habis. O_O apakah? Akhirnya dapat beli kat Pasaraya Bintang. Itu pon tanya bangla tu, dia pi amik dalam stor.

Semalam, nak cari Pediasure lagi. Pon sama!!!! kat tesco takdak dah. Yang tin 1.8kg tu mencanak pula harganya, sampai Rm133???!!! WTH? Selalu beli yang tin 900gsm baru RM60, kenapa plak 1.9kg boleh Rm133? tak puas hati betul la aku...

Akhirnya pergi Pasaraya Bintang lagi, dennga harapan ada. Macam minggu lepas, kat rak takde dah pediasure. Tanya bangla tu, dia pi ambil dalam setor. Aik? Dari minggu lepas rak kosong.... tak de orang nak topup letak naik masuk rak ke? awatnye simpan dalam setor? huh? tunggu stok semua satu malaysia habis baru kau nak keluarkan eik? (jangan percaya cakap aku, aku merapu sahaja). OK, bersangka baik, diorang dah top…

ibu ibu sekalian, masa preggy dulu buat apa?

Image
Masa aku preggy dulu, aku adalah Stay At Home Mom (SAHM). Kalau orang tanya, best tak masa mengandung? Aku akan jawab dengan sekali nafas, BEST!!!! Dalam banyak-banyak masa, sepanjang umur hayat aku, mengandung adalah satu pengalaman yang paling indah dalam hidup. (dan selepas tu, pengalaman melahirkan Juwita juga adalah kenangan yang paling indah juga).

Sepanjang aku mengandung, aku gembiiiiiiiraaaa aje. Sungguh! Seingat aku, tak pernah lah aku menangis, emo, atau sedih. Mungkin pembawakan budak. Aku rasa setiap hari adalah hari yang bahagia. Walaupon ada hari-hari yang aku kena morning sickness dan heartburn, tapi aku still happy. Syukur juga, aku tak ada apa-apa masalah, aku tak sembelit, tak bengkak kaki, tak de kencing manis.. cuma aku cepat nak pitam aje. Sebab Juwita ni dalam perut kuat makan. haha! Aku makan banyak pon, dia yang serap semua. Aku maintain slim (ok, aku tipu. mana ada orang mengandung slim...)

Hubby aku, hati-hari tanya, harini ada rasa nak makan apa-apa tak? Seb…

confession of the young mom : i am no perfect mom

hari ini aku online dari rumah, guna laptop Juwita. (Lega rasa, harini juwita kurang cranky dan tak mengada-ngada. Nangis pon kurang... tak de kot.. baik la dia harini) Juwita sedang tidur ni.


Aku telah beristikamah, berfikir, dan meneliti diri aku, keadaan, dan situasi aku selama ni.. dan aku setuju dengan satu pendapat, AKU MANJAKAN SANGAT JUWITA.


Ya, aku setuju dengna kenyataan itu. Kalau semalam atau minggu lepas ada orang cakap kat aku macam tu, sure aku melenting. Tapi semalaman aku fikir...... setelah fikir-fikir sedalam-dalamnya... aku rasa ada benarnya. Memang aku manjakan dia sangat, sebab dalam fikiran aku, dia tak cukup kasih sayang. (apakah?)


Uder pernah cakap kat aku, (aku ubah sikit la ayat dia),

Seorang ibu sentiasa rasa anaknya masih kecil, kerana dia takut anaknya besar dan tidak memerlukan dia lagi.

Seorang ayah sentiasa rasa anaknya sudah semakin besar, maka tidak boleh dimanjakan dan diberi muka lagi, kerana dia khuatir anaknya akan rosak kerana kemanjaannya nanti...…

Mengapa Tiada Mood, wahai wanita?

hari ini mood tidak berapa baik. Sepatutnya keluar dengan uder lunch hour ni ke Manjalara, tapi cancell pulak. Xpa lah, lagipon Aza harini xdak rumah, Dia ke hospital. ~~~ but thats not the case! bukan ini yang buat aku moody

sea-monkey aku hatches. banyak gak.. dan mereka sangatlah halus. yeay! (tapi sekejap sahaja yeay, sebab penetasan itu tidak dapat mengembalikan mood ku yang hilang)

Siram pokok roses aku pagi ni, pokok yang struggle tu masih struggle, walaupon aku dah kurangkan kuntum bunga dia. Sekarang tinggal 2 kuntum je, 4 kuntum aku dah cantas, tapi dia still nampak tak bermaya. kena pruning sampai takdak bunga kah? kesian dia... ~~~another factor yang membuatkan aku x dak mood hari ini.

Aku teringat, minggu depan balik kampung. Lalu aku terpikir..... gaya mana aku nak buat kat pokok aku nih? roses aku sangatlah manja, dia mana boleh miss siram dan jaga dan berborak dengan dia walau sehari pon? (iya, aku berborak dengan roses aku, sebab dia adalah pendengar yang setia). Dia ken…

breakfast @ hailam kopitiam

Image
Seperti biasa, ini adalah cerita lama. Aku yang belanja hubby dan Juwita makan sini. Sekali sekala, bagi la can aku nak belanja diorang pulak kan.. asyik hubby aku je yang kena bayar. X best la gitu.

Pagi tu, pusing punya pusing, pikir nak sarapan kat mana. Last-last try la Hailam Kopitiam ni, kat seksyen 7 baru. (pusat bandar sec. 7 kah? aku kurang pasti). 1st time datang sini ni, teruja gak la... macam biasa, bila kopitiam tu, konsep dia macam kopitiam la kan.. old town chinese coffee shop puny theme. Nicely done la jugak...

Menu dia satu buku kau. Jenuh membaca menu je. Dari menu asli diorang sejak tahun 1944 sampai lah menu terkini 2010. Ironi nya, aku pilih menu 2010, dan hubby aku pilih menu 1944 tu tanpa kami sedari. haha~ sorang citarasa terkini, sorang lagi citarasa tradisi.

Kat buku menu dia ni ada tulis lah sejarah Hailam Kopitiam ni, sejak penubuhannya dulu, sering menjadi vendor / katering untuk majlis keraian kerabat diraja negeri Sembilan. ( esp. tungku Kudin). Lepas tu,…