Lambakan online shop / blogshop; kebaikan dan keburukan

Hari ni terasa nak blog pasal sesuatu yang serius sedikit dari biasa. Tidaklah terlalu serius, tapi boleh dikatakan current issue juga lah dikalangan blogger, dan orang-orang yang biasa online ni. Lambakan blogshop/ kedai-kedai online.


Aku tak kata ia sesuatu yang negatif, tapi aku pon tak kata ia adalah positif. Ada pro dan kontranya disitu. Masa dulu, dalam 2 tahun kebelakang, online shop tak banyak. Blogshop pon tak banyak. Susah juga la nak cari kedai-kedai online ni. Aku ingat lagi masa tu, aku nak cari something (baju kalau tak silap), punyalah penat google, search sana sini... susah tau nak jumpa blogshop. Dan, bila jumpa pula, kena makesure betul-betul yang itu bukan scam ke ape...(sebab tak banyak kan, so kena berhati-hati).


Atas sebab itu, aku mengambil keputusan untuk membuka blogshop aku sendiri. Lagipon masa tu, aku dapati blogshop ni dimonopoli oleh student especially dari private school atau college (contohnya chinese girl dari KDU. sekadar menyebut sebagai contoh sahaja). Ya, ramai chinese yang melopori blogshop ketika itu. Dan, trend blogshop adalah, mereka akan menggayakan sendiri pakaian yang mereka jual (alaa macam camwhore lah). So, mostly yang jual baju kat blogshop mereka ni, cun cun belaka tau!


Aku pon mula-mula dulu buat macam tu, sampailah aku dah malas nak edit gambar aku, jadi aku beli je mannequinn. senang. haha! (tapi hilang lah satu treadmark blogshop..iaitu kena camwhore. treadmark ker? wakakaka~~)


Makin lama, aku perasan makin banyak blogshop. Dah menimbun-nimbun macam cendawan tumbuh selepas hujan. Bagus tu bagus.... ada bagusnya. Orang sekarang ni senang je nak beli online, melambak dah kedai kan...


Lagi satu, bila blogshop ni banyak, dan mostly malay dan Stay At Home Mom yang buat, orang jadi confident lagi nak beli. Dan bila dah banyak macam tu, dia jadi trend. Bila jadi trend, dah tak ada isu scam yang timbul. Semua main percaya je kat online seller ni. Kalau dulu, penat nak explain kat orang yang nak beli (especially bila buyer tu melayu) yang kita ni betul-betul jual baju. hahaha! ni betul ni ye, atas pengalaman sendiri.


Haa.. camne ko nak jawab bila buyer tu tanya "camne saya nak percaya awak memang betul-betul jual baju? kalau saya bank in, apa kepastian yang awak akan pos baju tu?" huh???? WTH kan? Aku memang malas nak layan orang macam tu. Dulu masa aku jadi online seller, aku tak layan orang begitu. Aku siap tulis kat blog aku, for serious buyer only. For regular online buyer only. Aku tak suka layan orang yang baru nak berjinak-jinak beli online ni. leceh! Cakap lah aku kerek ke apa... aku banyak lagi kerja lain dari pening kepala layan orang yang tak percaya apa yang kita jual ni...


Tapi, kebanjiran blogshop ni pon ada benda yang tak bestnye jugak. Aku perasan, sebab dah ramai sangat, semua orang nak jual tudung, semua orang nak jual baju, semua orang nak jual baju baby, jadinya produk tu ulang-ulang je la.... Masuk blog sana, tudung itu, masuk blog sini pon tudung yang itu, masuk blog lain pon ada tudung itu. Aiiiya! beli kat jalan kenanga sama-sama ke semua ha? Blogshop memang melambak, tapi tak banyak yang dapat offer produk yang rare, lain dari yang lain, unik. Semua samaaaaa je. Dari jalan Kenanga, dari plaza GM. hahaha!


Jangan salah sangka, aku bukan menentang blogshop-blogshop gitu. Tak salah meniaga kan... aku tahu, seronok, then dapat duit sampingan... Tapi bila kita nak jual sesuatu produk, make sure produk kita ni ada kelebihan berbanding produk blogshop yang lain. Begitu barulah blogshop kita kekal lama. Kalau tak, produk kita ni tak ada istimewanya, dan sama pulak tu dengan kat pasar malam punya. Baik beli kat pasar malam, tak payah bayar postage RM6, dan kadang-kadang lagi murah beli kat pasar malam. (aku pernah beli inner tudung RM5 kat bootsale shah alam. End up sebijik dengan yang aku beli online, which is cost me RM10 + RM4 pos) Sendiri boleh pikir lah kan?


Sekarang aku tak jual online lagi. Sebab dah ada dah blogshop lain yang boleh provide baju yang macam aku jual. Buat apa aku nak jual juga kan... Aku sekadar mahu meramaikan market ketika itu, sebab masa tu susah juga nak jumpa blog yang jual baju untuk petite ladies macam aku. well, aku susah nak cari baju. jadi bila dah melambak ni, aku stop la.


Sekali lagi, no offend to all the blogshop seller, cuma bagi aku, aku suka benda yang rare (dan rasanya ramai ladies pon suka benda rare). sebab tu aku cari barang kat internet. Kalau aku nak tudung atau baju yang ramai orang pakai, baik aku beli kat pasar malam. Aku takkan beli tudung atau baju yang aku perasan ada di beberapa blogshop. Sebab dia jadi tak best! Confirm akan terpikir, eh... ni sama dengan kat blog tadi.. mesti amik kat jalan kenanga. taknak la...


Korang suka ke, bila korang beli online nih, pastu dengan bangganya ko pakai bawak gi jalan-jalan shopping. Sekali terserempak dengan segerombolan ladies lain kat depan, pakai baju, tudung sama macam ko! ha.. jawab lah! mesti ko taknak kan? Ko punyalah pikir, ko punya ni beli online.... banggalah konon. Sekali ladies tu tanya, eh, u pon beli tudung kat uptown gombak ke? wakakakakaa!!!!! (kalau aku kat situ dah lama aku gelak, tapi dalam hati je la...)


Atas sebab-sebab begitu jugalah, sekarang aku bukan sahaja dah stop jual baju online, aku juga dah jarang shopping online. Sebab aku dah nampak produk tu ulang-ulang aje. tak ada yang unik, tak de yang lain dari yang lain. Ada few je blogshop yang aku suka, yang produknya sentiasa one of the kind. Samada produknya self pick (see, aku tak kata tak boleh amik kat Plaza GM, tapi ko kena narrow kan sikit pilihan korang tu. cari yang unik, quality wise, bukan yang massive production punya), atau produknya home made/ handmade (yang ni sure unik la kan... dah dia buat/ jahit sendiri). Kalau yang boleh ke china sendiri pick item, pilihlah yang kualiti tinggi, yang belum ada kat market Malaysia. Baru lah gempak.


Aku ada few blogshop yang jual tudung, dia buat sendiri tudungnya. So, tudung dia exclusive. Ada juga dia buat selendang atau shawl. Dia beli kain dan jahit buat shawl. So, shawl pon unik. Tapi, ya.. aku pon mengakui. Tak ramai boleh buat macam tu kan, sebab mostly yang jual online ni ada kerja lain full time. Blogshop tu sampingan aje. Of course lah dia pikir produk yang senang di handle, tak payah pikir banyak. Ambil beli, letak kat rumah, orang bank in, kita pos barang... kan?


Apa-apa lah... kesimpulannya, ada baik dan buruknya kebanjiran blogshop ni. Tapi bagi aku, aku prefer blogshop yang menawarkan produk yang unik dan exclusive. Kalau aku nak yang biasa-biasa, baik aku cari kat car boot sale shah alam hari ahad nanti...


sendiri boleh pikir kan....




~ aku juga suka blogshop personal shopper. Mereka self pick dan tolong beli branded item dari overseas. Banyak murahnya berbanding beli di butik Malaysia. :)

Comments

nursarah said…
huhu, saya belum pernah beli online. tapi ada ushar sati blogshop kebaya kabu yang cantik n harga boleh tahan ok.

cumanya, risau plak takut tak kena dengan badan. jadi pk lagi nak beli ke tidak, heheh

Popular posts from this blog

Menempah penginapan percutian dengan AirBNB

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?

Kemas kini gambar passport anak anda