makanan yang aku suka makan (kompilasi)

Topik ringan-ringan di pagi Jumaat. Aku login pagi ni, pastu termenung dekat 15 minit memandang screen lappy dok pikiaq apa nak cerita kat blog harini. haha~~


Jadi harini ku nak cerita makanan yang aku suka makan a.k.a makanan kegemaran aku. Makanan kegemaran aku ni, bermaksud, bila aku makan aku rasa berbaloi-baloi. Sedap sampai aku tak ingat nak kira kalori portion, fat, nutrition semua... haa... memang "to die for" bagi aku


1. Grilled chicken nandos peri-peri

Ini memang wajib sebulan sekali at least. Dan yang bestnya, hubby pon suka. Jadi memang selalu lah makan Nandos nih.


2. Steamboat

Ini tak kisah. Asal steamboat aku mesti suka giler punya. Aku suka Johnny, pulau ketam, flaming kat sunway... yang penting mesti fresh, sambal cicah mesti sedap. nyum!


3. Sandwich

Tak tau la nape, aku memang suka makan sandwich. Especially kalau dia wholemeal bread, pastu letak banyak-banyak sayur... dalam egg-mayo pon ok, tuna pon ok, meatloaf lagi heaven! Kalau hari-hari makan sandwich je pon aku ok. tak jumpa nasi pon takpe :)


4. Carrot cake with lime cheese frosting.

woah!!!! ini kalau dapat.. memang sinfully delicious! aku sanggup add extra calories semata nak merasa kenikmatan se-slice cake ini.


5. Red velvet cake.

Kek ni, memang kalau makan, tak ingat apa dah. Semua jadi kedaung! wakaka.... red velvet ni, dengan mahalnye, susah nak cari nye... tu tak kita berapa banyak kalori nye lagi kan... Tapi semua tu tolak tepi.... sanggup tuh!


6. nasi kerabu.

Satu favourite tradisi aku. Dah semua macam ala-ala western je kan, ini satu hidangan tradisi yang aku suka bangattt! Kalau aku dah lama tak jumpa nasi, sekali terasa nak makan nasi, sure aku kepingin nasi kerabu. Bukan apa, delicious and healthy! Hidangan nasi kerabu aku wajib ada solok lada, daging salai, extra air cili dan extra sayur kerabu. wah! marvelous! sampai jilat daun pisang wa cakap lu~~


7. Ikan bakar dan segala bakar membakar.

Aku suka la bila ada makan-makan besar dianjurkan dan lokasi yang dipilih adalah di medan ikan bakar. Menu aku, confirm semua bakar-bakar kosong je. pastu, cicah sambal kicap atau air asam. perghhh~~~~ meleleh~!


8. Caesar Salad.

Ini... tak tau la nape aku suka sangat. Ada orang pernah tegur aku, ko ni makan macam kambing! pastu pernah jugak orang kata, aku ni makan sayur je macam sami. (tak paham la aku minded orang kita ni. makan sayur pon salah. jeles la tuh~~) Caesar Salad ni aku suka sebab walaupon di salad, tapi dah macam complete meal yang sedap bagi aku. Secukup rasa je semua. Dengan crouton yang rangup2 (carb), parmesan cheese yang masin2 sket (protein), olive oil yang super healthy, dijon mustard yang masam-masam manis, pastu paling tak bleh blah, romaine lettuce yang crunchy! aku describe ni pon dah kecur air liur... Kalau rasa nak lebih protein, tambah grilled chicken. wallah!


cukupla dulu ku bercerita pasal makanan kegemaran aku. Mostly fav aku ni dah memang healthy choice kan... haha! kalau lah cake pon boleh jadi healthy macam tu jugak, sure aku makan cake hari-hari...Tapi makanan yang healthy pon, kalau portion melampau, jadi unhealthy jugak!


sekian. xoxo


~ you are what you eat.

Comments

Popular posts from this blog

Menempah penginapan percutian dengan AirBNB

5 percutian musim panas luar biasa di Melbourne dan Victoria

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?