Mengapa Tiada Mood, wahai wanita?

hari ini mood tidak berapa baik. Sepatutnya keluar dengan uder lunch hour ni ke Manjalara, tapi cancell pulak. Xpa lah, lagipon Aza harini xdak rumah, Dia ke hospital.
~~~ but thats not the case! bukan ini yang buat aku moody


sea-monkey aku hatches. banyak gak.. dan mereka sangatlah halus. yeay! (tapi sekejap sahaja yeay, sebab penetasan itu tidak dapat mengembalikan mood ku yang hilang)


Siram pokok roses aku pagi ni, pokok yang struggle tu masih struggle, walaupon aku dah kurangkan kuntum bunga dia. Sekarang tinggal 2 kuntum je, 4 kuntum aku dah cantas, tapi dia still nampak tak bermaya. kena pruning sampai takdak bunga kah? kesian dia...
~~~another factor yang membuatkan aku x dak mood hari ini.


Aku teringat, minggu depan balik kampung. Lalu aku terpikir..... gaya mana aku nak buat kat pokok aku nih? roses aku sangatlah manja, dia mana boleh miss siram dan jaga dan berborak dengan dia walau sehari pon? (iya, aku berborak dengan roses aku, sebab dia adalah pendengar yang setia). Dia kena siram 2 kali sehari, pagi dah petang... next week balik kampung 3 hari 2 malam... T___T
~~~~lagi satu sebab aku moody harini


Malam tadi, Juwita dok terjaga je. Hidung dia tersumbat lah pulak. Mintak susu ade dekat 3 kali. Maknanya malam tadi, 6 kali aku naik turun tangga tengah malam. Dengan nak pujuk dia berenti nangis lagi. Adoiilaa...
~~~~ tak cukup tidur. sebab tu aku moody


Lately, i mean sejak Juwita dah kat taska ni, masa dengan dia sangatlah limited. Pukul 8 dia bangun, sarapan kejap, pastu dah gerak hantar ke taska. Ambil dia pukul 6.30, sampai rumah pukul 7++. Belumnya dapat aku tengok Juwita tu. Aku siram pokok, kemas rumah, basuh sampah, angkat kain, masak dinner... pukul 9 lebih baru siap segala kerja. Baru dapat nak duduk kejap depan TV tu ha. Tak lama, Juwita mintak suap, nak air, nak susu, nak itu, nak ini....nak main, nak princess, nak dancing~~~~~*sigh*


Aku layankan aje, sebab bagi aku, itu je la masanya aku dengan Juwita, Kang jap lagi dia dah nak tido. Cuba korang kira sendiri berapa jam sangat dalam sehari masa berkualiti aku dengan dia. Tapi masalahnya, masa berkualiti ni kadang kala tak cukup berkualiti. Sebabnya aku dalam keadaan letih, lesu, penat, dan mengantuk. Most of the time, aku layankan aje, walaupon badan aku dah kata, stop.. stop... perlu rehat. Tapi, ada ketikanya, sebab aku x layan keletihan aku tu, buat aku "termarah" juwita.


Aku tahu, bukan salah dia. She's hunger for my attention. Thats why i feel guilty most of the time. I cannot spent quality time with her. I angry and scold at her although i know it's not her fault. She just need my attention, which i barely can give lately.


oh, i really miss her. and i feel guilty for her.
~ main reason why i feel moody today


and...


This morning, i hit my menstrual for the 2nd time, for this month!. Mana tak nya moody!!!!! geram betollah. cemana lak boleh kena sekali lagi nih! tengah bulan? awal bulan dulu dah kan... adoila~~~


Hati yang berserabut membuat kita hilang fokus. Bila hilang fokus kualiti kerja mula merosot. Bila kualiti kerja merosot, hati makin berserabut.



~ harini lupa bawak botol susu dia ke taska pulak -_-' one sign of kualiti kerja yang merosot

~ hati teringatkan rumah. Saya nak cuti.

~ i need a day off at spa. Any recommendation, anyone?



Comments

Popular posts from this blog

Menempah penginapan percutian dengan AirBNB

5 percutian musim panas luar biasa di Melbourne dan Victoria

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?