Product haul review : Stage makeup


sudah lama tak update blog bergambar kan? Dan sudah lama juga aku tidak bercerita tentang makeup. Jadi hari ini, aku nak cerita tentang Stage Makeup.


Stage makeup, aku pernah pergi kat tropicana City, dan Aeon Melaka yang baru tuh pon ade. Aku, personally, suka juga Stage nih. Aku suka blush brush dia, lipstick dia (kaler cun-cun woo.. dan mostly matte color), gloss dia sangat thick dan sedap di bibir, dan aku juga suka Stage sebab dia suka bagi voucher kat aku. (aku ade 4 voucher RM10 yang dah expired sebab x redeem. lupa ko!!!! rugi betul!!!) Aku juga dapat makeover coupon, which is pon dah expired (bengang betul aku dengan kealpaan diri sendiri ini).


Aku ada member card untuk Stage Cosmetics ni. Member boleh collect point dan dapat voucher lagi. Jadi kawan-kawan, siapa yang nak beli Stage makeup boleh mintak aku belikan eh... aku suka je jadi personal shopper nih. Dapat point je pon dah ok dah. (shopping itu sendiri adalah terapi, tak kisahlah shopping untuk barang sendiri atau untuk orang lain)


Untuk b'day aku bulan 7 ni, Stage dah bagi aku voucher diskaun dan makeover bernilai RM100. Tak sabarnya aku nak redeem. Kali ni aku akan pastikan ianya tak expired!!!! Kalau x aku akan kutuk diri aku sendiri!! (sungguh!)


Oh, ya. Lagi satu product stage yang aku suka adalah white eyeliner dia. Dan aku juga secara peribadi menggunakan makeup remover stage untuk menanggalkan waterproof makeup mata aku. haa.... panjang berjela kan list product Stage yang aku guna.


Kesimpulannya, selepas MAC dan Bobbi Brown, aku akan letak Stage di tangga ke-3 list product aku. Tapi, bilangan product Stage aku melebihi bilangan product Bobbi Brown. haha~! sebabnya aku jarang beli bobbi brown... mahai sangat LOL! MAC memang nombor satu lah kan... Lagipun sbagai makeup artist, guna MAC baru orang yakin. Kalau ade koleksi Bobbi Brown laaaaagi lah orang yakin. Stage pon not bad tau!


Dari segi harga, Stage ni murah sikit dari MAC. Sapa belum pernah cuba Stage, boleh cuba hari ini. Jom pergi shopping!!!!!


Oh, ya... ini dia haul aku last time aku ke Stage Aeon Melaka....



ini blusher brush. RM90


ini mascara dan white eyeliner. mascara drama lash RM50, eyeliner RM45


ini pula waterproof makeup remover RM58


ini aku, nak menempel

Comments

Sherry said…
hehe.. so cute, you snap at office ke?
Sherry said…
dear aunt leave in malacca but far away from city and they tidur by 10pm cant go there stay very boring.. .lol.. try before last time go..
Sherry said…
oh malacca long time x go, is it the big jusco there? any idea which budget hotel there to stay?
anggun said…
yup, the new one and the biggest one.

budget hotel? i also dunno woo... i balik melaka, just stay at my mom's house only~~~ haha!
Sherry said…
so nice la.. is it near the big jusco you live at?

anyway just say only.. x plan lagi as dear bz je.. work.
Anonymous said…
mahal nye blusher brush
smpai rm90?
mine mac brush set
19sets=rm100+
anggun said…
haha! mac brush 19pcs/set RM100++ ? confirm fake dear! x mungkin MAC rege begitu la yang~~ Stage ni kira murah sket dari Mac je
Lin Elier said…
Camana nak apply jadi member STAGE? Thanks
anggun said…
just spent at least RM200 dah boleh apply.
Lin Elier said…
Awak... tadi kita call outlet Tropicana City, depa dah up ke RM600 untok jadi member la... tension saya!
Jadi, kalo kite nak mintak tolong awak mcm mana? Saya nak the complexion enhancer tu, lipstick & lipgloss... kaler tak pilih lagi nak kena pi sana... skarang ader sale 50% +30% extra for member la!
email saya lin.elier@gmail.com
anggun said…
u duduk mana? kalau dekat boleh pergi sekali dgn sy~

btw, i kerja kat shah alam
Lin Elier said…
Lin dudok Kota D'sara, saya work at home mom wiv 2 kids.
Dekat aja nak pi Tropicana... lagipon outlet sana kurang manusia sikit..heheh... MidValley parking teroks, kan?
Jom pi, bila free ya?
anggun said…
ooo... i was work at home mom jugak. sekarang dah masuk office balik, kerja dengan hubby.

midvalley susah giler nak parking. tropicana ok. tapi tu lah.. how yeah?

weekdays i ok je..
Lin Elier said…
Weekday ok ye?
Jumaat nie, insyallah hubby I amik cuti, so boley ler I merendek jap wivout kids. Kita pi awai, bule balik awai....
Camner?
If orait, nnt awak email no. talipon kat saya. Senang bercontact karang.

Popular posts from this blog

Menempah penginapan percutian dengan AirBNB

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?

Kemas kini gambar passport anak anda