update perihal aku dan famili, Minggu pertama di rumah baru

kami puas hati dengan rumah ini setakat ini

pejam celik, rasanya cukuplah 1 minggu kami duduk kat Bandar Bukit Raja ni. Rumah sewa baru ni memng best, dan sesuai la untuk kami bertiga. dan, kalau Uncle Wahed nak datang sekali sekala pon boleh, kami ada extra room yang kami dah buat guess room.


Satu lagi bilik kami buat bilik studi aka play room Juwita. Tingkat atas, master bedroom dia besar, jadi kami devide sikit ruang, pasang curtain devider, jadi ruang untuk Juwita. Later on akan tambah katil Juwita kat situ. :) buat masa ni, Juwita kongsi dulu katil dengan abah ibu...


Kitchen pon aku suka, sebab dia ada wet and dry area. So, wet area tu aku buat untuk memasak, dan letak washing machine sekali. Sidai baju kat belakang... Living room pula, nanti akan ditambah sofa (sekarang lom ada sofa. Sofabed lama tu aku dah letak dalam studi room. buruk benau dah rupa dia T__T tapi x sampai hati nak buang)


Kesimpulannya, aku dan hubby suka dengan plan layout rumah ni. Sampai hubby ada kata, kalau nak beli rumah nanti, cari area macam sini dan layout macam ni je lah. X kecil dan tak besar sangat. Sedang elok katanya


Aku nak beli bunga dan pokok bunga


Tadi pergi pasar tani mega, tujuan aku nak cari pokok herba dan pokok bunga... nak tanam kat halaman tuh... tapi sayang x ada plak yang aku berkenan. Semalam, hari Sabtu, ada singgah Subang Parade. Jumpa booth orang jual pokok bunga. Cantik pulak, jatuh berkenan lah aku. satu pokok RM15... tapi aku tak beli -_- (sebab aku budget boleh dapat lagi murah kot kalau beli kat nurseri pokok kat jalan sungai buluh nun)


Lagi satu, aku nak beli bunga hidup nak letak dalam vase kaca atas meja makan aku tu ha... ayo.. pusing punya pusing x jumpa pula kedai florist kat Subang parade tu (x biasa jalan sana, so tak tahu la susunan kedainya). Makanya aku gave up semalam -_-


Empire dan galeri lukisan

Singgah jalan-jalan window shopping kat Empire. Ok la jugak tempat tu. Tapi x ada Body Shop outlet lah! Sasa ada, Charles and keith pon ade! yeay!! keihl ade, crabtree n evelyn ade, mmm macam-macam ada jugak la...


then, ade galeri, jual painting... murah kooo!!!!! painting abstract, aku n hubby suka giler painting tuh! (banyak gile yang kami berkenan! memang berpotensi lah artist tuh!) Oh ya, point paling penting... murah giler painting die!!!!! 30 X 30 kalau x silap, baru RM250!!!! macam tak caya!!! painting kat ikea (boleh panggil painting ke? or massive printing-like-painting baru betul).. confirm ade beratus (or maybe beribu?) copies tu, RM450 busuk2 pon kan? ini painting real dek non oiii!!!!! 1 of the kind, every pieces is different tau!


TAPI.... kami x beli. waka waka! belek punya belek... berkenan punya berkenan... last-last belek wallet sendiri pulak. wahahaha! tak bawak cash nokk! hampa! takpa... slow down la eh... tunggu tengah bulan ke .. hujung bulan ke.... sekali dengan sofa dengan wardrobe nantilah dia masuk rumah kami.. ngee~~~


kat empire nih, kami makan kat restoren Belanga tau! nanti next entry aku cerita key...


curtain dah beli. Surprise!!!! Hijau telah dihapuskan sama sekali dari kepala hotak kau!!!

punyalah survey sana sini... dengan Uder... cari curtain warna Hijau kan.. sampai pening-pening! Dok pikiaq, curtain tebal warna hijau, lining sheer warna cream ke...atau... lining sheer yang hijau, curtain tebal cream ke...Pastu pikir pulak... nak sheer tu organza bercorak ke... or organza kosong... kalau organza kosong, curtain yang bercorak.. or vise versa lah kan? habis bab tu, pikir pulak, nak pakai organza ke sheer biasa kain nipis tu je? kalau organza, confirm dia letak atas curtain, kalau lining biasa, sure dia letak belakang curtain... hadoiii!!!!!! mak fenin!!!!!!! Tu belum pikir jenis kain curtain tu lagik! huwaaaa!


AKHIRNYA! aku kembali ke pangkal jalan je.. Aku kembali ke Ikea (thank to hubby yang sangat memahami diriku yang kepeningan ini) Kalau kat Ikea, aku tak pening sangat. Senang je buat pilihan. Dan.. dan.... aku tak pikir sangat dah tentang warna tema hijau tu. Hubby aku yang berfikiran bebas bak burung helang tu kata... kalau takde hijau, tak payah la buat susah pikir hijau. Amik lah mana yang berkenan.


Betul jugak. Mungkin aku memang tak berkenan dengan warna hijau pon, at the 1st place.... sebab tu, susah sangat nak jumpa hijau yang berkenan dihati. Adeee~~je something wrong dengan pattern lah, color lah... tak match la.. Agaknya, sebab after all, aku tak minat hijau. haha! kenapalah aku nak paksa diri untuk minat hijau... buduss betul!


Oleh itu. aku memaklumkan, tema hijau telah di dismiss kan dari rumah aku. Ruang tamu adalah combination of white, black n grey... then later i will add some splash of bright color on it. (might be on the painting. ade kene mengena dengan yang aku cerita kat atas nuu, and also on fresh flowers deco and bantal...) wuuu~~~ can't wait!


Tragedi: alamak! curtain ter-singkat 1 inci!!!

hahaha! not a big deal. Kalau tengok seimbas memang tak perasan. Tapi aku perasan.. dan kadang-kadang terasa kesingkatannya tuh. haha! Bukan masalah besar pon, sebab bukan singkat sangat (1 inci dari lantai je ponnn), but it suppose to cecah dan meleret sikit kat lantai lah kan... baru cantik dia terletak.


But since, bukan penting sangat... later on lah baru nak go through sekali lagi. Next week punya saturday la sekali lagi buat kerja tebuk menebuk ni. Lagipon satu lagi curtain belum naik.. untuk cover up laluan ke kitchen, supaya tak nampak terus ke dapur. Curtain nya dah ada dah... and again.. it just simple off white sahaja...


Apapon, thank to hubby again, sebab sudi spend time buat kerja-kerja ni tanpa bertangguh. I love u lots! (err... nanti turunkan about 3 to 5 inch dari current hole ya! biar dia meleret sket, baru lawaaa~) yang penting, hubby i da best n very da kebabom!


Juwita LOVES the new house!

She loves everything about this house! From the fact that she can play her ball and tricycle on the ground, rumah dekat dengan playground (tadi dah ronda-ronda satu taman dan dah main kat taman pon), dia ada play room sendiri, later on akan ada area sendiri...Spacious interior (compare to my previous apartment) where she can run here and there...ohh.. She just love everything about this house! She even like to take a bath now! sendiri mintak nak mandi (suka masuk bilik air, dan mandi di bilik air baru) nah! i just love to see her woke up every morning with a big big smile and a round shiny eyes... sebagai bukti tidurnya nyenyak malam tadi :) :) suka!


Rumah takkan complete sehingga hujung bulan Julai.

few things need to hold on first, untuk memberi laluan kepada benda yang lebih penting. Ada few project need a big modal, and something important is coming in (which also require lots and lots of money). So, the furniture have to hold on first. Lepas je beberapa benda tu, baru kami lenjan kat furniture pulak.


setapak setapak lah ye... slow and steady je..


Oh... esok masuk office. Rasa lama pulak weekend minggu ni. Puas rasa :) So,hopefully no monday blues la esok :) nak siapkan beg Juwita, and then naik tido!


nite!


- tadi shopping kat bukit raja jusco tu. sale la pulak kat voir gallery. Haku rembat 3 helai. putih, cream dan hitam. Sunggub tak berwarna kan aku? hahaha! (hampir membeli sehelai warna bright pink, tapi kemudian terasa sangat merepek...)

- nurul Huda Bokhari, kamu baca blog aku kan? Kalau nak datang rumah, hujung bulan Julai ye. sekarang belum sedia~~lalala~~

- esok terasa ingin memakai warna OREN. Apakah..?..

Comments

mmg arini ko pakai oren.. n mmg aku baca blog kau.. hahaha.. apekata aku buat painting kat ko?? nak tak? hehehe.. leh asah bakat nih~~
Sherry said…
macam dream house :D

Popular posts from this blog

Menempah penginapan percutian dengan AirBNB

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?

Kemas kini gambar passport anak anda