ID's gathering ala-ala picnic


Seminggu sebelum puasa haritu, aku, uder dengan mat jii merancang untuk meet up kat Shah Alam, memandangkan kami bertiga ni sebenarnya dok kerja dalam Shah Alam je, tapi tak pernah nye jumpa. (ok, aku dengan uder selalu lah hung up, tapi dengan mat jii susah nak jumpa)


Daripada mulanya plan nak jumpa kat Pak Li Kopitiam je, then melarut-larut since mat jii pon ada anak,and understood lah budak kecik, lama manalah dia boleh behave dalam restoren kan... so, plan terus tukar ke picnic di taman SUK. Later, sebab dah alang-alang kan, ajak je Zack, Jimi, mat Pii.. pastu sebab dah laam tak jumpa Wirda, Aza, semua... last-last ajak satu batch. haha! Serius last minit punya plan, yang boleh dikatakan agak berjaya jugak la~~~


So, tema picnic. pastu dengan last minit kan.. so aku cadangkan portluck je. Wah! semua setuju kau.. (walaupon aku tak harap lah budak-budak bujang tu boleh bawak something kan..)


macam biasa lah... janji berkumpul pukul 4.30, start pukul 5, jadinya pukul 6 baru semua orang ada kan.. Standard la tu.. budak Id.. Aku nye famili pon datang second. 1st, Alarm sampai dulu, bawak jajan. Aku, sebab dah janji nak sponsor KFC kan.. bawak KFC lah.. (memula aku rasa nak masak bihun je.. ade orang tak ingin makan bihun kan... then tuko ke spagetti, last-last KFC jugak..)




Tak lama pas tu, datang la, Wirda and famili, bawak karipap (dia kan tokey karipap kan..), mat jii dengan wifey and doter bawak roti sadin, swiss roll, air botol... uder bawak air root beer. Jimi, dengan hati mulianya beli kek seketul. Mekacih.. walaupon aku tak merasa pon kek tuh.. -__-




Apapon, kami semua bergembira petang itu. Yela, last minit plan, impromtu je... zack pon datang solo, mat pii datang berdua. Tapi sayang, Aza, ejan, dan natrah tak dapat hadir.




Sebelum azan maghrib berkumandang, kami bergegas kemas untuk pulang. Sebelum pulang, ambil gambar la dulu kan... haha~


Next, majlis berbuka posa ID's di intekma ahad ni. Yang ni, Zack yang handle. Yang aku tahu, datang, gather-gather, borak-borak, makan-makan... tu je. haha! (walaupon Ejan tak dapat datang... dan Aza macam keberatan juga nak hadir.... hmm...dengan mat pii tiba-tiba kena denggi... )


Papepon, malas la nak pikir banyak kan. Nak datang, datang.. Taknak sudah. Kami tak paksa... benda ni bukan untuk orang lain kan, untuk kita-kita juga... gather-gather. Bila je masa lagi nak jumpa. setahun sekali pon susah. Tapi kalau alasan munasabah, bolehlah difahami.. hehehe... yang penting, kita nak jumpa, nak makan.. apa susah?


daa...


xoxo



Comments

Popular posts from this blog

Menempah penginapan percutian dengan AirBNB

5 percutian musim panas luar biasa di Melbourne dan Victoria

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?