list perkara nak buat/ beli bulan ini

Sedar tak sedar, dah 2 hari tak update blog. Kesibukan yang melampau sejak hujun gbulan Julai haritu, terbawa-bawa sampai ke kini. Hari-hari ada je project nak kena settle, nak kena submit, nak kena prepare document. Tu tak kira lagi kerja-kerja pejabat yang kena buat minggu ni. Ada rombakan dalam sistem filing. Makanya semua dokumen perlu di susun semua... (memikirkannya pon dah pening) Itu aku belum mula buat lagi tu. Baru semalam sampai fail baru. Button batch nak kena potong, ada 3 job nak submit harini. Orang kata bagusla.. kerja banyak maknanya masyukkk~~~ Alhamdulillah~~ ok lah. Sejak office baru dah buka ni, nampak ketara peningkatan sales tiap-tiap bulan. (Nak buat graph monthly sales.. tak terbuat jugak lagi -_-)


ok. enough on my busy job. Bila kerja keras, ada lah habuannya.. iya tak? kerja sederhana keras, sederhana lah habuannya, bila extra keras, extra lah habuannya. Jadi bulan ini alhamdulillah, aku senyum sampai telinga jugak la.. haha~~~


Wish-List benda nak buat dengan komisen bulan ini pon dah ada... (kalau bulan lepas, duit komisen diperuntukkan untuk langsir dan sarung bantal. Selebihnya aku belanja beli barang makeup). Bulan ni, boleh la saving sket... untuk budget benda lain later (seperti charles and keith atau liz claiborne atau MAC haha! paling-paling pon untuk raya nanti). Jadi, untuk komisen bulan ini, aku dah pikirkan, nak buat untuk:-


1. Spa package.

Budget aku untuk Spa adalah lebih kurang RM200 untuk satu package. Kalau dapat, nak package yang ada urut, lulur, mandi susu.... pergh.. heaven nya~~~~ Kerja banyak kan, buzy, sibuk... letih... so, after all the hard work... i deserve a day off at the spa!


2. brush makeup baru.

Bukan nak beli banyak pon. Nak ganti few pieces yang dah jahanam je... Mungkin akan melabur untuk 2 batang brush bulan ini... Yang ni budget tak banyak. Kalau x cukup 2 batang, aku beli satu je dulu. bulan depan beli lagi satu. Sebabnya budget untuk ni sikit je (pendek kata, tak cukup la nak beli brush MAC)


3. brush pouch baru

Sebab nak letak brush aku semua dalam pouch yang lebih convenient untuk dibuka katup, serta selamat. Tak terkeluar, tak rosak, dan sebagainya. Pouch yang sekarang ni, banyak sangat slot... dan ada few brushes yg aku tak sentuh langsung. So, better letak tepi je brush yang aku tak guna kan, cari pouch yang berkualiti dan fit-fit untuk brush yang aku guna je...ni no idea budget berapa. Sebab tak survey lagi.


4. Belanja hubby makan kat Whisk Cafe @ empire shopping mall.

Ini wajib sekali! Sebabnya, aku dah lama teringin sangat nak try red velvet kat whisk cafe ni. Asyik habis je... Pastu, banyak pulak orang recommend cafe ni. Its a family run cafe.. so, its suppose to be warm and cosy. :) Pink Stiletto pon dah ada buat review pasal cafe Whisk ni. Tu semua la tu.. yang membuatkan hati aku bergelora.. hahaha!


Nak belanja hubby sebab.. memang tiap bulan , akan ada satu or dua kali aku belanja dia pulak makan. Its a special dining/ lunch for us lah. Without Juwita. Just us, dating and makan-makan. So, sebab dah lama kepingin nak Whisk cafe, so, bulan ni bawak hubby makan kat sini lah! Dia pon memang suka sangat kalau bab-bab menerai cafe-cafe or kedai-kedai makan baru nih... :) Budget... macam biasalah... rasanya x lebih RM60.


5. Tanah kompos dan set gerdening untuk rose aku. Serta koleksi rose kaler jenis lain pulak.

wah wah wah! nak mengembangkan teritory nampaknya taman rose aku. haha! impian aku sebenarnya nak biar halaman penuh dengan rose. Nantikan je la.. menjadik ke tak menjadik... Rose aku tu nak kena di gembur tanahnya... kalau tak, bantut dia (sekarang ni dah start bantut, sebab dah 3 minggu tk gembur tanah). pastu, nak kena repotting, tukar tanah. berbaja... barulah dia manjadik! ini aku... gardening tools pon tak lengkap lagi! setakat siram tiap pagi, pruning hujung minggu, apa dapat? berbunga la jugak... tapi aku tak puas hati. Aku nak dia gemuk dan berbunga dengan lebatnya!


6. Beli tapak iklan untuk Petite Touch

Ini aku dah buat. Setakat ni, aku dah bayar untuk iklan banner aku kat kahwinmall.net. Tak lama lagi keluar lah tu. Sekarang dalam proses nak discuz design banner. Lagi satu dalam consideration aku....setelkahwin.com. Kat sini mahal sket... tapi tak sure lah visitor banyak ke tak.. aku nak survey dulu dalam minggu ni, tengok member, visitor dan click dia banyak ke tak...




itu je yang konfirm. Sebenarnya panjang lagi list ni masa tulis hujung bulan haritu, tapi makin lama makin pendek pulak listnya... cadangnya bulan ni nak beli set clinique. Tapi cancel sebab nak bagi can try Za punya produk dulu. Lagipon aku baru dapat sample Hada Labo. Kalau ok, tengoklah, bulan depan... Hada Labo ke Clinique yang menang.. hehe~~


Pastu, kononnya aku nak berbelanja di MAC. Tapi mengenangkan aku ade lagi kupon voucher Stage, aku rasa bulan ni ke stage lah... Stage pon ok ape.. apepon, yang confirm.. SASA wajib aku jejaki! oyeahh!!




~ paling tak sabar nak makan kat Whisk

~ nak shopping-shopping dengan cik uder

~ ahad ni ada meet up dengan budak-budak IDs'. Sedang mengumpul peserta. Tema: Picnic portluck :) tak sabar jugak~~~~~

Comments

Popular posts from this blog

Menempah penginapan percutian dengan AirBNB

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

5 aktiviti dan pengalaman unik yang boleh dilakukan sekitar Melbourne dan Victoria pada musim panas

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?