update puasa dan preparation raya

Tak sedar kan, dah hari ke- 15 kita berpuasa. Another half way to go, lepas tu raya. Alhamdulillah, ramadhan kali ni dapat kuharungi dengan mudah, walaupon dah ada lompong dah puasa aku..pastu kena diarrhea pulak 2 hari... huhuu~ (semua tu ada hikmahnya..)


So, berposak lah jugak aku dengan hubby melengkapkan persiapan raya tahun ni. Kan kami baru pindah rumah hujung bulan 6 haritu... Dijadikan cerita, sampailah minggu lepas, rumah kami tu tak lengkap lagi perabotnya. Last week barulah list down barang/ perabot (ikea je lah, mana lagi kan..aku kan duta ikea. Rumah aku showroom ikea. hang tak tau ka? wakaka~) kira-kira budget, buat briefing, brainstorming, pastu sabtu lepas terus beli. Hari ahadnya, barang pon sampai (delivery charge hanya RM65 utk satu trip ye. sangat murah!).


Apa lagi, berposak lagi kitorang malam tu. Nasib baiklah ada uncle wahed. Dia lah yang tolong hubby pasang-pasang semua (kalau request installation, 5% kena charge dari total amount. tapi most of Ikea furniture, i tell you, very easy to install lah) Sofa, check. senang gile pasang. kerusi, lagi senang. kitchen trolley, sedikit sukar, tapi masih mudah kacang goreng. Katil Juwita, huh.. macam makan sayur je senang dia... tiba yang last sekali.... wardrobe. perghhhhh!!!!!!!! berpeluh ketiak kau! Dah lah berat nak mampos kan.. haha~ betul-betul bersyukur lah uncle wahed ada.. kalau aku dengan hubby je, tak naik la wardrobe tuh.


Itu pon, siap-siap pasang dah pukul 10 malam, wahed nak balik. So, pintu wardrobe tak pasang lagi.. huhuhuuu... rompong la wardrobe aku minggu ni. (wardrobe ni sukar sikit sebab dia berat, dan tinggi. Memerlukan tenaga jantan 2 orang. MakNyah aku tak jamin boleh pasang. Perempuan ayu lagilah. Kau bayar jelah 5% suruh orang gagah ikea yang pasangkan...)


Perihal baju raya pulak.... last week dah settlekan semua. Since hubby dah spend untuk furniture and our incoming cars, so, aku volunteer untuk support baju bajan raya semua, dan hiasan, deco serta bekas-kuih raya semua. Kira fair and square lah kan... Atleast aku dapat bantu sedikit sebanyak. So, baju raya Juwita dah selesai. Dari sehelai baju kurung yang aku beli, jadi 3 pulak dah. Uwan jasin belanja baju kurung 2 helai. Pastu dress... poney kan sale... rembat aje le... Baju melayu hubby pon dah ada. Pakai tunjuk aje kat metrojaya. Baju kemeja dia taknak. Nak pakai oren spot je katenye... ahaha...


Aku nye.. ha, ni tak settle-settle lagi nih. belum siap kau!!!! aduh la.. kalau tak siap lagi hujung bulan ni, ada la yang nak kena hambur dengan aku ni kang...(buat masa ni, aku masih mampu bersabar dan tersenyum bila tukang jahit tu kata belum siap)


ok. cukup dululah update untuk hari ini. Aku baru balik dari Jasin ni (sapa tak kenal jasin? bukan dah femes ke jasin sekarang, sejak kejadian puting beliung ), kena buat kerja sket.. quotation lah.. update akaun lah.. dah nak hujung bulan kan... berapa lah aku dapat bulan ni agaknya..


daa... xoxo


~ besday adek aku plak tu lepas raya kang...

~ boleh tak buat macam tahun lepas. No duit raya, tapi aku bagi sekali dengan hadiah besday.. ????

~ tak sabarnye nak buka posa dengan budak-budak Id's kat intekma ahad nih...

~ Nak pergi KK Home deco... Uder, mana kau ha?

Comments

~ainasniah~ said…
ko bagi je laa duet raye + duet besday sbg hadiah . hoho

Popular posts from this blog

Menempah penginapan percutian dengan AirBNB

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

5 aktiviti dan pengalaman unik yang boleh dilakukan sekitar Melbourne dan Victoria pada musim panas

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?