aku buat kek? kah!kah!kah!!!!!..

siapa yang mengenali aku pasti tahu yang mak aku sangat pandai membuat kek. Segala macam jenis kek di pandai buat. Segala macam jenis deco; buttercream ka, fresh cream ka, jeli ka, sugar paste/ fondant ka, air brush ka.. semua dia boleh buat. Orang yang kenal mak aku akan panggil kitorang adik beradik anak tokey kek. Kedai mak aku kat Jasin, Kedai Kek Kesang. (kenapa nama kesang? sebab kitorang duduk kat kesang. Masa nak register, nama mak teh, maznah, kak meh.. semua dah di ambil orang..oh, itu cerita 6 ke 7 tahun dulu.. masa nak register...)


Sekarang, Kedai Kek Kesang dah bertapak dah kat Jasin ni. Rasanya orang jasin sure tahu dah kedai kek ni. Satu-satunya kedai kek melayu isle kat jasin. Kalau dalam melaka pon boleh kita dengan sebelah tangan je, Maknanya, kedai kek mak aku ni wanted jugak la.. especially untuk bakal pengantin dan badan-badan korporat/ kerajaan.



OK. Berbalik pada tajuk... Aku deco kek? (pastu aku gelak di disitu....)
Malu wei nak ngaku aku ni anak tokey kek.. sebab aku fail betul bab membuat, deco ka hape semua tuh! huh, baik aku masuk dalam lubang aje... orang jumpa aku mesti akan expect aku terror gile buat kek. Hakikatnya... aku tak tahu pon!!!! (owh.. aku tahu semua teori dalam membaking dan mendeco.. taknik nya semua aku tau, sebab aku dulu selalu gak monitor kerja pekerja mak aku. Mak aku pon ada ajar aku teknik tu semer... cumanya aku tak pernah buat sendiri A to Z...)


Buat kek atau mendeco ni, orang kata kena ada bakat + practice. Aku rasa aku ada bakat, macam mak aku jugak, tapi aku tak practice. Buat kek ni kena teliti, mendeco apatah lagi... kalau kita teliti, hasil dia akan lebih kemas. Kalau cincai, hasilnya caca merba lah...
Sebenarnya sejak aku dah berkahwin dan ada anak ni, naluri aku nak buat kek ni macam timbul la... tak tau la kenapa.


Kalau dulu, masa mak aku mula-mula bukak kedai dulu (sebelum ada kedai mak aku buat kek kat rumah), aku cukup menyampah dengan membuat deco kek ni semua. Sebab kena main dengan cream... dah la berminyak-minyak, nak basuh dia pon susah... (buttercream susah nak basuh tau. Kena pakai air panas.. sebab dia berminyak-minyak..), pastu dengan peralatan semua besar-besar, penuh sinki... Serius! aku cukup benci masa tu!



Tapi bila dah ada kedai, senang. Dengan peralatan semua pada tempatnya, cara kerja dah sistematik... ada pekerja tukang basuh alatan... yang buat kek, buat kek aje... huh.. senang bangat! aku pon jadi suka buat kek...



Sekarang aku rasa menyesal pulak, sebab, masa lepas SPM dulu, aku tak ambil kesempatan tu untuk belajar semua tentang buat dan deco kek dengan mak aku dan Kak Yang... (sekarang baru terasa kerugian itu yeah... sangat sengal!)



Hari tu kat palong, aku kena deco kek span Fatin. dengan tolls yang limited, sangat mencabar key! Tapi berjaya jugak, walaupon kek itu berupa sangat amatur.. haha~~ (kek tu senang je nak deco, sebab guna fresh cream...deco nya simple je)
Pastu balik Jasin, Juwita mintak kek besday to you... Adoi la.. terus aku ke kedai kek.. mintak Kak Yang spare kan satu kek kecik untuk aku. Sampai sane, terus aku deco-kan..


Dengan Juwita nak juga buat.. "aisha wat.. aisha wat iri..." (dia nak buat sendiri kooo!). tu tak kita dia yang pilih kaler! pheh... habis hancur kek aku... dengan kaler yang caca marba.. dengan corak macam hampeh.. Juwita buat tu! Dia pegang piping, aku pegang tangan dia.. macam jar dia tulis guna pensil la.... haha~~~ lawak..lawak..


ok, bandingkan saja, kek aku dan Juwita buat, dengan kek yang terhasil dari tangan pro...














eh.. eh.. jangan terpedaya.. ni semua kak Yang yang buat...


ha.. bawah ni baru yang aku buat.. kah kah kah!!!!! malu siot nak tunjuk!!!
(nampak tak kaler lain lain tuh? cream kaler pink tu tak cukup, punyalah malas nak bancuh lain.. sambung kaler purple jerk..haha~ Dengan kena pimpin tangan Juwita... alahai....senget benget jadinya)


2 slice koo dia makan!!! dekat 1/4 kek! ekekeke...(malunye tengok kek aku nih!)






kek kek lawa tu semua credits to Kedai Kek Kesang. For enquiry, please call 06-5298687. Menerima tempahan kek untuk perkahwinan, hantaran, tunang, majlis-majlis rasmi dan badan-badan korporat. LO juga diterima.

Comments

tahniahh..pahh nihh watt lagiii huhuhu ada bakat prektise make it perfect..lepas befday anak pun ok bahh..

Popular posts from this blog

Menempah penginapan percutian dengan AirBNB

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?

Kemas kini gambar passport anak anda