Gemuklah aku pada 2 oktober 2010

kenapa dengan 2 oktober 2010?

1. banyaknye jemputan untuk 2 oktober. sebenarnya ada 2 jemputan kahwin. Maaf, dua-dua kami tak dapat hadir. Satu di Melaka, satu lagi di Batu pahat, Johor.


2. Ada 4 Jemputan rumah terbuka. Satu di bandar bukit raja juga (kami hadir, dah tentu. mau kena pelangkung kalau tak datang), satu di area KL, entah mana tah... tahlil sekali. Kawan x-mrsm dulu. Satu lagi di rumah Zack, budak ID. Ini malam pula acaranya. Tiga-tiga ni kami hadir. Yang tak dapat hadir, rumah Kak Nim (syirin) di Melaka. maaf ya~~


3. Nasib baik tak ada make-up job hari tu. Lega~~~ dah 2 hari balik lewat, orang datang makeup. Dan dah letih buzy last saturday, makeup job seharian di beberapa tempat.


Sabtu ni, aku nak menghayati cuti pon ya juga. Ok, ada 3 jemputan makan-makan. Maknanya ada lunch dengan dinner free. ahahaha! Senang tak payah masak sabtu ni. Tutup dapur lagi.......


Pagi esok, aku nak jogging! Punya lah lama tak jogging dah ni. Kasut sukan pon dah berabuk. Aku rasa perut semakin membuncit... ayooo~~~~~ mana perut Keira Knightley aku yang duluooo~~~(dah dipenuhi rendang dan ayam merah T__T)


Ahad, ada makeup lagik. Bukak opis jap pagi tu... Alhamdulillah~~~ rezeki.



~ convo wahed 16 dan 17 october. Bile nye weih sebenarnya??? (wahed sponsor tempat penginapan tuh)

~ tekak perit + pahit. Beriya aku geget roti sosej balck pepper pagi tadi, bila nak telan... omakk! pahitnye tekak!!! terbantut selera ku.

~ petanda kot... mengingatkan aku supaya agak-agak makan esok.. hehehe~~~ saaaaayaaannggggggg tekak~~

~ dah lama tak cerita pasal Juwita. Heh heh heh... ada benda nak cerita sebenarnya...tapi tak tahu nak cerita ke tak

~ font blog aku nih.. tak ubah-ubah la.. ape kene dengan kau huh font???

Comments

Popular posts from this blog

Menempah penginapan percutian dengan AirBNB

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

5 aktiviti dan pengalaman unik yang boleh dilakukan sekitar Melbourne dan Victoria pada musim panas

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?