kaftan dan chiffon


Sana sini orang dok gelek dengan kaftan. Nak-nak yang hok chiffon tuh... cantik sungguh! Yela, tengah trend sekarang kan. Berposak la peniaga nak jual. Pembeli pon mula la rambang mata.. berposak jugak lah membeli. hahaha~


Aku, personally, suka kaftan dan chiffon. Satu kombinasi yang menarik. Nampak elegance gitu. kain tu flow je bila jalan. Kaftan tau le, cutting dia loose-loose kat certain part, dan emphasis pada certain part. nak kata macam jubah... erm.. ala-ala kot. tapi jubah / abaya ni memang loose se loose-loose nya. Tapi laa ni, abaya pon, designer dah design yang ada shape le pulok... ish.. apeke jubah namenye kalo ade shape? elok lagi panggey je kaftan. Idok le orang confius....




Kalau cakap kaftan kan senang. Ini abaya moden la, abaya casual la... Hello~~~ kalau dah abaya, abaya la.. boleh je nak ubah suai abaya, tapi kaalu dah rupa macam dress, baik panggil dress je. Hilang dah nama abaya tuh. Kaftan pulak, kalau dulu kaftan mesti kain cotton, mak-mak kita bawak tido malam. Memang seksi tak hengat la.. angkat tangan sikit nampak ketiak dengan segala bulu adaa O__O


Kaftan sekarang, memang stylo. Nth sapa punya idea la buat kaftan dengan kain chiffon. Malatops wa cakap luu! 1st time aku ingat lagi, aku tengok kaftan chiffon ni dalam satu rancangan kat tv, si Rizalman tu tengah promote koleksi terbaru dia; adalah potongan kaftan, menggunakan kain chiffon, dan loose, flowy-flowy... aku terus jatuh cinta!





Sumpah, masa zaman mak dulu-dulu pakai kaftan memalam, aku cukup menyampah dengan baju kaftan (err... orang kita panggil baju kelawar!!!). Design kaftan sekarang memang trendy. Aku rasa, aku patut ade la dalam 2 ke 3 helai kaftan nih... hahaha~~!


Untuk bakal-bakal pengantin pulak... kalau korang masih mencarri-cari baju untuk hari bersejarah anda, aku cadangkan korang pilih chiffon. Kalau nak jahit sendiri, carilah kain chiffon yang bagus sket kualiti, hantar jahit, pastu pi buat beading. wah la weiii!!! serius cantik!! Kalau nak beli siap pon, haa.. cari je la mana-mana butik yang ade jual baju pengantin siap kan... kalau kedai tu up to date, mesti ada chiffon punya!!! beli kosong pon takpe, boleh tambah beading later.


Tudung pulak... memang cantik gila kalau kain chiffon. Gaya shawl lilit-lilit ka... layah/ veil ka... memang cantik. Jangan lupa, tambah beading biar nampak exclusive. pheh... aku terasa macam nak kawin sekali lagi pulak.. (bukan dengan orang lain, dengan laki aku jugak laa)


so.... sebab aku sekarang dah dirasuki oleh kaftan dan chiffon.... (uder? mana uder?????) teringat kat uder sebab dia pernah menyuarakan hasrat membuka butik kaftan. Aku setuju sangat kalau gitu!!! boleh la aku beli dengan diskaun kaw kaw! wakakaka~~~





~ banyak kerja nih! Nota kelas grooming tak siap lagi

~ dah lama tak hang out dengan uder.... rasa nak lepak pakli, pastu jalan-jalan window shopping

~ nak pergi spa. Belikat sakit dah 3 4 hari dah... tumit pon sakit.. owh.. aku semakin tua. ya~ Allah~~

~ nak cari tukang jahit yang bagus di shah alam. Kali ni taknak tersilap lagi

~ Nak cari kaftan chiffon. ada?

~ musim buzy bermula


*gambar-gambar kaftan yang gojes-gojes semua kredit to http://www.my-nobella.com/shopping/index.php

Comments

Popular posts from this blog

Menempah penginapan percutian dengan AirBNB

5 percutian musim panas luar biasa di Melbourne dan Victoria

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?