list movie kesukaan aku

enough cerita pasal raya, enough cerita pasal cake decorating (terasa macam bukan blog aku pulak.. banyak sangat pasal kek kek nih -__-) Sebelum ni pon, sebab saje je nak promo kedai mak aku.. ahaks! saje nak pekerja tu semer pengsan buat kek. wakaka~~~ sekarang ni pon dah tak terlayan, huhuhu..


OK. Aku dah kembali bekerja. Maknanya aku dah mengadap lappy aku ni sepanjang hari (kalau aku tak keluar ikut hubby atau uder la). Ada masa lebih sikit, buat apa lagi kalau bukan browse sana browse sini... masuk youtube, imdb... huh... bosan. Maka aku pon mengambil keputusan nak update blog....


So, hari ni aku nak list kan movie-movie yang aku pernah tengok, dan aku paling suka sepanjang masa (all time favourite lah tu)


1. Inception

Movie paling latest aku tengok, dan paling best, dan paling menusuk jiwa, hati, perasaan, akal fikiran segala! Habis kena racun otak aku dengan cerita ni. Sangat percaya aku dengan karut marut pengarah dan penulis script ni punya kerja. Aku bagi 9 bintang kat movie ni. 1 bintang hilang sebab aku geram dengan gasing kat part ending tuh... stop ke tidak eh... haha~~

dengan pelakon nya semua (leonardo, tom hardy, gordon).... BEST! aku suka semua!! (aku rasa filem ni tercalon banyak award nanti nih..)


2. Children of men

Ini cerita tahun bila tah... tak famous sangat. Tapi review baik gile, dan, bila aku tengok.. perghh!! memang terbaekk! Memang menusuk kalbu betul, especially scene watak perempuan tu beranak, hero tu sambut kelahiran. Lagi satu masa part diorang lari dari askar, pastu baby tu nangis... punya lah miracle nya kelahiran manusia ni, sampai kan tengah-tengah perang, bom sana bom sini, dengar baby tu nangis semua stop! askar tu siap bagi laluan.


(aku tengok cerita ni masa tu tengah mengandungkan Juwita..ahaks! manangis-nangis aku tengok, punye le terharu tak terkata..)


3. the Pursuit of happyness

Lagi satu filem yang membuat aku menangis terharu gile-gile. Ini lah dia... the Pursuit of Happyness. Sapa rasa macam nak putus asa, agak-agak rasa nak inspiration, nak kan satu motivasi, semangat.. tengok lah cerita ni. Base on true story, true people. Watak utama tu wujud, dan itu adalah kisah dia. Aku tengok ni, aku feel gile watak utama tu.. masa dia nangis, aku pon nangis sama. Masa dia speechless, aku pon sama speechless.. masa dia rasa nak jerit, aku pon rasa nak jerit sama.


Kenapa pursuit, kenapa happyness... tu kena tengok... baru paham...
2 thumb ups pada will smith. Menjadi sungguh lakonan dia, sampai aku percaya expresi dia semua!


4. the prestige

woah... filem ni.. pasal magician. Berkenaan "how far one magician can go to perform the ultimate illusion". Lepas tengok movie ni, aku sering tertanya-tanya.. ada kah orang yang sanggup buat till that extent.. Idea dalam cerita ni banyak mengubah pemikiran aku tentang magician/ illusionist... macam buat aku terpikir....... betul ke???.....ada ke....???.... sangat mendalam dia tertinggal dalam jiwa aku.


pelakon pon hebat woo... hugh jackman, christian bale... highly recommended!


5. Slumdog millionaire

haha.. kisah cinta yang bukan cinta semata... aku suka! jalan cerita macam cerita hindustan, watak pon watak hindustan, pelakon hindustan, ada lagu nyanyi-nyanyi jugak macam cerita hindustan (walaupon tak banyak mana), tapi plot strong gila! dan, macam aku cakap, dia bukan semata cinta.. tapi sebenarnya lebih kepada mengejar impian. To catch a dream... a destiny. dalam cerita ni, destiny hero tu, heroin tu lah.. haha~ Apapon, mesej cerita ni kuat.


Menang award kott.... mesti lah best kan.. rugi wei kalau tak tengok!


6. Up

Lagi satu movie pasal mengejar impian. Aku kalau tema cerita impian-impian ni aku memang suka. wakaka... confirm aku nangis tengok. Movie Up ni filem animasi, atau bahasa lainnya, kartun. Mesej sangat kuat dan jelas (bagi aku le. tak tau le kalau orang lain paham lawak jenaka dia je)


Movie ni sentiasa mengingatkan aku pada lagu Miley Cyrus, the Climb. Intipatinya lebih kurang sama lah... "ain't about how fast i get there, ain't about what's waiting on the other side.. It's the climb (that's matter)! fully recommended untuk ditonton seisi keluarga! cerita yang ringan, tapi penuh mesej.


7. the Pianist

huh... filem berat balik. (aku ni memang suka filem berat kah..?) serius berat cerita nih. Tapi best! Cerita pasal lelaki ni.. musician, dia main piano, dia jewish. dan dia hidup masa zaman warsaw, perang dunia II...so, kisahnya adalah bagaimana dia struggle untuk hidup pada zaman itu.


Pengarah filem adalah Roman Polanski. Dia kalau buat filem, memang berat, memang best. haha~


8. Australia

Filem ni, mengambil masa 3 jam. Macam cerita hindustan. Tapi, tidak sedetik pon aku terasa mengantok atau bosan menontonnya. Malah, sejak ditayangkan kat Astro Movie channel, dah beberapa kali dah aku ulang tayang movie nih. Tak bosan! Sebab, walaupon filem ni panjang, timeline dalam cerita ni pon panjang. Maknanya cerita ni tak melewe-lewe... setiap babak tu padat ada isi... (kalau hindustan 3 jam... ada 10 lagu. tiap lagu 5 minit golek-golek gedik-gedik.. dah bazir 50 minit. haha~)


Puas tengok cerita ni. Macam real! Aku macam nak percaya je cerita ni bulat-bulat... pelakon pon, Hugh Jackman, Nicole Kidman...hebat-hebat!


9. Yes man

Cerita lawak, sapa lagi kalau hero lawak jenaka Jim Carey. As usual, filem dia memang buat orang gelak, tapi dalam masa yang sama, penuh makna dan mesej untuk semua. Paling aku suka masa dia pujuk member nak terjun bangunan tu... siap tune gitar nak nyanyi segala! tapi touching! Mesej filem ni menyentap jiwa raga sebenarnya... maknanya, kita gelak-gelak kelakar kat luar, dalam hati kita terkena, terasa akan kebenarannya. Dalam hati kita dapat tangkap point dia tuh..


sesuai ditonton seisi keluarga.


10. the Others

Filem horror yang termasuk dalam senarai. Nicole Kidman gak yang berlakon. Filem ni ada twist, sebab tu aku suka. Dari mula sampai nak habis kita percaya degnan plot tu, rupanya nak ending baru tahu situasi tu sebenarnya the other way round. haha~ suka! suka!


Itu lah dia top 10 movie yang aku suka. Tapi selain tu, filem-filem fiksyen, animasi... ada gak yang aku layan. Macam transformers. Best gile tengok wayang! dapat tengok dalam HD lagi leleh koo!! Lagi satu filem-filem X-men. 1, 2, 3, dan wolverine... pon layan kalau tengok kat wayang. Orang kata berbaloi la bayar 11 hengget untuk kualiti filem sebegitu. Nak-nak tang babak bertarung ke, babak aksi lasak ke.. memang terhenti rasanya pernafasan aku! wakaka~ punyalah consentrate.. dengan sound effect dia lagi... pergh.... !!!


Eh, lagi satu, untuk kategori filem horror, aku suka gak filem "the sixth sense". Pon ada twist gak. haha~


Panjang betul entry aku kali ni. Gambar sebijik pon takde... haha.. terasa nak tengok wayang la plak.. cerita apa yang best eh.....


daa....


xoxo.

Comments

Popular posts from this blog

Menempah penginapan percutian dengan AirBNB

5 percutian musim panas luar biasa di Melbourne dan Victoria

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?