Something i LOVE a lot!

(lagi entry tanpa gambar. Blog Aku puasa gambar gamaknya)


Hari ini mood ada sedikit baik. Malam tadi tidur dengan lena, pagi tadi boleh bangun sahur (dah 2 hari tak bangun sahur.. siann hubby). Bila mood ada baik, teringin nak tulis benda yang seronok-seronok... apa ya.. bosanlah cerita pasal raya. (walaupon mood baik, tapi semangat raya memang dah tak de)


Maka aku terasa nak list down kan benda-benda yang aku sayang lah. (noted: BENDA ya, bukan manusia atau insan). Adik aku, Ain Asniah rajin list down benda ni kat blog dia.. hehe.. kadang-kadang seronok jugak baca, betapa dia sayangkan, poster artis-artis korea nya, bear-bear leper nya... mp3 nya, dan banyak lagilah.


Oleh itu, benda yang aku sayang adalah...


1. Of course lah MakeUp collection aku.

Ini adalah aku sayang sebab mostly aku beli dengan duit aku sendiri. Aku generate income aku dengan makeup orang, untuk beli makeup baru. haha! cerdik tak aku? So, wajib lah aku sayang makeup aku kan, aku beli sendiri, dan aku generate income pon dengan makeup-makeup ni semua. Ada juga makeup yang hubby sponsor. hehe.. awal-awal dulu la.. hubby belanja brush bobbi brown dengan makeup.. sayang sangat brush tuh :) :) :)


2. Handphone aku.

Tak le mahal sangat.. henfon flip sony ericson je.. tapi dia kaler dark pink! (magenta kot..) dan paling penting, hubby belanja tau henpon ni. sayang sangat. Tapi depan dia dah calar dah, sebab Juwita pi buat main macam train kat lantai.. choo~~choo~~ haish.. tidak lah saya marah Juwita, kerana sayang-sayang saya kat henfon, saya sayang Juwita juga. Tapi saya ada sound lah itu budak.. haha!


3. Handbag aku

Current handbag yang aku ada hanya 3. Satu kaler itam (kasual, aku selalu pakai kesana sini, malas nak tukar-tukar), satu lagi kaler grey, silver gitu. Ni special sket, Liz Claiborne satchel. Buat pakai pi event, pakai raya, pi wedding... dan sebagainya. Dan satu lagi, shopping bag. Aku panggil shopping bag sebab aku selalu pakai bawak pi tesco atau shopping mana-mana. Weih, aku kan support "no plastic bag", haruslah aku ada shopping bag kan... kalau tak bagaimana aku nak bawak barang yang aku shopping?


4. Heels dan shoes aku

Aku tak ada banyak high heel. (walaupon aku sebenarnya sangat addicted to heels) Sebabnya, hubby tak suka sangat lah aku membazir beli heel banyak-banyak. Lain lah kalau kerja aku model ka, public figure ka, kerja-kerja yang memerlukan banyak dan berbagai-bagai jenis heel kan. So, overall, aku ada................erm..............berapa yek.................hehe........................... aku ada....................5 je heels. 2 flatforms slippers (selipar jepun tak kira lah ek), dan 1 running shoes. Aku ada satu heel boots. Sangat santik dan hanya dipakai sekali sahaja. (ini lah yang penyebab hubby marah gile. tak habis dia sindir aku dengan boot berkuda ni tau~).


Semua heels ni aku sayang. Tapi sebab tak banyak koleksi heel, jadi tiap satu heel tu dipakai agak kerap, menyebabkan dia cepat lusuh :( Bila dah lusuh, kena lah beli lain kan... huhuhuuu.... (sama je hubby, beli jugak.. hehe..tapi dia tak marah kalau beli dengan alasan heel lama dah lusuh). Running shoes pon hubby belanja, buat jogging hujung minggu.


5. Kamera S90 aku.

Owh, aku sayang sama ini kamera, sebabnya, hubby belanja jugak! Suka sangat! gambar dia cantik, feature dia handy dan user friendly, dan reka bentuknya sangat sexy! enough said~


6. majalah, buku-buku dan semua yang aku beli sendiri, dengan wang sendiri.

Bukanlah kalau orang lain belikan aku tak sayang (cuba baca atas nun, kan mostly hubby yang belikan?), tapi bila kita beli sendiri, sayang dia lain. Sebab kita tau kan, berapa susah nya duit nak keluar untuk beli itu benda. ngee~~ Buku, aku paling sayang buku Martha Stewart Living Cookbook" aku. Majalah, semua majalah Malaysian Women's Weekly. dan banyak lagi benda kat rumah tu, macam cadar, quilt cover, pinggan, cawan, ntah apa-apa lagi tah.. semua aku sayang lah!


hehehe.. pendek kata, semua benda aku sayang. Kalau nak listkan, sampai bila pon tak habis. Owh, entry ini mengingatkan aku bahawa, sebenarnya, tak ada yang lebih, tak ada yang kurang. Bila benda tu adalah my personal belonging, of course aku sangat sayang pada benda itu. Tak perlu lah nak pick up 10 benda paling disayangi.


Sebabnya, kalau benda tu aku tak sayang, mesti aku dah lama buang jauh-jauh dah...


daa...


xoxo



Comments

Popular posts from this blog

Menempah penginapan percutian dengan AirBNB

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?

Kemas kini gambar passport anak anda