#RoadtoMelbourne.
Episode 1: Application to study Master
Aku mengambil keputusan untuk merekodkan pengalaman kami sekeluarga hendak berhijrah dan perjalanan aku sambung belajar di Melbourne, Australia ke dalam blog ini. Aku yakin, catatan dan pengalaman aku pastinya akan memberi sedikit sebanyak info dan panduan kepada sesiapa sahaja yang berkenaan kelak. Dan semoga catatan aku juga memberi inspirasi kepada pelajar-pelajar muda dan tak berapa muda di luar sana untuk terus berusaha dalam mengejar impian. Lagipun, aku rasa aku perlu untuk menulis segala perih getir aku setakat kini untuk mengingatkan diri aku sendiri betapa telah jauhnya aku berkayuh. Kadang kala, bila jalan terasa sukar, halangan demi halangan menimpa, jiwa terasa penat, terdetik rasa ingin mengalah. Aku perlukan remainder untuk diri aku sendiri, mengingatkan yang aku telah halfway there. Sikit lagi nak sampai. Jangan mengalah.
Aku mulai catatan siri Road To Melbourne aku dengan persoalan fasa pertama, iaitu bagaiman…
Sebenarnya aku dapat peluang untuk "retreat" di resort tersembunyi ini antara tarikh 12 - 16 October dan sebenarnya, memang aku teruja dan teringin untuk ke sana. Hanya tunggu kata putus sahaja. Akan tetapi, dengan pelbagai komitmen semasa dan keadaan yang tidak mengizinkan, kemungkinan besar aku tidak dapat untuk meneruskan rancangan itu. Jadi aku kira, cukuplah jika aku review sahajatempat ini tanpa aku perlu ke sana.
Hangatkan jiwamu di saat salji membeku.
Aku baru pulang dari Melbourne beberapa hari lepas. Ini bukan kali pertama aku ke Melbourne dan bukan juga kali pertama aku merasai salji dan bermain di salji. Mount Bawbaw bukanlah nama yang asing bagi aku kerana tahun lepas pun aku ke sana bersama keluarga juga. Tapi yang membezakan kali ini dengan yang lepas-lepas adalah pengalamannya. Unik dan tersendiri. Walau ke tempat yang sama, jalan yang sama, lokasi yang sama, namun pengalamannya tetap berbeza.
Mungkin ramai yang dah tahu tapi mungkin juga tak ramai yang tahu bahawa gambar dalam passport kanak-kanak (bawah 12 tahun) perlu di tukar apabila usianya meningkat, atau dengan kata lain, bila wajahnya berubah. Kalau ikut kebanyakan orang cakap (yang saya baca di group, forum, dan blog lain) untuk passport bayi berusia 6 bulan (usia minima membuat passport) memang ada klausa yang menyatakan boleh dan perlu untuk update gambar terkini kanak-kanak itu apabila dia menginjak 2 tahun. Tak paham? Takpe. Mula-mula baca tu aku pun konpius juga.
Comments