masyaa~allah~~~ cantiknya~


owh.... ingat tak 3 minggu lepas ke bila tah, aku gi window shopping kat SACC mall, nak cari tudung. (aku beli tudung kat anggerik avenue tu jugak)... sebab memang cadang datang nak survey dan beli dalam budget (RM150 je aku bawak), so sangat menyakitkan jiwa jugak lah... sebab yang aku berkenan semua RM200 dan keatas ye kawan-kawan...


Kesimpulan yang aku dapat,

1. kalau nak buat retail therapy, jangan mengengade nak letak budget. bawak je sekelepuk duit. tak pon bawak je la kredit card tuh. (jangan ambil nasihat aku selaku shopaholic ni ye kawan-kawan. saya tak tanggung akibatnya)


2. Kalau nak buat retail therapy, pakai je la selipar jepang. tak perlu nak ukur mall dengan 5 inci heels ko.... (sakit kaki aku uwaaa~~!!)


Tapi, itu bukan topik untuk hari ini. Sebenarnya aku nak tunjuk kan "catch of the day" aku pada hari tersebut. Bukan aku yang tangkap la.. (aku tangkap gambar je..) untuk korang laa.. kot-kot ada yang sedang mencari baju untuk dinner ke, event ke, majlis ape-ape ke kan... nak baju yang glamour, elegent, tapi muslimah style... cheewah....


Aku bekenan la dengan pattern baju ni, kain dia pon sedap dipakai, sejuk je. Pastu kain dia berat, jadi dia jatuh, tapi dia flow cantik je. Serius macam tuan puteri perasaan ko kalau pakai. hahaha~


Ada 2 pattern. 1 yang kaler soft brown tu ada detailing kat depan. cantik, tapi buat aku nampak flat gile. ni suai kat orang yang voluptuous le... baru cantik terbentuk. Simple je kan design dia? tapi elegent sungguh~





lagi satu yang kaler turquoise. ni aku minat sebab lengan dia bat wing... ala... legan besar tu... macam kelawar... cantikkkkk!!!!!! but again, tak suai dengan badan aku yang kecik cinonet nih... lagipon kalau aku beli, banyak nau alteration kena buat. Loose benar. Ni yang aku pakai ni saiz s. XS dah abih. Maybe kalau XS ok sket kot kat aku...






Cumanya, aku tak sesuai la pakai... sebab nya

1. aku dok pikir, kalau aku beli, bilenye aku boleh pakai pakaian gaya gini... raya dah lepas, takkan gi makeup orang pakai gile vouge. reunion budak-budak X-MRSM entah jadi entah tak... so, aku tak de keperluan dengan baju seperti ini. (yes!! aku dah rasional!!! tanda2 aku bukan shopaholic)


2. aku ni rendang tak berbuah... hahaha! jadi bila pakai, baju tu meleret-leret (walaupon salesgirl tu kata boleh alter, aku tak minat dengan konsep men-alter pakaian nih), lagi satu, menampakkan ke-flat-tan aku.. hahaha (ada ke perkataan itu?) terserlah flat screen aku nokk~ haha...


Tapi serius laa... kalau korang tinggi sket dari aku, ada bentuk sket... agak-agak 156cm keatas (dan make sure pakai heels), ukuran kurang-kurang pon 36-26-38 (haa... besar dah tuh) memang cantik la pakai...nanti terbentuk je, baru cantik.. Aku pakai.. loose le... dah le nampak flat.... haha~~~


harga? hmm.... agak-agak la kan, takkan baju gini harga RM50.... harga dia ni kalau tak silap RM299... tapi ada diskaun kot... tapi yang pasti tak lebih 300 la ye...


dah la... penat la jadi shopping helper nih. Sapa bekenan, boleh tanya aku privately lah ye. Aku tak mention nama butik kat sini kan... hehe... (sebenarnya buat masa ni aku lupa nama kedai tuh...kena check balik )


daaa...............



~ susah tau jadi Petite nih. nak shopping baju sendiri lagi susah. Nak cari seluar paaaaaaaliinggggggg susah. tak de yang suai!

~ bersyukur dengan apa yang ada. Bersyukur dengan bentuk badan ku yang awet muda ini...

Comments

Popular posts from this blog

Menempah penginapan percutian dengan AirBNB

5 percutian musim panas luar biasa di Melbourne dan Victoria

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?