nando's lagi... macamlah takde benda lain nak makan


Ahad lepas, habis job makeup, apa lagi, kami kembali ke rutin hari minggu kami iaitu berjalan-jalan aka window shopping bersama keluarga. Lokasi, tak lain tak bukan, The Curve, Ikano lah. Mana lagi kan.. Walaupon dah pindah ke bukit raja, aku masih setia dengan tempat tu.. ahaks! (takde maknanya~~)


So, fikir punya fikir... apa nak makan lunch tu... absolute thai ke... sushi ke... ape ke... Pening jugak la memikirkan kat mana nak makan, walhal tempat makan kat Curve tu punyalah melambak kan~~ yang penting, hubby nak nasik. Dia kebuloq. Dan aku, taknak nasik. Aku loya. Dah la kali ni aku belanja... (dah janji kan dulu...)


Akhirnya, kemana lagi kami kalau bukan...................Nando's! kebetulan, memang dah lama tak makan nandos. 2 bulan tak makan, dari sebelum bulan posa lagi. Pastu, Nandos kat Ikano tu baru bukak...Lain macam sket interior dia... pekerja pon banyak malay~~ i wonder why... compare dengan nandos kat 1 utama, penuh nepal & foreigner je pekerja dia...


As usual la... tak de apa nak cerita. Menu pon sama je tiap kali datang. Kitorang order half chicken with 2 sidelines. Pilih extra hot dengan sidelines dia mediteranean rice + grilled vegetable. Tambah extra plate untuk aku. Juwita punya kiddies plate; nasi + sausages 2 batang. Air, ice lemon tea dan hubby punya sparkling apple. (hafal siut menu... )


Nandos ni... ada orang suke gile, ada orang tak boleh terima. Sebab dia super pedas + masam. Aku nak explain pon susah, tapi masa aku tulis ni pon, air liur aku dah keliur.. hahaha! Yang penting, ayam dia nicely, tenderly... grilled. Ikut yang kita suka la.. nak mild ke, garlic ke, hot atau extra hot. Sos peri-peri dia pon sama... 4 flavor tu. (aku rasa dah cerita la pasal nandos ni dulu...)


Hurm.... sekarang ni, lidah aku tak betul lagi. Tekak pon sakit. Apa makanan pon aku rasa tawar, kecuali kalau dia extremely spicy and sour. so, pilihan tepat gak la nandos ni (walaupon aku rasa lagi tepat kalau aku makan tomyam kat absolute thai. wahahaa~) Apapon, selamat sudah belanja hubby...


gambar makanan tak ada ye kawan-kawan... bosan dah dengan nandos.. hahaha~


pinggan juwita...


Tapi tak aci la.. ni kira belanja famili... aku nak dating dengan hubby laa... bile ek....


padahal baru lepas makan nandos... pi takeaway a&w pulak. 2 budak ni memang tau~ entah perut apa daa...


xoxo



~ percaya atau tidak, hubby ku membeli 2 helai baju dengan alasan untuk dipakai ke convo wahed minggu depan. ouwh... macam dia yang nak convo! aku pon tak shopaholic sampai gaya gitu :P

~ sebenarnya aku jeles.... aku pon nak bajuuuuuu~~~~~~~~ nak pakai gi convo wahed... saya tak de baju nak pakai~~~~! T__T

~ Dijangka akan sibuk sehingga hujung tahun, kerana kawan hubby yang buat internship kat cetakbaju.com dah tamat contract.

~ agak tertekan kerana banyak resit dan cash sales missplace...

Comments

Kie-yu said…
nando's sedap
yum3 :D

baru bukak tu yg doran ghired malay dulu
takpun foreigner dorang sorok kat dapo dulu
hee~

Popular posts from this blog

Menempah penginapan percutian dengan AirBNB

5 percutian musim panas luar biasa di Melbourne dan Victoria

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?