Nasi tumpang. Pernah dengar???


Korang pernah dengar tak Nasi Tumpang? Aku pon, sebelum ni pertama kali dengar, masa 1st time makan kat Belanga. Tapi masa tu tak terasa pulak nak cuba. Haritu, kali kedua makan kat Belanga, terasa nak cuba lah benda ni... Nasi Tumpang ni.


Bentuknya macam kon, dan dalamnya adalah nasi lembik yang dipadatkan (tapi tak le padat sampai jadi nasi impit. dia still lembik), pastu ada layer-layer sambal kerisik, ikan tongkol, dan sambal. Sedap! walaupon kecil (dari luar nampak macam besar) tapi quite satisfying. Dia balut dengan daun pisang btw...so wangiii je nasi nya tu.


Adakah ini menu pantai timur? Aku agak lah.. sebab Belanga ni kan restoren yang menyajikan menu pantai timur, jadi aku syak nasi tumpang ni menu pantai timur la... hehehe~~~ awat tak pernah dengo sebelum nih??


Apa pon, cerita tak guna. Meh tengok cemana rupanya nasi tumpang iteww~~








cuba lah rasa sekali kalau belum pernah. gerenti angkat ibu jari keatas punya~! hahaha~


Nampak tak layer2 lauk dalam nasi tu? sedap! ikan tongkol pon sedap, sambal pon sedap, kerisik pon sedap... pendek kata, sedap lah! Nasi dia lembek-lembek sikit, panas-panas.....


ok, saya lapa. Sekian.


xoxo




~ saya nak ikut bos pergi kerja luar. daaa.....

~ harus booking spa harini. tak de sapa nak join aku ke wei? aku pergi sorang je jawabnye ni....

~ :) :) :) :) haapppyyy~

Comments

Popular posts from this blog

Menempah penginapan percutian dengan AirBNB

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?

Kemas kini gambar passport anak anda