ringan-ringan hari khamis

Hari ini aku bercadang menulis entry secara list down sahaja. Tidak ada elaborasi panjang lebar untuk hari ini.


1. Aku terlupa bawa laptop pagi tadi. Semalam aku bawa pulang laptop kerana enggan berebut TV Plasma dengan Juwita untuk kesekian kali lagi.


2. Aku menaip blog menggunakan keypad dari komputer hubby. urghh~ aku benci keypad. Saat menulis ini pon, sudah hampir 100 kali typo. Salah tekan atau tidak tertekan. Aku rindukan Lenovo ku.


3. Kerana tidak ada laptop, aku termenung dalam office sambil menggaru kepala yang gatal. Aku tak biasa layari internet dengan menggunakan komputer orang lain. Tak tahu nak masuk website apa kerana tak ingat URL. (dalam laptop aku tanda bookmark page kesukaanku)


4. Lebih parah, ada website yang memerlukan password, gagal untukku masuki, kerana tak ingat passwordnya. (biasa aku suruh Lenovo saja yang ingatkan)


5. Akhirnya aku layan youtube sahaja.


6. Sepatutnya nak blog tentang pavlova, dan tentang jenis-jenis kek. Tiba-tiba nak cerita pasal kek.... tak angin tak ribut...


Cukuplah 6 sahaja. tu pon terasa mencucuk-cucuk jari ku ini.. apa punya keypad daa... Lepas ni blog pasal kek... kalau aku masih rajin, dan aku masih bosan.


daa~




~ wahed convo.. lalalalaaa.... saya nak pergi kellie's castle, gerbang malam, gunung lang, duduk hotel stesyen, makan satay....

~ saya nak tamatkan broadband celcom saya. er... tapi nantilah, lepas balik dari perak. Macam nak bawa jee.....

~ berharap agar percutian pendek kali ini sangat padat dan menarik :)

Comments

Popular posts from this blog

Menempah penginapan percutian dengan AirBNB

5 percutian musim panas luar biasa di Melbourne dan Victoria

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?