lagi 2 bulan 9 hari je

sekejapan je nak bulan october kan, October ni pon tinggal 9 hari saja, lepas tu nak masuk November pulak. Pejam celik dah December je nanti. Dah nak hujung tahun, nak masuk tahun baru. Kena buat post mortem achievement tahun ini, mana yang tercapai, mana yang kelaut. Lepas tu kena buat target baru, untuk tahun depan pulak.


Itu pasal target, pasal belanjawan jangan dilupakan. Kalau budget malaysia 2011 dah ada, budget keluarga pon metilah kena ada juga. Berapa peruntukan untuk holiday, berapa kali nak holiday tahun depan, jauh ka dekat, dalam negara ka luar negara ka... budget untuk raya tahun depan lagi, budget pendidikan anak...birthday anak.. uish.. banyaaakkkkkk benda nak kena pikir.


Pasal benda-benda lain pon kena pikir jugak. Nak menambah ahli keluarga ke, nak menambah pendapatan ke, nak menambah apa-apa lagi tah yang patut... haha~ tak kisahlah apa nak ditambah, apa nak dikurang, yang penting, ukur baju dibadan sendiri. Kalau agak-agak tak muat, pandai-pandailah adjust... nak alter baju ke nak alter badan... hahaha~


Untuk bisnes pon sama juga. nak kena bentang belanjawan, kertas kerja... apa pencapaian syarikat sepanjang tahun 2010, dan apa pula sasaran untuk tahun hadapan. Macam mana nak kembangkan perniagaan, strategi pemasaran.. semua nak kena pikir... harga nak naik ke tak... haha~ (kalau naik orang marah.. kalau tak naik sendiri mencekik diri...)


Apapon, 2010 masih ada sisa 2 bulan lebih. Manfaatkanlah sepenuhnya 2 bulan lebih ini. Mana target yang belum tercapai, capaikan lah segera.... sesiapa yang pernah janji nak kurus awal tahun dulu, cuba check kat cermin, kurus ka tak kamu sekarang? dekat 10 bulan dah.. takkan tak susut lagi badan.. ahaks~


Sendiri mau ingat daa......


xoxo




~ yang penting, holiday untuk 2011 dah ada :):) (sempat grab RM1 seat 13hb haritu)

~ my bro balik mesia hujung bulan 12 :):) double haaapppyyyyy~~~

~ tahun depan nak mencuba (psssttt... nak baby.... boleh tak nak girl lagik.....hehehe......)

Comments

Popular posts from this blog

Menempah penginapan percutian dengan AirBNB

5 percutian musim panas luar biasa di Melbourne dan Victoria

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?