Posts

Showing posts from November, 2010

chaotic hari ini sebab nak outstation!

Malam tadi saya dah siap packing beg. Well, bukanlah siap sepenuhnya, tapi baju hubby, Juwita, dan aku dah ada la dalam beg. Sangat bertungkus lumus hokey aku menyumbat segala dalam satu beg. Diulangi, SATU BEG! wahlaweii!! (err.. tapi pakaian je laa.. hikhikhik)

Diapers Juwita dok dalam beg lain, bersama dengan segala tok nenek toiletaries, grooming tools, dan makeups. (Sedang aku menaip nih, aku teringat, sabun dan syampoo mandi Juwita tetinggal. waaa~~ T__T)

Selain tu ada beg kamera hubby, dan makeup case aku 2 buah. huh! At least beg pakaian 1 je hek... untuk 3 orang pakai tau!!! 4 hari plak tuh!!! (kalau pasal packing mempacking, aku memang handal lah. Sebab tu keje wajib aku tiap kali gi memana. hubby mana der packing! Juwita laaagi lah! Semua aku lah yang buat~ lalalaaa~)

jadi, plannya, hari ini, siapkan semua kerja office, submit semua job yang perlu di submit. collect semua job yang perlu di collect... kemudian cha alif buttt..!!!

Terus straight gi umah kak Long. Malam ni kendur…

Impian rahsia

Hari ini tidak ada topik hangat untuk diceritakan. Saya adalah dalam keadaan sangat sibuk dan bertungkus lumus menyiapkan nota kelas grooming. Oleh kerana itu, otak telah tertumpu kepada isi penting nota sahaja, maka perkara-perkara lain telah lenyap dari pemikiran (buat sementara waktu).

Oh, ya. kadang kala, di usia ini, saya kerap terpikir untuk menambah ilmu di dada, untuk belajar sesuatu yang baru, mengikuti kelas kemahiran tertentu, dan mencuba sesuatu yang baru.

Sebagai contoh, saya teringin belajar membuat sulaman manik/beads. Saya juga pernah terdetik untuk mengikuti kelas membuat jewelery. Semuanya seperti adalah sangat menarik untuk dibuat ketika mengisi masa lapang. Sebagai hobi, dan... kepuasan diri dah tentu.

Ya, saya sangat menyukai make-up. Sebab itu saya menceburi bidang persolekan. Kemudian persolekan ini menjadi satu cabang hobi yang memberi pulangan wang kepada saya. Sampai bila-bila pon, insyaallah saya akan sentiasa mencintai bidang persolekan. Ia satu hobi yang memu…

fashion 101: jangan jadi pokok bunga bergerak ye makcik..

Saya sedang hilang ingatan. Semalam terasa nak blog tentang sesuatu, tapi pikir, bawa ke esok lah topik itu. Sampai ke hari ini, terus lupa apa topik nak cerita... haiiyahh~!

Tapi pagi ni terpikir pulak satu lagi topik bernas untuk diblogkan. Sebabnya, sehingga ke pagi ini, aku dah tak tahan lagi. Rasanya dah lama aku pendam ini perasaan, kerana memikirkan itu adalah hak masing-masing. Tapi mataku ini dah nak naik bernanah dah tengok kejadian ini. Hampir setiap hari akan kelihatan disaster ini. Hampir setiap wanita membuat kesilapan ini, terutama sekali kalau yang pakai baju kurung...

Cuba anda semua lihat sekeliling bila keluar ke mall atau keluar lunch nanti. Berapa banyak pokok bunga bergerak yang korang akan nampak? BANYAK kan???

So, please... la.... wahai wanita sekalian. Tolonglah belajar sedikit tentang fashion rules sebelum menyarung pakaian dibadan anda. Jangan terikut-ikut sangat dengan gaya terkini. Dan, paling penting, tak semestinya yang ramai orang pakai tu adalah cantik da…

Kami makan arnab dan tengok wayang di aidil adha

Image
Seperti sedia maklum, kami satu keluarga tak balik kampung mana-mana pada raya aidil adha yang lepas. Jasin pon tak balik, Palong pon tak balik. Semua tu atas sebab-sebab tertentu yang tak dapat dielakkan. Sebenarnya, sebab minggu depannya kami nak kena balik jasin, sebab nak uruskan perkahwinan kawan (saya makup artist, hubby photographer). Jadi kami mungkin akan berkampung agak lama, start Jumaat bawa ke selasa macam gituh.. Jadi adalah sangat tidak praktikal dan tidak ekonomik jika kami balik pada 16hb (dan mungkin akan berlarutan sehingga 21hb kan) lalu kemudiannya kami perlu balik kampung semula pada 26hb...

Kampung kami berdua ni pula, nak kata jauh, tidak la jauh mana. nak kata dekat pon, tak lah dekat mana... kalau sekali balik.. alamat kena balik dua belah pihak. Kalau balik palong saja, kang orang jasin tanya awat tak singgah. kalau balik jasin saja, kang orang Palong dok call tanya bila nak mai.. jadi percutian yang singkat adalah tidak releven untuk kami. Paling koman pon,…

sesi mari memasak : smiling crispy prawn ball

Image
Hari ni saya nak bagi resepi untuk menu saya minggu lepas sudah, Crispy Prawn Ball. Sangat mudah membuatnya, bahan pon sikit sahaja, tapi ada preparation ahead yg kena buat, but trust me, senang je pon preparation dia.. tak susah pon. Dah, paling penting, hasilnya adalah sangat marbeles okey~~~ En. Suami pasti senyum sampai telinga lah kalau makan nih. Siap bagi standing ovation lagi kalau kena cara. heh heh heh~~~ (lepas tu boleh la mintak pape kan.. dah dia tengah mood baik tuuu.. ngee~~~)




Smiling Crispy Prawn Ball (tengok lah gambar.. sebab tu nama dia smiling crispy prawn ball)

bahan-bahannya:
500gm (sukati lah nak lagi banyak pon boleh) Udang segar, dikupas kulit, buang kepala.
1 bungkus tahu bulat/ tahu rompong (ala.. yang biasa orang letak kat mee kari tu.. yang kosong tuh)
setengah labu bawang besar merah
3 - 4 ulas bawang putih
daun bawang
capsicum
kubis diracik halus (agak-agak la.. ratio kubis dengan udang adalah 1 : 2. kubis satu, udang dua)
garam dan lada hitam secukup rasa
2tsp all…

nasi hujan panas pak engku dan banyak lagi!

Image
Antara banyak chef-chef antarabangsa yang aku minati, aku juga meminati beberapa chef / so called celebrity chef tempatan. Contohnya, aku minat Chef Wan. Aku juga minat pada Chef cantik manis yang sedang meningkat naik, Cik Anis Nabilah. Aku siap add/like dia dalam facebook tau~ hehehee~~

Kalau bab kenduri kendara, katering punya type masakan, aku minat dengan Pak Engku. Dia memang terkenal la kan, specialist dalam bidang masakan katering, kenduri kendara nih. Memang heaven lah kalau dapat hire dia and the team untuk wedding. Makanan sangat marveles key... (Tak payah la sebut pasal nasi mentah, lembik, ayam hancur, daging hangit segala. Semua tu tak wujud pon dalam diari masakan Pak Engku.)

Awal bulan haritu aku berpeluang untuk merasa masakan Pak Engku ni. Untung la aku, sebab dapat customer makeup yang hire dia. So... makan lah kan.. hehehe....

Memang menu hari tu, semua specialty Pak Engku lah. Ada nasi hujan panas, sambal sotong pak engku yang pemes, daging dendeng pak engku yang pe…

BENGANG

bengang dengan beberapa perkara.

1. RESTOREN MOLEK SEKSYEN 7 = TAK BLEH HARAP, TAK MOLEK LANGSUNG!!!

malam tadi makan kat restoren nama MOLEK (kononnya kelantanese cuisine) kat seksyen 7 baru. Tapi menu macam hampas, servis LAMBAT NAK MAMPOS!!!! Dekat 40 minit tunggu, tak sampai lagi makanan. Panggil pelayan, tanya dah masak lum makanan kitorang? Dia masuk dapo, pastu keluar pompuan (yang aku rasa macam nak aku hangguk je kepala dia kat meja tuh), dia cakap, "tadi order laksa penang kan? tak de laa"

kepala hottt!!!!! angin satu badan lah aku. Awatnye dah 40 minit baru cakap takde???? aku cakap, "laa, apasal baru bagitau???" Boleh pompuan tu pandang bodooo je kan...

Terus bayo air, keluar dari tempat tu. Laki aku siap dah nyumpah2 dalam keta~~~

itule, orang lain bukak kedai makan, ko nak bukak jugak. Management tah kemana, makanan cam hampeh, servis hancur... boleh blah la...Camni ke gaya nye nak kita tolong bisnes melayu? tak tertolong dah ni.. baik takde dari ada.

2. RH…

cemburu itu tandanya saya sayang

Isteri mana tak sayangkan suami kan... Kalau isteri tu tak cemburu, maknanya dia tak sayang suami dia. Saya pon kadang-kala ada perasaan cemburu, hehehe~

Ada orang kata, kunci perhubungan adalah kesetiaan, kepercayaan dan kejujuran. Betul. Saya setuju.

Setia = Tidak curang.

Dari segi verbally (perkataan), act (perbuatan), malah technically (seperti curang di laman cyber). Ada lelaki dengan bangga berkata, " aku tak curang. Mana ada aku duakan isteri aku. Ko pernah ke nampak aku keluar dengan pompuan lain?" Tapi hakikatnya, kat internet chatting dengan awek mana tah, accept friend dari awek-awek cun dan berbalas-balas mesej di laman cyber.

Sungguh, sangat remuk hati isteri jika tahu suaminya begitu.

Ada juga yang menyalah gunakan perkataan 'kawan'. "saya kawan je la dengan dia. Mana ada apa-apa yang serius". Owh, sungguh? Saya tidak percaya pada hubungan 'kawan' antara lelaki dan wanita. Lelaki dan wanita tidak boleh menjadi kawan. Semestinya salah s…

cerminku retak seribu

Image
Cermin ini berusia 4 tahun, seusia dengan kereta ini juga. jadi kerana tak pernah ada tinted pon, maka jangka hayatnya hampir menemui penghujung.

Tak angin tak ribut (ok, mungkin ada angin sikit, lalu menerbangkan seketul batu yang super halus dan menghentam cermin ini secara lemah gemalai, lalu ia pon crack), hubby nak keluar jumpa client, sekali nampak dah retak seribu..



Lama jugak dok investigate benda nih.
1. Cubaan orang pecah masuk kah?

2. terkena lontaran batu budak nakal kah?

3. terkena batu yang terpelanting sebab orang mesin rumput kah?

4. atau kerana usianya dah lanjut, makan ketahanannya memang sudah kurang, jadi dengan sedikit hentaman batu halus pon bisa meretakkannya...

5. Kereta sebelah terlanggar ketika membuka pintu keretanya kah..

aku stick to the 4th. malas nak pikir panjang dah. Sebab tak ada budak nakal kat situ, tak ada orang mesin rumput, dan ia bukan tanda orang cuba pecah masuk sebab punca retak/ mark dia adalah halus, bulan dari kesan hentaman atau pukulan.



sekara…

another typical me~

what is typical me? Despite having a diarrhea every month, there's something you should know about the typical me

THE TYPICAL HIDAYAH

2. I shop clothes for my self and Juwita MONTHLY.

3. I can't stand on SALES. I usually purchase more during sales

4. I LOVE MAKEUPS. Been buying it, using it, test it, preview it anytime and anywhere. That's the only topic i can come out easily, without make myself thinking so hard . I sometimes sleep on makeups (i know.. i know... its bad.)

5. I obsess about my tummy. Working hard to maintain my Keira Knightly flat stomach. Yup, i ADORE Keira Knightly

6. I do crunches when watching TV, and i do 6-minute-workout (aim on my buttock, hip, & thigh) during office hour.

7. I LOVE VEGETABLE, more than any other food in the world. On my plate, my vege portion is even more than rice

That's typical me.

check beg makeup sket... ada apa yang baru ke?

Image
hihihi~ dah lama tak view makeup kan. Entry pasal makeup pon dah lama tak buat. Hihihi~ Jangan kan kat sini, blog petite touch aku tu pon, tak berupdate. Bukanlah saya taknak update, tapi typical saya lah kan... kalau dah nampak muka mangsa, terus lupa daratan. On da way tengah sapu loose powder baru teringat, ehhh.... lupa amik gamba la tadi heh heh heh... customer pon bpleh wat ape.. setakat sengih je laa.. sambil cakap "laaa~~" hahaha... lawak kan aku nih.

Lepas tu, tau-tau je la kalau event tu rush. On the row sampai 4 ke 5 orang nak makeup, mana lah sempat dek oii.. nak amik gambar finish product satu-satu. Siap satu muka, muka lain dah menadah. Al alamat, tak sempat le nak bergambar bagai. (lainlah kalau event sponsor, ada professional photographer, takyah pikir nak amik gambar dah. Tag je kat facebook. haha)

Jadi haritu saya agak keralatan lah juga, sebab makeup 5 muka in a row, untuk majlis perkahwinan (pssst... menu nasi hujan panas by pak engku koo~), satu hapah gamb…