tiap kali balik jasin mesti besday Juwita





jangan korang terkejut pulak.. berapa kali da anak aku nk besday kan.... hahaha~~


Ini satu perangai Juwita. Dah sah-sah la kan, uwan dia tokey kek terkemuka di Melaka (echeeh~~), dan memang tak sah kalau kami tak singgah ke kedai kek kesang mak aku tuh. Paling-paling mesti mau lepak-ing sambil minum nescafe + roti sadin/ roti sosej/ apa apa roti yang ada pagi tu... (mak aku punya kedai kek ni merangkap cafe lah juga. Renew lesen dulu tambah lesen cafe sekali). Juwita mesti mau mintak itu besday cake. hahaha~


Oh, selingan kejap pasal kedai kek mak aku ni. Kedai Kek Kesang ni, aku suka kalau jadi cafe. Cafe kek dan roti. Konsep macam cuppacake by wondermilk, atau cupcake chic. Cuma bezanya, mereka tu cafe + cupcake. cuppacake wondermilk tu ada lah menu berat lain dan juga roti. Mak aku, specialist pada cake.... Pendek kata, senang cerita macam secret recipe lah! haha~


Tapi sekarang ni tak cukup kaki tangan da... bahagian roti baru tuka pekerja. jadi production agak slow disitu. Mak aku masih kena monitor kerja diorang. Bahagian kek pulak, kak Yang selaku ketua chef kek, kan tengah studi. Belaja kemahiran yang berkaitan dengan bakery, cake, and decoration ni lah...untuk dapatkan certificate. Tambah lagi ilmu. So, dia masuk sabtu ahad aje. isnin sampai Jumaat dia masuk kelas.


See... dah besar panjang pon, dah expert macam mana pon, belaja tetap belaja.


berburu ke padang datar
dapat rusa berbelang kaki
berguru kepalang ajar
ibarat bunga kembang tak jadi.


maksudnya, bila nak belajar sesuatu, pergilah pada guru yang betul. Berguru lebih baik dari belajar sendiri. Jangan ingat semua kita boleh belajar sendiri... banyak perkara, kita perlu belajar dari orang yang lebih tahu.


Ok, berbalik pada Juwita ni, dia nak kek berday lagi. Kebetulan uwan tengah deco kek pandan ni. Terus ibu rembat, cucuk happy birthday (kes malas nak tulis), dan cucuk lilin 2 batang. Sempat pulak tu dia tanya..


"ibu buat eh???"


tersengeh aku..... "haah, ibu buat...."


hahaahaaa~~~~ padahall.............


So, Siap nyanyi kau! ada pulak si Lala dengan Aina, layan je la...





kek span pandan ye kawan-kawan....




~ nasib baik uwan dia tokey kek.. kalau tak dah lama sengkek ibunya nih.

~ Juwita dapat patung princess barbie lagik. Abah dia belanja kali ni. Jusco sales babe~!!

~ Aku puasa shopping sehingga waktu yang akan ditentukan kelak. Gaji kena tahan LOL~~

~ tapi boleh leee.... saya nak gi spa..... sakit badan nie........

Comments

Popular posts from this blog

Menempah penginapan percutian dengan AirBNB

5 percutian musim panas luar biasa di Melbourne dan Victoria

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?