Perihal movie ringan dan berat

lately banyak tengok movie kat channel HBO dan Star Movie. Kalau tak tengok macam tak sah aje. Angel and Demon tu tah dah berapa kali ulang, mesti nak tangok lagi dan lagi dan lagi. Sebabnya, aku ni, kalau tengok movie, memang kena banyak kali.


Kali pertama, untuk layan the movie, layan the flow. Kali kedua untuk lebih memahami jalan cerita, kali ketiga untuk read between the lines. Kasi paham tiap baris kata dan setiap scene yang ada. Serious. Kalau movie tu memang bagus, memang tengok 4 ke 5 kli pon tak apa. Tiap kali tengok mesti dapat something new. (tetapi maaflah, bukan nak kata apa, tapi jarang cerita melayu saya selera nak tengok banyak kali)


Sebab tu cerita Australia tu aku boleh tengok banyak kali. Tak miss tiap kali tayangan. Sekarang ni tengah layan Angel and demon. Makin aku tengok, makin aku paham tiap isu yang diperkatakan. Maksud aku isi tersirat dia tuh.


Tapi ada jugak cerita yang sedap layan sekali lentung je. Bukan tak sedap, sedap, tapi ceritanya tak berat. Jadi santapan ringan sahaja. Jadi tengok sekali je dah paham habis dah. hahaha~ Contohnya macam cerita Love Happens, Leap year (sekadar menyebut beberapa filem)... bagi aku, ceritanya sedap, boleh la layan... tapi tak ada lah akan tengok banyak kali.


Kalau filem berkisarkan cinta, aku suka filem "The Proposal". hehehe~ nak kata apa lagi, hero Ryan Reynold, yall~!! heroin Sandra Bullock. Jalan cerita pon best. Layannnnn~~~~~ (cerita ni pon aku tengok banyak kali gak) bukan sebab jalan cerita dia berat dan complicated untuk difahami, tapi sebab suka suki nak layan tengok muka ryan reynold dengan sandra bullock. Wahaha~ diorang nampak serasi lah...


Apapon, yang penting, filem tetap filem, movie tetap movie. Jangan sampai isi dalam filem mempengaruhi pemikiran dan idea. Pengarah hanya mengarah cerita itu mengikut garapan yang sesuai berdasarkan skrip. Penulis skrip menulis jalan cerita berdasarkan idea dan pemikiran mereka.


Betul. Mereka sudah tentu melakukan research yang mendalam dalam topik yang berkaitan. Tapi akhirnya, skrip itu adalah hasil gabungan sedikit fakta, cetusan idea, dan teori mereka sendiri. Kamu baca dengan jelas, SEDIKIT sahaja fakta. Selebihnya adalah idea dan teori mereka sendiri.


walau filem itu adalah "based on true story", masih banyak garapan pengarang dalam filem itu. apatah lagi kalau filem itu "BUKAN based on true story". Sendiri boleh fikir, kan? perlu ke percaya kepada teori konspirasi dalam filem??


Jawapannya adalah TIDAK PERLU.


Tidak salah untuk layan filem itu, tidak salah untuk mengkaji jalan cerita, idea, dan teori dalam filem itu. Tetapi tak perlu untuk percaya bulat-bulat dengan apa yang diceritakan.


Nama pon movie... bukan "National Geographic" atau "Hari Ini Dalam Sejarah".



xoxo




~ Sebut National Geographic, teringat Great Migration HD. Dah sampai part yang aku paling suka. Tengah tayang in the making/ belakang tabir punya. Tengok gadget yang mereka guna, teknik dan kepakaran... perghhh!!! hebat!! No wonder outcomes dia cam gituh. (sapa tak tengok rugi!!!)

Comments

Popular posts from this blog

Cerita Hantu asrama lagi (mimpi berdarah)

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.