Posts

Showing posts from January, 2011

Air Hujan.....

Alhamdulillah hari ini matahari tersenyum kembali. Walaupon tak selebar mana senyumannya, yang penting titis-titis air mata dari langit sudah mula berhenti. Tanah yang biak dan lembik dek dihujani hujan selama lebih 24 jam kini mula kering.

Bila tak hujan-hujan, mulalah ramai yang akan meluahkan perasaan betapa panas dan teriknya cuaca. Bila hujan turun mencurah-curah tak henti-henti, orang yang sama juga lah akan menzahirkan betapa sukarnya harinya itu kerana hujan.

Owh.. manusia.. manusia. Tak pernah ada yang memuaskan harinya. Tak pernah ada yang sempurna baginya.

Aku? Aku pernah ditegur oleh manusia-manusia yang banyak pengalaman, katanya; " Jangan cepat melatah bila sesuatu melanda" "Cari yang positif dalam situasi negatif" "Hentikan menyalahkan keadaan, cari penyelesaian" dan pelbagai lagi pepatah-pepatah madah pujangga yang penuh inspirasi.

Ada tempat di dunia ini, tiga empat bulan kemarau. Lantas hujan itu membawa sejuta rahmat pada mereka. Mana t…

perihal berat badan lagi dan update aktiviti kami laki bini.

You must be the change you wish to see in the world -/gandhi/

Yup.

Hari isnin haritu pergi giant jumpa penimbang berat digital depan mekdi (alaaa.. yang biasa ada kat shopping complek tu.. bayar 20sen dia tolong timbang berat dengan tinggi kau). Maka aku, hubby dengan Juwita gatal nak timbang berat masing masing. Asalnya, Juwita yang minat sangat dengan benda ni. asal jumpa je mesti nak naik. Nak pijak katanye.....

Sebelum aku reveal berat kami, aku nak bagitau, awal Januari haritu aku timbang kat jasin, guna penimbang adik aku. Secara roughlynya (sebab tak tahu dengan pasti kerana jarum tu goyang-goyang aje) berat aku adalah 45kg.

Ok. Juwita yang halusss tu beratnya 11.9kg aje... owh anak eden..... ringan je rupanya. Tapi kenapa bila dukung rasa semangat sangat???? tinggi standard lah budak nak masuk 3 tahun... 90+cm (lupa exactly berapa) manalah pergi semua nasi 2 pingggan yang dia makan tiap kali dinner... roti bakar tiap pagi... kuih muih dan coklat yang dikunyah tiap kali kat rumah.…

situasi

Image
Situasi hampir 2 tahun dulu....

aku sedang menunggu hubby mengambil barang dan berjumpa member lama dalam rumah bujang mereka. Aku tatih Juwita berjalan-jalan di sekitar kawasan perumahan tersebut (middle income, mostly malay), lalu serempak dengan geng geng maid.

sorang tengah teman anak majikan main basikal, sorang tengah cabut-cabut rumput, sorang tengah melanguk, dan sorang lagi tengah sms...

Yang tengah tengok anak majikan main basikal tu mula tunjuk muka ramah lalu tegur aku
maid : baru ke dekat sini?
aku: huh? tak... saya tak duduk sini. Tunggu suami jumpa kawan
maid: owh... ingatkan baru masuk kerja dekat sini. tak pernah nampak pun sebelum ini
aku (senyum blur) : ooo... tak... suami saya dulu duduk sini. Dia jumpa kawan.
maid: ini anak majikan ka anak sendiri?
aku: ......... (apekah????) anak saya lah~~~!!!!! (marah-marah manja)
maid: owh.. anak ya.. ingatkan anak majikan tadi. muda ya sudah kahwin. Sama orang sini ka?
aku: er... suami orang negeri sembilan. saya pon bukan orang sini, …

Akhirnya aku daftar kelas renang. Kelas pertama bermula 2 februari

hari ini aku meng-update blog dalam keadaaan serba kekok. Semua kerana mouse ku telah menemui ajal pagi tadi. Setelah hampir seminggu nyawa-nyawa ikan, hidup bergantung hayat pada ugutan (aku ugut nak campak dia dalam tong sampah. lepas ugut tu berfungsi la jugak berapa ketika), akhirnya hari ni memang hari penamatnya.

Pagi tadi, selesai sudah sesi pendaftaran aku ke kelas renang. Cheh.. macam pendaftaran pelajar universiti sesi 2011 pulak dah. Sebenarnya pendaftaran senang aje.. online. Lepas daftar, masuk kelas pertama, bawak je la ongkosnye.. hehehe

Setelah berfikir, merenung, berdebat, dan bergaduh, akhirnya aku memilih untuk memasuki kelas "one on one" anjuran Aquadolf, berlokasi di PJ seksyen 4. Pada asalnya, aku tak bercadang pon nak masuk one on one class, aku survey ladies group class area Shah Alam saje. So, Kak Mas (bolehkah aku memanggil dia akak?) telah memberi contact number aku pada Ombak Swimming Club di pusat akuatik seksyen 13 Shah Alam.

Ok gak Ombak tu. mere…

layan hindustan

Entah hantu mana yang merasuk aku sejak belakangan ini, aku selalu ingin menonton filem-filem hindustan. Bukan filem hindustn yang baru tau, tapi yang hok lama-lama tu... yang masa zaman anak dara aku dulu...

Contohnya cerita Hum Dil De Chuke Sanam, Dhadkan. Pergh~!!! teringin giler! sampai sanggup download lagu-lagu kat you tube. Kalau jumpa kedai CD DVD, memang aku serbu. Serius nak sangat cari cerita ni, tengok balik. Ulang ulang kali.

Owh, Mujhse dosti karoge.. pon aku nak tengok. CD ada kat rumah parent. Tunggu Raop bawak sini nanti aku lenjan cerita tu puas-puas.

Pastu aku perasan, kalau biasa dulu sambil buat kerja aku akan menyanyi nyanyi riang lagu taylor swift ke, micheal buble' ke sheila on 7 ke... laa ni, asik lagu hindustannnnn aje.... hadoi la~

Eh, if i have to blame someone, i blame cik Nurul Huda for this! wahahahaaha~~~~ you drag me to this kancah!!! janji nak sleepover layan hindustan sambil makan popcorn kunun.... tapi dia yang sibuk semedang. Tak baek tau..... bag…

Tak perlu menunggu kesempurnaan untuk mengejar kejayaan

Haritu (secara hilang ingatannya, aku lupa hari apa dan waktu apa) aku dengar di radio Hot FM, Uztaz Izi tu punya sesi ceramah. Owh... sangatlah aku suka tajuk pada hari itu, iaitu;

Tak Perlu Tunggu Kesempurnaan Untuk Mengejar Kejayaan (or something like that laa... ahahaa)

Sangat betul!

Dalam ceramah dia, bagi contoh masa zaman nabi, berperang dengan puak kafir... tak cukup senjata, tak cukup tentera. Tapi tetap menang! Sebabnya strategi taktikal yang tepat dan betul. Selain tu, Jati diri yang kuat, mind set yang kuat.

Bila pikir-pikir balik... dalam situasi diri sendiri dan perniagaan sekarang... memang sangat tepat. Kalau pikir nak tunggu semua complete, semua dah lengkap baru nak start niaga... sampai bila tak akan mula-mula pon.

Aku, kalau ikutkan, masa mula sebagai makeup artist ni, bukan lah banyak sangat ilmu. Seciput ilmu tu lah aku bawak bekal ke hulu kehilir. Alhamdulillah, sambil kita buat job, sambil tu kita belajar. Expecially bila job makeup melibatkan ramai makeup artist, …

membuak-buak perasaan aku nak buat

Tahun ini ada banyak perkara yang saya ingin cuba dan selesaikan. Kalau boleh, (kalau ikutkan hati yang sedang membuak-buak) semuanya nak di settlekan dalam bulan ini juga. Tapi bila pikir secara waras semula, tahun ini seperti tahun-tahun yang sebelum juga, ada 12 bulan. Bulan ini baru Januari, ada 11 bulan lagi di hadapan. Why so rush???

Tapi kalau pikir macam tu selalu, sudahnya semua kerja jadi tertangguh. Sifat bertangguh tu lah yang ak paling cuba elakkan. "alaaa.. lama lagi" "alaa.. banyak lagi masa" " ala... bulan depan lah baru start" Lama-ama tanpa kita sedari, tiba-tiba satu hari kita buka mata rupanya dah 30 Disember 2011. Ha... macam mana?

Bulan ini banyak benda aku tengah prepare... hopefully by February, dapat aku start. Antaranya:

1. Aku tengah survey kelas renang for ladies area Shah Alam. So far, tersenarai 2 tempat aje. So, aku akan tanya dengan lebih lanjut kepada 2 kelas tersebut, dan mana yang aku berminat dan menepati jadual dan kesel…

Rauf sudah pulang, dan saya dapat ini.....

Image
Rauf baru pulang Malaysia hari Jumaat lepas. Kami sekeluarga sangatlah seronok. Tidak seperti kebanyakan rakan-rakannya yang lain (yang pulang setiap kali cuti semester....seolah-olah belajar kat UPM aje), Rauf ni adventurous orangnya. Summer break tahun lepas dia habiskan dengan bercuti ke serata Australia. Even cuti-cuti lain pon (walaupon cuti itu bertindih dengan raya aidilfitri seperti tahun lepas) dia tak balik. Oleh itu, 2 tahun punya kerinduan adalah seperti himpunan baju-baju kotor di rumah aku yang semakin hari semakin meninggi dan kian tengik dari hari ke hari. Bila dapat masuk mesin dan putarrrr itu washing machine, sangat lapang dan bahagia.

Aku tak ambil dia kat airport. Wahed sahaja. Kami semua tunggu Rauf kat rumah. Settle di situ. Sampai rumah, salam bersalaman, peluk-pelukan dan kemudian bacaan doa. (Nasib baik bukan kenduri doa selamat bagai...heh heh heh). Kemudian, sesi memberi buah tangah. wahhhh~!!!! semua ceria bagaikan menang moto!!!

Ain, dapat Ipod. senyum samp…

Lagu kegemaran

Lagu kegemaran aku sentiasa berubah-ubah mengikut semasa. Bila lagu tu catchy, kali pertama dengar terus terpesona dan tergoda, lalu mulalah mencari-cari tajuk lagu, penyanyi dan kemudian check video kat youtube (kalau video tu high quality, aku download je~~)

Antara lagu yang aku suka je main tiap hari sekarang ni lagi adalah lagu Club can't handle me; Flo Rida. Lagu current (yang tak berapa current tapi masih valid kat radio) yang aku suka layan tiap pagi, sebab beat dia yang rancak dan mendorong badan aku untuk berdansa. Aku suka juga dengar lagu Airplanes, walaupon lagu tu kena kutuk kaw-kaw sebab niat penulis lirik menyamakan airplane terbang malam sama dengan shooting star adalah sangat kebodohan. Aku punya suka, suka hati aku lah~~

Tapi, selain lagu tu, kebanyakan lagu dalam folder lagu aku adalah lagu yang tak berapa baru. Aku masih layan lagu Home; Micheal Buble', Everything; micheal buble', Flying without wing, When you tell me that you love me, father and son; Cat…

red velvet dan granny butterscotch

Image
Yep.. Akhirnya berjaya juga aku dating bersama hubby minggu lepas. Tu pon dah alang-alang nak cari headphone, kami ke Empire Shopping Mall sebab nak pergi Sony Center. Tak sampai 20 minit dah jumpa headphone. Maka mulalah meragau tak tau nak buat apa. Nak shopping tak tau nak shopping apa (tak ada current wish list yang nak dipenuhi)

Ajak hubby makan-makan minum-minum. Mula-mula nak ajak dia makan kat The Loaf... tapi pastu teringat pulak cafe Whisk yang dari duluuuu lagi dah janji nak belanja dia....so proceed dengan whisk.

Tak cadang nak makan kat situ pon. Take away saje... lagipun kejar masa sebab nak kena pick up Juwita pukul 6. (kalau tak OT wooo~~)

aktiviti membeli

Okeh. Aku beli 2 slices. 1 slice red velvet dan 1 slice lagi adalah butterscotch. Butterscotch sedap!!! red velvet memanglah tak payah cerita kan.. memang sedap lah.

Butterscotch ni, aku dah masukkan dalam list cake yang akan aku makan. hahaha~~ Dulu aku pernah cerita pasal cake yang aku suka dan aku tak suka kan... owh.…

Percutian pendek di Port Dickson

Image
Sabtu lepas (8/1/11) kami sekeluarga bercuti di Port Dickson. Perancangan awal kami adalah hanya untuk join BBQ budak-budak x-mrsm (mini reunion lah nih.. memang tiap tahun buat BBQ) kat Mayang Sari Resort malam tu. Tak plan langsung untuk stay hotel bersama mereka. Mereka semua stay kat 2 aparment hotel. 1 untuk lelaki, dan 1 untuk perempuan. Owh.. no no no~~~ kami mana boleh seperated.. hahaha~ gile belangkas aku laki bini kan... haha


So, beberapa hari sebelum, kami ke Giant beli khemah. Excited nak ber-picnic lah kunun. Ye lah, since kami tak booked apartment tu dengan diorang, just bayar untuk BBQ je, so set dalam otak nak picnic je tepi pantai siang tu sampai senja. Pastu gi BBQ. Habis BBQ balik Melaka tido umah parent aku.

TAPI......

Ha.. keluarga aku kan terkenal dengan rajin merancang dan rajin merosakkan perancangan.... seperti biasa, lain yang dirancang, lain yang menjadi. Kitorang cool je jah... layan je ikut flow...

Khemah entah kemana, picnic entah kemana. Dari konon na…

Broiled yogurt-ginger checken breast

Image
Broiled yogurt-ginger chicken breast (Ambil kat Martha Stewart Living Cookbook, masak 2 minggu lepas) Dalam bahasa melayu mungkin adalah Ayam Panggang halia atau pon, Ayam halia yogurt (bunyi tak sedap), atau ayam panggang berhalia dan yogurt... apa-apa lah! Yang penting, dia sebenarnya adalah ayam panggang (grill) yang di marinate dengan yogurt, halia dan cayenne pepper. (entah mengapa perkataan cayenne tak ada pula dalam tajuk resepi)

Yang bestnya, sebab dia pakai yogurt kan, so rasa dia ala-ala tandoori. Pastu dengan rasa pedas-pedas kick hasil dari campuran cayenne pepper dan halia yang extra banyak. Memang marbeles!


bahan-bahannya:
ayam - dada fresh plain yogurt cayenne pepper ground cumin (aku takdak cumin hari tu) fresh ginger - finely grated salt to taste




bahan semua agak-agak je lah ek.. pandai-pandai lidah korang lah nak rasa. Tapi aku memang letak banyaaakkkk halia dan cayenne pepper. Memang super hot!

Marinate je semua ni dalam sejam atau maksimum 8 jam. Pastu bakarkan kat api seder…

lain di rancang lain yang terlaksana sebab Juwita suka taska.

Masuk office sampai pukul 12. Jemput Juwita kat taska. Lunch kat Shah Alam saja.... dan shoot ke Port Dickson. Itu planning hari ini. Malam ada BBQ dengan member-member hubby (si bujang-bujang terlajak) taklah.. gurau je...ada je yang dah kahwin.. heh heh heh...

Pagi tadi, rancangan asalnya adalah aku duduk di rumah, packing barang. Juwita stay dengan aku kat rumah. Tengah hari hubby balik rumah tukar kereta, dan kami shoot ke Port Dickson. Tapi Juwita taknak duduk rumah O__O apekah???!!!

Dia insist harini nak pergi taska. Taska bagus, Taska very good, Taska baru, nak teacher Siti, teacher Siti, teacher Siti...!!! ok.. Fine~~~~~ (tidak.. aku tidak terasa walau sekelumit pon) Sebenarya aku gembira dengan perkembangan positif anak aku => mulai suka ke taska dan happy pergi belajar. Yes! Aku puas hati setakat ini. Sangat ketara perkembangan sosial dan pembawaan diri dia. Dah tak nangis ke taska lagi, malah boleh babai ibu dan abah. Dah pandai cerita tiap petang harini belajar apa, nyany…

Papan tanda dan jagung

Image
papan tanda yang macam macam ada....





tak tau lah kalau ada yang hati kering tak paham bahasa jugak

BTW, Jiran kami seorang petani jagung. Masyuk ooo tengok diorang sekeluarga mengusahakan jagung. Anak lelaki diorang pon tolong sekali. Kalau hari sabtu bawak gi pasar tani.Memang laku dan licin tak sampai tengah hari!

Maka rajin lah juga kami makan jagung... dah orang nak bagi kan... Maksud aku, takde lah hari-hari diorang bagi jagung. Diorang harvest pon seminggu sekali je (sejak dah bawak pasar tani, mereka buat tanaman berkala.. jadi hasil tiap minggu ada). Still, takde lah tiap minggu diorang bagi jagung. Ade lah sebulan sekali... Puas la makan. Tak sempat ngidam.

Aku suka jagung yang dibakar daripada yang direbus. Bakar sekejap sampai masak je.. tak perlu sampai kering rentung (macam kat pasar malam tu). Sapu sikit olive oil, dan sedikitt garam. (sape nak gemuk silakan sapu butter + mayones)



Teringat aku cerita river Cottage kat channel 703 tuh... hidup bertani, pastu gain income dari h…

early sign of aging

Image
Bila umor dah melepasi 25 (walaupon aku rasakan 25 tu masih muda trang tang tang lagi), aku mula concern tentang early sign of aging. Memang lah, ramai orang cakap, "eh, 26 tu muda lagi la... lagipon aku tengok muka kau macam budak-budak je.. mana ada nampak tua! macam 14 tahun ade lah!" (ok, ayat last tu aku tambah sendiri)



Sebenarnya jauh di sudut hati aku, aku telan je pujian orang-orang yang mengatakan muka dan tubuh aku nampak muda. (meaning dalam pemahaman aku, aku tak nampak macam mak budak, aku macam anak dara) ---gile daring punya masuk bakul.



Dalam hati, aku tau keadaan diri aku sendiri. Dengan pinggang dah tak align, punggung dah jatuh (atau mungkin perasaan aku je..entahla).. selalu sakit belakang, sakit pinggul, sakit bahu.. adoi... serius dah tua aku nih.

Oh, dan paling penting sekali, yang sebenarnya aku nak cerita kat sini adalah kondisi kulit yang mula menampakkan perbezaan. Kalau dulu aku tak hirau sangat pasal kondisi kulit. Kulit aku tak ada masalah. Normal,…

Kecuaianku kelemahanku

kalau dah cuai tu...

Ini bukan sifat buruk. Sebab ia bukan sifat. Kalau malas, caca marba, pengotor dan selekah barulah boleh dikategorikan sebagai bad habit/ sifat buruk. Aku rasa cuai boleh di ambil kira sebagai KELEMAHAN.

Selain cuai, antara perkara yang boleh di kategorikan dalam kelemahan adalah lupa, dan emosional.

Kadang kala kita lupa sesuatu perkara, walaupon kita dah berapa kali ingatkan diri sendiri, tulis kat kertas, save dalam henfon.. tapi kita tetap lupa. Ada orang cakap, bila kita terlalu mencuba untuk mengingat, kita akan lebih mudah terlupa. Seperti tiba-tiba kita lupa jalan nak balik rumah, walaupon tiap-tiap hari pon kita lalu jalan yang sama. All of sudden semuanya blank, semuanya blur. (aku pernah lalui pengalaman ini sekali dahulu. Puncanya adalah perasaan terlalu berjaga-jaga dan terlalu nervous)

Bila kita emosional juga, kita akan melalukan perkara di luar jangkaan kita. Kadang-kala kita tercakap perkara yang tak sepatutnya kita cakap. Kadang kala, kita akan me…

2011 resolution : keira knightly body!

Image
Aha, ya. Itu hari, masa saya post entry pasal wish-list, mana tercapai, mana tidak.. mana nak kekal, mana nak tambah.. saya lupa satu perkara.



Sebelum terlambat, saya nak tulis sekarang juga. Incase saya lupa untuk menulis diwaktu yang lain. Sebenarnya saya dah tulis dalam diari personal saya, tapi still nak tulis kat sini sebagai perangsang dan cabaran untuk diri sendiri. Sebabnya, ramai orang jadi saksi, jadi malu lah kalau saya langgar janji sendiri.. kan?









Ini adalah detail untuk wish-list saya seperti berikut:


keira knightly body!Stay at 32-23-32 for a whole year/ until i preggyhealthier choice living


Bagaimanakah untuk saya menjayakan wish-list ini agar menjadi kenyataan? Oleh itu, bawah ni lah baru RESOLUSI 2011 SAYA (in term of those 3 wish-list)

1. exercise 3x seminggu, 30 minit setiap sesi. (jogging/ briskwalking/ cycling/ skipping)
2. 6 minute work out plan setiap pagi/petang untuk tone targeted muscle (saya buat kelonggaran boleh buat pagi atau petang, sebab saya dapati pagi sang…