Budak Juwita ni cengeng ponteng sekolah


Pada suatu hari, seperti hari-hari yang lainnya, pagi kami chaos dengan persiapan nak pergi kerja dan taska. Seperti biasa aku kena kejut hubby, dan Juwita. Dan seperti biasa juga, lepas juwita mandi kena bagi dia makan roti bakar kaya. Owh, itu menu wajib setiap hari. Janganlah habis roti pagi tu, mau taknya muncung 2 meter.


Masuk kereta, kunci pintu rumah, shoot ke Shah Alam. Kalau tak jamm depan tu sampai lah taska dia dalam 15 minit kemudian (tambah tolak traffik light yag dekat 5 buah. nasib la..). Kalau nasib tak baik, bertembung dengan jamm, boleh sampai setengah jam!


Semua seperti biasa daripada dia bangun tidur, mandi, makan roti bakar, gelak-gelak dalam kereta....ceria memanjang. sehinggalah sampai di pintu pagar taska. Mula dah.......


Mula-mula dia refuse to get out. then refuse to wear a sandal. Ibunya ni, angkat dukungkan aje sampai pintu dalam. Letak kasut dia kat rak.. bagi bag. Juwita dah menangis-nangis dah... Pujuk sikit-sikit... pastu babai. Teacher bawak masuk.


Jam 10 pagi, aku kat office, dapat msg dari teacher dia. " salam kak, maaf ganggu. Juwita demam, merengek dari hantar tadi. Minta hantarkan ubat segera" aku balas, "kejap lagi saya datang"


Pukul 10.30, aku datang dengan hubby. Sampai kat pintu dengar dia huuuu huuuu... tutup muka kat bantal. Nampak aku terus amik beg lari kat pintu.


"Juwita sakit ke? demam?"

" (sambil nangis nih, dan angguk-angguk) sakit..." aku rasa badan dia, takla panas mana. mentimun ajee

" sakit kat mana? sakit perut ke"

"tak...!"

" abis tu? sakit kepala?"

" sakit pale..." eh anak aku ni. sejak bila dia tau sakit kepala..

pastu teacher dia mencelah. "haah kak, tadi dia kata sakit kepala. Tu yang picit-picit kan tu"

"laa....ni nak balik ke ni?"

"nak balik....!" lor.. aku datang ingat nak hantar ubat je.. rupanya kena amik dia. haish~

teacher dia pon suggest dia pergi klinik dulu. Aku pon oklah.. bawak je lah dia.

Sambil pakai kasut tu aku tanya lah, kenapa dia nangis. pastu dia jawab,

"Juwita takut... takut teacher...." kejap sakit pale, kejap takut teacher pulak....

"apasal plak takut teacher?"

"teacher marah.... juwita"

"sebab apa teacher marah?"

"juwita nangis.. teacher marah..."

LOL! tergelak aku kat situ. Anak aku ni memang, pantang orang tegur sikit, senang sangat dia terasa hati. Pastu, confirm mengalir-ngalir lah ayaq mata tu. Pastu aku cakap lagi,

"Juwita nakal kot , sebab tu teacher marah..."

Angguk dia. Hoh, tau plak tu dia nakal..... ciss betul. saje je kan bikin drama.....aku cakap kat teacher dia, dia kata teacher marah. teacher dia pon gelak... " kita marah budak2 yang kacau dia, dia pon sama terasa.."


Sebelum keluar taska, yang herannya, sempat pulak tu salam teacher, babai segala. Aku dah sangsi dah time tuh... Kata takut teacherlah, teacher marah la, sakit kepala lah...


Masuk dalam keta, abah dia pulak bersoal jawab. Juwita jawab macam tadi lah. Habis bersoal jawab, abahnya tanya, "macam mana nih? nak gi klinik ke?"


aku kata, "tak payah, bawak je lah ia gi swimming. bukan sakit pon ni sebenarnya.."

Tak lama tu dah menyanyi-nyanyi dah. Pastu mulut dah becok segala benda nak cakap, nak tanya. Eh, tadi kata sakit kepala? Aku pon katalah, dah elok ni, boleh pergi taska balik lah...dia pon jawab dengan confident nya;

"esok~!"

habistu, harini taknak pergi taska ke?"

"taknak... esok!!"

"tadi teacher marah ke"

"teacher marah kawan main..." hah! kan dah bagitahu yang sebenarnya!!!


Confirm anak aku ni dah pandai berlakon. Kalau tak percaya, cuba tengok gambar-gambar ni sebagai bukti. Ada macam budak demam, sakit kepala tak?


Rasa nak cubit-cubittttt aje pipi dia tuh... penuh muslihat!






Comments

Sherry said…
wah so big gal now :D

know anything about register anak ke darjah satu? I dont know... :( anak dah lima tahun sgt cepat!!

Popular posts from this blog

Menempah penginapan percutian dengan AirBNB

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?

Kemas kini gambar passport anak anda