Papan tanda dan jagung


papan tanda yang macam macam ada....






tak tau lah kalau ada yang hati kering tak paham bahasa jugak


BTW, Jiran kami seorang petani jagung. Masyuk ooo tengok diorang sekeluarga mengusahakan jagung. Anak lelaki diorang pon tolong sekali. Kalau hari sabtu bawak gi pasar tani.Memang laku dan licin tak sampai tengah hari!


Maka rajin lah juga kami makan jagung... dah orang nak bagi kan... Maksud aku, takde lah hari-hari diorang bagi jagung. Diorang harvest pon seminggu sekali je (sejak dah bawak pasar tani, mereka buat tanaman berkala.. jadi hasil tiap minggu ada). Still, takde lah tiap minggu diorang bagi jagung. Ade lah sebulan sekali... Puas la makan. Tak sempat ngidam.


Aku suka jagung yang dibakar daripada yang direbus. Bakar sekejap sampai masak je.. tak perlu sampai kering rentung (macam kat pasar malam tu). Sapu sikit olive oil, dan sedikitt garam. (sape nak gemuk silakan sapu butter + mayones)




Teringat aku cerita river Cottage kat channel 703 tuh... hidup bertani, pastu gain income dari hasil pertanian, dari satu sumber tanaman, boleh jadi berpuluh-pulah makanan dan hasil lain. Kagum dengan usaha mamat saleh tuh (aku lupa nama dia jah~~) Let see, musim tu dia tanam kubis. So, akan keluarlah segala resepi berkenaan kubis, semua fresh dari ladang tau! tak ada process food langsung. Lepas tu, dari kubis jadilah sup kubis, dan dia bawak ke pasar tani diorang. Hasil duit tu dia beli ayam. Dari ayam dia dapat telur, daging ayam. Bila kebun kubis dia kena serang, rupanya yang serang tu wild rabbit. dapat pulak la minggu tu diorang kenduri rabbit 3 hari 3 malam. Syok tengok mereka hidup. Tak pening kepala traffik jamm, tak pening minyak naik, gula naik, berat badan pon tak naik, blood pressure pon tak naik. SIHAT!


apa dah aku merepek. daa~






~ jap lagi nak keluar dating.. lalalalalalala~~~ best nye dividen masuk~~~~ dapat dating ^__^

~ malam tadi tengok movie 'Sign'. Ladang jagung gak tuh...

~ Nak cari headphone, getah rambut reben ain, dan handbag baru (kalau aku tak kedekut)

Comments

saniaa said…
aku lagi suke jagung bakar pastu takpayah sapu pa pe. kalau yang original manis sedapnyeeee~~~~

Popular posts from this blog

Cerita Hantu asrama lagi (mimpi berdarah)

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.