Percutian pendek di Port Dickson


Sabtu lepas (8/1/11) kami sekeluarga bercuti di Port Dickson. Perancangan awal kami adalah hanya untuk join BBQ budak-budak x-mrsm (mini reunion lah nih.. memang tiap tahun buat BBQ) kat Mayang Sari Resort malam tu. Tak plan langsung untuk stay hotel bersama mereka. Mereka semua stay kat 2 aparment hotel. 1 untuk lelaki, dan 1 untuk perempuan. Owh.. no no no~~~ kami mana boleh seperated.. hahaha~ gile belangkas aku laki bini kan... haha


So, beberapa hari sebelum, kami ke Giant beli khemah. Excited nak ber-picnic lah kunun. Ye lah, since kami tak booked apartment tu dengan diorang, just bayar untuk BBQ je, so set dalam otak nak picnic je tepi pantai siang tu sampai senja. Pastu gi BBQ. Habis BBQ balik Melaka tido umah parent aku.


TAPI......


Ha.. keluarga aku kan terkenal dengan rajin merancang dan rajin merosakkan perancangan.... seperti biasa, lain yang dirancang, lain yang menjadi. Kitorang cool je jah... layan je ikut flow...


Khemah entah kemana, picnic entah kemana. Dari konon nak bergelandangan tepi pantai sambil bernyanyi-nyanyi lagu priya kesepian, sudahnya kami melompat-lompat di katil empuk sambil air-cond dingin menyeliputi kulit. (gila lah bahasa aku) Kami check in kat Selesa beach resort (formerly known as Regency). Hubby kata ok, aku selaku pengurus kewangan proceed je. ^__^




"Adalah puas hati!" Itu ayat pertama aku. Ayat kedua; "Tak menyesal check in." Ayat ketiga; "worth it!" Mandi kolam renang sampai kembang tangan kaki (Juwita lah, aku tak mandi pon), dah puas kat kolam, mandi kat laut pulak (ok, kat sini aku mandi) dah puas main laut, lepak tepi pantai pulak... PUAS!. Pantai dia cantik hokey...! sebab ni private beach, share dengan hotel sebelah tu, tak perasan hotel ape... maka tak ada orang luar, meaning tak sesak, dan tak kotor.






Malam, seperti di rancang, kami pergi join BBQ dengan budak-budak tu semua. Sampai pukul 11 lebih la jugak, then balik tido. Overall BBQ.... ok la.....takde la tak sedap. Tapi nak kata sedap pon tak jugak.. so so aje. (sebenarnya dah terhidu-hidu bbq yang kat hotel kami sebelum tu.. ada oyster, lobster, udang, ketam sotong semua.. drooling di situ. BBQ budak-budak ni buat pulak ada ayam, kambing, sosej, daging burger... haha.. ok, kambing nya sedap.)




Pagi esok, pergi sarapan buffet.. tak menyempat Juwita tu dah nak mula berendam. Nak buat cemana, dah restoren dia tu tepi kolam renang, so dia nampak je lah kolam tu kan... sempat makan 2 mangkuk coco krunch, pastu dah mintak tukar pakai swimming suit. Tak lama tu dah nampak dia berkuak-kuak. haish anak aku~~~ Aku pulak, masih dalam restoren, enjoy makan tosted wholegrain bread yang disapu butter dan marmalade. Owh... cinnamon roll dia sedap! yang custard filling pon sedap. nyum~~!


Masuk bilik, tukar pakaian dan kemudian aku join mereka membasahkan diri. Puas kat kolam, masuk laut pulak.




Eh, lupa pulak. Sebenarnya pagi tu aku pergi jogging kat tepi pantai. Adelah 2 round aku pusing beach tu. Best wooo jogging pagi-pagi di tepi pantai.. sambil tengok matahari naik. Terasa ketenangannya. Siap jogging, beryoga dan stretching kat tepi pantai, aku naik bilik.. Juwita dengan hubby tido lena lagi. Ada lah 10 minit lebih aku tekan loceng, gegar pintu segala.. tak jugak diorang sedar. Mau aku mengamuk kat situ kan...geram betul. (tapi aku tak naik marah pon.. sebab baru lepas sesi senaman kan.. jadi otak release je rasa)


Mandi dengan Juwita dalam bath tub. Seronok! rasa nak ada sebuah pulak kat rumah. hahaha~ siap-siap, then baru pergi breakfast. (baru sambung cerita breakfast yang atas nuu...)


Dah puas main, mandi sekali lagi dan terus kemas-kemas nak check out. Tepat pukul 12 kami keluar hotel. Lunch kat food court (yang aku suspect punca aku cherry berry semalam), kemudian kami habiskan petang kami dengan melawat Muzeum Tentera Darat. What a great way to end the vacation.





Kisah Museum Tentera tu next entry aku cerita. By now, selamat tinggal dan jumpa lagi~~~


xoxo




~ bulan 2 (cuti raya cina) ni parent ajak join bercuti kat cameroon highland pulak. Yang bestnye sebab ada rauf join sekali.. tapi kami tak confirm lagi nak join ke tak...

~ bulan 3 pulak nak ke Tanjung Tuan pergi meneropong burung migrate yang singgah di situ.... yang ni best punya!

~ bulan 4, parent pergi Kota Kinabalu bertiga dengan Ain.

~ bulan 7 our 2nd honeymoon (misi mencari adik untuk Juwita. ahaks~~)

~ nampaknya tahun ini adalah tahun cuti-cuti Malaysia... harus kerja kuat untuk vacation.

Comments

Mknace said…
:) :) :) terbaeekkk!!!!

Popular posts from this blog

Menempah penginapan percutian dengan AirBNB

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?

Kemas kini gambar passport anak anda