Posts

Showing posts from February, 2011

Minggu yang betul-betul BEKERJA

Minggu lepas adalah minggu yang sangat sibuk. Dari Isnin sampai Sabtu, memang betul-betul BEKERJA. Masuk office dah tentu 8.30. Balik pula tak pernah sebelum 7 malam. Ada satu hari tu sampai dekat 10 malam kat office lagi. Hubby pulak, sebab production job embroidery yang sangat pack, sampai kena stay back pulak dengan budak-budak embroidery tu untuk siapkan semua. *sigh*

Memang sangat sibuk. Alhamdulillah lah.. Rezeki bulan February memang memberangsangkan.. Bulan januari haritu relax sangat, so bulan ni memang berhempas pulas la jadinya.

Hari ini hari Isnin. Mula minggu baru. Relax dah sikit. Dah boleh nyanyi-nyanyi sambil buat kerja (minggu lepas tak sempat nak pikir lagu pon dalam otak, cemana nak nyanyi kan?) TAPI.....!!!

Production dan stabil la.. job banyak dah submit. Sekarang ni ACCOUNT la yang tengah pening! ~~ yakni aku le tuh!!!! Mana resit nak collect, mana invoice, mana cash sales, mana bill, mana payment, nak tunggu payment satu hal, nak cari resit lagi satu hal.. haish~~…

Hilang idea menulis blog? (eh..tulis ke...?)

Belakangan ini aku kurang idea untuk menulis. Mungkin kerana kehidupanku macam biasa-biasa aje.. bangun pagi, siap pergi office, hantar Juwita ke taska.. Juwita pon dah kurang karenah. Tak nangis ke taska, dah diapers free, semua dah buat sendiri...dah bukan toddler lagi dah kot.. infant jauh sekali.. wahahaha~

Maka kuranglah benda aku nak blog kan.. pergi bercuti pon tak, pergi makan-makan pon tak, shopping pon takde benda menarik... semua tak. Habis apo???? Agaknya ni lah sebabnya banyak blog aku follow sekarang dah kurang update. Kengkadang tu sampai 2 bulan tak update. Aku pon confuse, mika ni nak berblogging lagi ke tak.. tak pasal-pasal buat blogger lain yang link blog mereka ni tertanya-tanya. Kalau taknak blogging dah, lebih baik buat penyataan rasmi, "saya tak ada idea lagi nak blog pasal apa. semua aktiviti adalah seperti biasa, tak ada yang luar biasa. Jadi saya nak stop blogging" kan senang orang lain boleh remove link blog anda.

Antara blog yang tak kekal lama ata…

Red Velvet Cuppies with mascarpone cream cheese frosting

Image
Owh.. ini adalah cerita lama. Masa last 2 weeks, aku ada cerita yang aku lepak kat rumah main masak-masak dengan Rauf dan Kelly kan... (Noural Huda tak join, dia join makan je). So, inilah dia bukti kejadian. Hahaha~~~

Actually, kalaulah ada orang tanya, ko nak buat lagi ke red velvet cupcake nih? aku akan jawab dengan confidentnya, TAK!!! waaahahaha~ Hurm... bukan tak seronok buat kek nih.. tapi leceh ya amat! dah la tu, kos barang nak buat dia punyalah mahallll! Ni, pon, nasib la ada head chef, Rauf tu.. kalau aku sorang terkapai-kapai, mau tak nya kelam kabut dapur aku. Entah jadi entah tidak pulak kan.. :P Mahal satu hal.. kalau tak jadi, mau nangis kat situ gak...

ini adalah 1 cup mascarpone. Harga Rm26. pakai 1/2 cup sahaja hari itu. Kitorang devide half semua resepi. resepi untuk frosting adalah di ambil disini http://www.food.com/recipe/red-velvet-cupcakes-with-mascarpone-cream-cheese-icing-328454



Lain kali, kalau rasa nak makan red velvet, drive je kejap kat Empire mall tu, beli…

Juwita bukan baby lagi....dah besar

I just realize something.
Bila Juwita sampai taska awal, meaning before perhimpunan, nyanyi-nyanyi, menari-nari, kelas solat dia start... dia tak nangis. Malah dia lagi bersemangat, siap nak jalan sendiri masuk pintu taska, terus sambut tangan teacher. Nangis + nak dukung + tutup muka + meroyan kat pintu + moyok semua yilek!

Hah~!

Aku suspek anak aku tau segan kalau sampai school lambat. Huhuuu.... Aku masa kecik pon malu gak kalo sampai school lambat. Mana-mana budak pon malu le kalau sampai school kelas dah mula kan...

BOOOOO pada aku sebab lambat realize hal nih. Dan BOOOOO jugak pada aku sebab selama ni aku yang lengah-lengah time pagi, menyebabkan anak aku sampai taska lambat. Sekali dua je Juwita bangun lambat... selainnya? aku lambat keluar rumah. T__T

Kesian dia... Juwita dah besar rupanya.....dah tau peraturan. Ibu baru nak adjust timing nak... Kenapalah pejam celik dah masuk sekolah anak aku.... ingatkan dia baby lagi... baru semalam rasanya boleh gomol-gomol dia sampai pukul 10…

lagu lama layan balik daa....

Image
Mood aku tengah melayan lagu-lagu lama. Owh.. sangat mengimbau memori.. zaman aku kecil, zaman muda mudi.. zaman 90-an.. dan, bila melihatkan penyanyi favourite aku dulu dengan wajah dia sekarang, owh.. baru aku sedar betapa pantasnya masa berlalu. Betapa masa memakan usia..mengubah identiti dan paras rupa, namun sebilangannya masih berhantu suara mereka. Kagum!

Namun, dalam kebanyakan keadaan, entah bagaimana mereka hilang bersama bakat dan karya mereka. Dunia ini sangat kejam bukan... sayang pada karya dan bakat mereka... lenyap dengan wajah baru, dengan genre baru, dengan rentak baru...

Tapi bila kita dengarkan balik lagu mereka ni, memang masterpiece!

Contohnya lagu ni, "seringkali" nyanyian Maman Teacher's Pet. Tiap kali dengar mesti rasa syahdu dalam hati....






Aku suka juga lagu "kasih kupinjam wajahmu" nyanyian Maman Teacher's pet. Sangat terawang-awang bila dengar. Bawah ni pula maman sekarang... dengan imej baru. Aku hampir tak kenal.. tapi perasan bil…

Red Velvet Cupcake lagi best dari hantu Kak Limah.

Isnin yang indah. Esok cuti lagi. Haish.. baru je lepas cuti chinese new year.. dah cuti maulud nabi pulak. Semoga minggu ini membawa rezeki yang melimpah ruah kepada kami sekeluarga. Aminn~~~


Owh. Raop dah seminggu stay rumah aku. So far, ade lah 2 hari aku spend hari dengan dia dan Kelly. 1 hari tu kami main masak-masak kat rumah. Buat red velvet cupcake. ahhahaa... jadi kau! Dah selamat di makan pon.

Esoknya spend time sehari lagi, buat makeup class. Kelly nak belajar makeup pulak. ngee~~ Noural Huda pon dapat datang bagi pinjam muka masa sesi demo. Upahnya.. bagi dia ngap itu red velvet lah. Tu pasal la habis red velvet tuh.. hahaha. weih.. kalau tak best tak habis tau!!

Owh... hari tu subcribe Hantu Kak Limah Balik Rumah. Mengapakah aku tak dapat meng-enjoykan diri menonton cerita itew??? Tak best macam Zombie Kampung Pisang pon... walaupon skrip-skrip berbaur sindiran as usual memang melambak (alaa... semua tau macam mana filem Mamat Khalid kan), tapi cerita dia tak de kick macam …

Juwita anak manja abah dan ibu

satu-satu saya sayang ibu,
dua dua saya sayang abah
tiga tiga sayang adik kakak...
satu dua tiga sayang semuanya....

Lagu Juwita pagi tadi masa mandi... alaahai.... comel betul.


Juwita memang macam tu... kesukaan dia adalah menyanyi. Lagu kanak-kanak mahupon lagu komersial di radio, bahkan lagu iklan "plasmacluster hanya dari sharp" pon dia boleh enjoy nyanyi.

Antara ibu dan abah.. sebenarnya dia lagi rapat dengan abahnya. Tidur nak abah tepuk, mandi nak abah tengok, pakai baju nak abah pakaikan.. bangun pagi-pagi mesti datang kat katil kami cari abah nak peluk. Pagi-pagi lagi dah tanya mana abah..

Oh.. aku tak jeles. Malah aku bahagia tengok kegembiraan di mata Juwita dan kasih sayang seorang abah pada anaknya. Rasa syahduuuu je. ahaks.

Lagipon, senang la sikit kerja aku... nak kemas rumah, nak basuh kain... boleh abahnya temankan dia main. kan..kan..kan...!

Juwita~~Juwita~~~~

Rindu pulak ibu kat kamu... belajar elok elok ye sayang... jangan nakal-nakal. Tak moh nangis kat taska.... …

simple tapi complicated

Lelaki ini pelik sifatnya. Sukar difahami walaupon mereka sebenarnya agak simple. (ini adalah pandangan aku sebagai seorang wanita. Aku jamin, lelaki akan berkata demikian juga pada wanita jika ditanya)

Aku bagi contoh, kalau nak bersiap keluar rumah.

Wanita akan mengambil masa lebih lama dari lelaki. Kenapa? Kerana wanita tidak simple. Kami perlu sikat rambut, ikat rambut, pakai bra, underwear, pakai baju, seluar, anak tudung, lilit shawl, sematkan pin di sisi kiri dan kanan shawl, pakai losyen, sapu deodorant, pakai minyak wangi, pakai moisturiser, pakai compact, sapu lipgloss, kemaskan kening, oles eye liner, pakai jam, ... nah! kemudian kami check handbag, masukkan tisu, handphone, kunci, dan beberapa keperluan lain... baru lah siap.

Lelaki pula, mereka akan pakai t-shirt, underwear, seluar, jam, masukkan wallet dalam poket, masukkan kunci dalam poket.... siap!!!!! Bayangkan berapa banyak bezanya tu? Rambut pon tak perlu di sikat kerana pendek. Perfume pon tak sembur kerana budget …

kurus pon tak kena....

" dah gemuk la.."
" bagus lah gemuk"
" apasal pulak?"
" ye la.. gemuk barulah nampak macam mak budak"
" laa.. abis tu, jadi mak budak kena jadi gemuk ke? kalau kurus tak boleh jadi mak budak?"
" nampak macam budak kecikk!"
" lor.... mak budak tak boleh kecik selim ker?"


Tak paham la aku mentaliti orang......

....................





~ tunggu raop datang... harap2 dia bawak buttermilk. Pesan kat dia tadi
~ harini berenang tengah panas lagi. Habis muka ku.
~ Juwita mula dah balik... nangis gi taska... aduhai anak aku....

random picture

Image
Kadang kala, bila tak ada idea nak menulis, aku akan cari idea dengan melihat gambar-gambar dalam album. manalah tahu kan, ada benda atau aktiviti yang tak blog lagi.

Tapi, ada ketikanya, baik biarkan sahaja gambar itu berbicara sendiri...


kecik2 main LC, dah besar main LV...


model sebagai seorang nelayan.. atau pergi memancing?


baju taska Juwita...


shopping dengan Juwita




beginilah bila ketandusan cerita....




~ Isnin yang cerah~ semoga minggu ini membawa rezeki melimpah ruah..amin..
~ Seronok Raop nak datang rumah... nak buat red velvet. Nurul huda, bila nak datang makan2?
~ I enjoy my swimming lesson. I offfically LOVE SWIMMING!
~ kitorang anak beranak dah itam.. penangan swimming pool 4 hari berturut-turut sepanjang raya cina. haha

Budak Juwita ni cengeng ponteng sekolah

Image
Pada suatu hari, seperti hari-hari yang lainnya, pagi kami chaos dengan persiapan nak pergi kerja dan taska. Seperti biasa aku kena kejut hubby, dan Juwita. Dan seperti biasa juga, lepas juwita mandi kena bagi dia makan roti bakar kaya. Owh, itu menu wajib setiap hari. Janganlah habis roti pagi tu, mau taknya muncung 2 meter.

Masuk kereta, kunci pintu rumah, shoot ke Shah Alam. Kalau tak jamm depan tu sampai lah taska dia dalam 15 minit kemudian (tambah tolak traffik light yag dekat 5 buah. nasib la..). Kalau nasib tak baik, bertembung dengan jamm, boleh sampai setengah jam!

Semua seperti biasa daripada dia bangun tidur, mandi, makan roti bakar, gelak-gelak dalam kereta....ceria memanjang. sehinggalah sampai di pintu pagar taska. Mula dah.......

Mula-mula dia refuse to get out. then refuse to wear a sandal. Ibunya ni, angkat dukungkan aje sampai pintu dalam. Letak kasut dia kat rak.. bagi bag. Juwita dah menangis-nangis dah... Pujuk sikit-sikit... pastu babai. Teacher bawak masuk.

Jam 10 …