Posts

Showing posts from March, 2011

freestyler!

Image
Alhamdulillah, selamat sudah acara memotong kek kechil kechilan sempena hari lahir Juwita Aisha semalam. Simple dan ringkas sangat. Nyanyi lagu besday, potong kek (tiada tiup lilin, sebab lilin dah padam dulu sebelum sempat di tiup. Lilin patah. huhuu), makan kek. Habis licin 1 kek tu dipedajalkan oleh kawan-kawan Juwita semua. Lepas semua basuh tangan, beratur untuk menerima goodies bag dari Juwita. 40 buah goodies bag semuanya. Ngam ngam aje.

Eh, banyak pulak cerita pasal besday. Sebenarnya bukan kisah itu utamanya harini. Kisah besday kita sambung lain kali sebab sekarang gambar masih dalam kamera. Tak syok la pulak bila cerita pasal peristiwa penting tanpa gambar bukti kejadian.. kan?

Belakangan ini dah mula jarang pergi swim. Sebab kekangan masa, tak dapat nak selitkan sesi swimming. Kelas tiap hari rabu tu pun asyik start lewat sebab aku sampai lambat. Natijahnya, kelas swim aku pendek. 30 minit, 40 minit... tak sampai 1 jam pon. Maka prestasi aku 2 minggu ni merudum. Asal asal da…

b'day girl pergi window shopping

Image
Rabu ni adalah birthday budak kecik ni. Maka, kami jalan-jalan window shopping pon sambil meninjau-ninjau benda menarik yang Juwita minat... kalau kena dengan budget boleh bagi dia sebagai present birthday nanti kan.. hehe~

Tapi tak ada apa nak beli sangat pon sebenarnya, sebab buat kat taska dia tahun ni. Jadi prepare kek dan goodies bag aje. Sabtu haritu dah pergi beli goodie bag tu. Of coz lah mesti kaler pink dan gambar princess barbie kan~~(dia yang pilih key)

(gambar tiada kena mengena. Juwita main dengan baby sebelah meja kami)

Pastu, kek pon maklang nya aje yang buat. Kami tempah lah.. bukan mintak sponsor tau.. hihi~Yang pasti, ada edible picture (gambar princess mermaid si Ariel tuh), dan kemudian ada seketul Tiara atas kek tu. Idea letak tiara tu asalnya dari hasil carian research di google lah tu.. ada la save beberapa gambar buat reference. Last-last, kek yang ada tiara tu lah yang juwita tunjuk. Haa... layan je lah..



Tiara ni beli 2, satu nak letak kat kek, satu lagi dia na…

Personal shopper on the go

Jalan-jalan.. cuci mata... window shopping... teman sahabat. Masuk Poney. Ok, aku memang peminat setia Poney. Sejak Juwita lahir sampailah laa ni masih usha Poney sekali sekala. Cuma membelinya aje dah kurang. Weih, baju baby (3 - 24 month) adalah sangat comel dan geramm! Sekarang kalau masuk poney main tenung aje. Paling kuat pon takat rasa kain. Heh~~ Ada gak yang berkenan... tapi why la kan... tengok baju baby kaler pink dress kembang-kembang, comel-comel hok 3 month tu amatlah comeiii nyeeee la hai.... anak aku dah 3 tahun (sila bersyukur Hida, budak 3 tahun lagi senang nak jaga dari budak 3 bulan)

Ok lah, aku yang suggest sang sahabat untuk masuk Poney. Last-last aku yang kempunan mengidam + demam. New arrival adalah sangat menggoda sanubari. Yang hok pattern lama sket tu tengah sale, ada yang 30%, ada yang 50%. Uiiii... gile ke ape tak terasa apa-apa. Mesti lah ai gila meroyan kat situ jugak.

Sang sahabat ni, kerjanya adalah personal shopper. Senang citer ginilah. Dia ada kawan, k…

mangkin aka self reward

If i have to choose 1 item / activity as a self reward (for my monthly non-stop hard working job, of coz), i would definitely choose 1 of those:

1. Shopping clothes (dah lama gila tak buat)
2. chosen handbag (not immitation for sure)
3. pair of heels/ pump (charles & keith)
4. iphone4 (hajat di hati tahun ini)
5. A day at spa (top-to-toe treatment)
6. vacation
7. fancy dinner with hubby ( Serai atau Halia) ~ itu adalah nama-nama restoren -__-'



hanyalah impian~~~~ masih menuggu untuk terlaksana...

Internet offline, lampu DSL dan DATA tidak menyala

Last entry adalah minggu lepas. Cukup 4 hari internet tidak berfungsi kerana tiang kabel terbakar. orang cakap la ada tiang kabel terbakar. Masa aku report kat talian 100 tu, operator mengkhabarkan bahawasanya, pusat kawalan (ye ke eh dia panggil pusat kawalan) strimik area aku telah dilanda gangguan kuasa, atau pendek kata, electricity terputus kerana ada hujan lebat kelmarin, menyebabkan line internet pon turut putus (sebab line tu pakai electrik). Gila panjang explanation gadis oncall tu kat aku. Aku pon mengengguk-angguk je seolah-olah gadis tu boleh nampak aku mengangguk paham. Apapon aku ucapkan terima kasih di penghujung talian dengan harapan masalah itu akan selesai seberapa segera.

Jadi, harini dah elok. Sangat bersyukur dan berterima kasih pada semua yang bertungkus lumus untuk membaiki masalah tersebut. Nasib baik jadi hari sabtu ahad. Kalau kena Isnin sampai khamis, mau lumpuh bisness aku laki bini. Mana tak nya, wifi kat KFC pon tak berfungsi.

Dah lama tak shopping. Ahad l…

Disaat-saat begini aku mengimpikan....

............

1. bath tub fill with hot water (lengkap dengan kelopak-kelopak ros merah dan wangian aromaterapi)

2. Firm and gentle massage (all over body, expecially belikat dan pinggul. aduuuhhhhh~)

3. Kerusi urut singggit 3 minit kat SACC Mall (instant relief. pon jadilah...)

4. Tilam empuk dan bantal bulu itik (feather lah)

5. Milo panas se-mug penuh beserta biskut kraker.

6. HBO HD atau Star Movie HD atau Living Inspired atau E

7. my couch with my green 'bantal lenjan'

8. My hubby to hug hug


But i'm in the office.. kerja baru separuh jalan. Dan kedengarannya seperti akan stay back. Ouch! waaaa~~~~!






~ belikat sangat sakit sejak Isnin haritu.
~ harini adalah bermulanya resolusi baru ku, yakni, " Mesti muat seluar levi's ladies saiz 24 aku tuh semula" believe it or not, Isnin haritu nak pakai, tapi sangat ketatttt!!!!!!!!!!!! T__T *mood sedih*
~ Ya.. saya makan banyak sejak belakangan ini, dan berenang telah saya jadikan alasan untuk makan lebih dari biasa. Adalah sanga…

warna warni makan malam ku

Image
Aku suka bila hidangan yang aku nak makan tu berwarna warni. Buat nampak sedap dan menyelerakan lagi berkhasiat. Ye.. korang baca dengan betul, "BERKHASIAT". Maksudnya, warna warni disini bukan pada makanan seperti candy, kueh muih melayu, ataupon manisan yang berwarna warni, tapi pada makanan yang berkhasiat; ie natural color.

Contohnya, kalau masak ayam kicap, aku suka letak lada merah dalam tu supaya ada warna dalam hidangan dan nampak lebih menarik. Masa hidang dalam mangkuk pula, aku suka tabur daun bawang, supaya ada tambahan warna hijau-hijau pula.. buat tambah cantik plus, rasa lagi kick. Itu contoh untuk lauk pauk.

Ultimate kepada warna warni dalam makanan adalah pada hidangan favourite aku nih, iaitu salad. Bila aku buat salad sendiri, aku suka kalau ada pelbagai rasa dan warna dalam 1 mangkuk. Jadi seboleh-bolehnya perlu ada warna merah, kuning, hijau (dah tentu lah kan), putih, dan kalau ada stok, purple pon ada.



Dari segi rasa, ada yang beri rasa peppery, ada yang …

masak-masak sabtu: baked macaroni and cheese

Image
(entry ni banyak gile gambar)

Sabtu minggu lepas punya aktiviti adalah mengemas rumah dan memasak sebelum packing kain baju untuk pulang ke Jasin, melaka. Jadi, pagi-pagi lagi aku dah mula menyapu, basuh kain, sidai kain, gosok bilik air sambil layan Juwita dan tengok cerita Barbie.

Tengah hari, aku masak nasi. Tapi Juwita taknak nasi pula katanya. Mintak mee pulak. Juwita ni, Mee dia adalah spagetti sebenarnya. Oleh kerana aku tengok macaroni ada, susu ada, mozarella ada, daging ayam ada, pastu yang paling penting aku baru beli frozen peas.... oh, buat baked macaroni and cheese lah!

Oleh itu kawan-kawan sekalian, mempersembahkan....... jeng jeng jeng!!! Baked macaroni and cheese!!! oo yeah~

bahan yang diperlukan adalah;
macaroni (of coz..) frozen peas ayam dada dipotong dadu chive (ape eh... daun kucai ke daun bawang?)



untuk buat bechamel sauce. kita perlukan
butter + tepung untuk buat roux susu segar mozarella cheese chicken stock (kalau takde, pakai la serbuk pati ayam tu bancuh dgn sikit air) s…

Some call me freak

Few people knows this fact. Most people doesn't have any clue. Some might admire my act The rest will think i'm freaking 'wuu' (yapeda punya poem)


Only few people knows that:
1. I was an athlete. Saya wakil Negeri dalam sukan Karate-do (kategori kumite/sparring), dan dapat pingat gangsa. Itu adalah 3 bulan sebelum PMR. jadi saya tolak latihan intensive SUKMA.

2. I was overweight. That was happen after i quit Karate. I ate the same portion of food, without doing the same workout. Dah kata atlit bersara kan... haruslah gemuk. hahaha

3. I get back in shape because i want to get a job. Hantu mana tah bagitau, kalau tak lawa susah nak dapat kerja dalam ID nih. So i hit the treadmill, and i learn how to makeup.

4. I love ID job. Actually. Seriously. Not kidding. TAPI!!!!! i fed up dengan my boss at that time. Thats why i quit.

5. I never jump into ID again because i know i can never give my all to the job. I mean, family number 1, no? walaupon gajinya lumayan...

6. I LOVE extreme sp…

biri-biri dan lembu

Image
Pada suatu malam, aku menonton filem "Leap year" dengan hubby. Masa tu, kami baru pindah rumah, maka TV pon belum boleh hidup. Sebabnya, TV dah sampai tapi wire HDMI tertinggal dalam kotak kat apartment lama. Maka, malam itu kami hidup gaya nenek moyang dulu-dulu aje.. aku pandang kau, kau pandang aku.

Tapi nasib baik ada laptop. Tengok lah movie yang memang ada dalam laptop tu. Internet memang lah tak wujud, mana ada broadband kan~

Masa tengok "Leap Year" tu lah.. ada satu scene tu, kereta mereka kena halang dek kambing biri-biri yang melintas jalan. wahhh~~~ entah kenapa lah aku teruja sangat dengan kambing biri-biri nih.. sebijik macam dalam gambar kat bawah ni lah. Comel je rasa bila kena halang perjalanan oleh sheep kan~~ haha~



Masa tu bila terkenangkan situasi dan keadaan tersebut, dengan cuaca yang indah, panorama pon cantik, ada pulak sekumpulan kambing biri-biri melintas... cantik nya! kena pergi luar negara lah kalau nak jumpa kambing biri-biri melintas jala…

Penangan kerja

Baru pulang dari Melaka. Sampai tengah hari tadi, terus masuk office. Kerja memang MELAMBAK. Juwita ponteng taska. Nasib baik dah inform teacher dia Jumaat lepas. tak ada lah mereka tertanya-tanya pulak nanti... manalah tau kan.. hikhikhik... dah la yuran belum bayar. -__-'

Sepanjang tahun ini, minda kami memang fokus pada kerja, kerja, kerja. Mungkin aku boleh katakan ini adalah fasa bekerja keras kami. Belum lagi untuk tahun ini kami makan sedap (kalau ada pon biasa-biasa sahaja kot.. sebab tu aku tak ingat), belum ada apa-apa celebration (kerana belum ada benda untuk di celebrate, belum ada grand vacation (kalau ada pon setakat pulang ke kampung halaman sehari dua). Cuma.. bulan Januari haritu kami ada ke Port Dickson untuk menyertai BBQ budak-budak x-MRSM, dan kami ambil kesempatan itu untuk puas-puas release stress!

Hari ni baru teringat sesuatu yang agak penting juga. Hujung bulan ni adalah birthday Juwita! Maka, dengan kerja yang melimpah ruah tak pernah henti, masa kerja ya…

pesanan dari blog ke blog buat kaum hawa pulak...

Haritu aku post satu tulisan indah, pesanan buat kaum adam, anak-anak-lelaki dan suami-suami.. betul? tak fair lah kalau bagi pesan kat lelaki je kan.. wanita pon kena sentiasa beringat-ingat, especially yang dah bersuami. banyak benda sebenarnya kita kena jaga bila dah bersuami ni.

Bila kita single, kita lain, bila couple kita lain... bila kita dah jadi isteri, tambah lagi dah jadi ibu... lagi lain. Lain bukan bermaksud menjadi orang lain. Tapi menjadi diri kita yang lebih baik. Kadang-kadang orang kata, buat apa nak berpura-pura, "just be ourself"

Persoalannya, "ourself" kita tu sempurna ke tidak.. ada cela ke tidak...? Ada pula yang menyangkal. Buat apa nak cuba jadi sempurna. Nobody perfect. Kita terima dia seadanya, dia pon kenalah terima kita seadanya. Ya, betul. Tapi dalam pada itu, kita seharusnya berusaha untuk menjadi diri kita yang lebih baik. Tak gitu? Takkan nak takuk gituuuu je sampai ke tua?

Masa bercinta kita tak nampak. Bila dah hidup bersama, benda …

masak-masak hari ahad: lasagna & apple caramel tartlet with mascapone cheese

Image
aktiviti hari Ahad lepas adalah memasak bersama anak daraku sebelum kami shoot ke kolam renang. Owh.. Juwita memang suka kalau di ajak masak.. kena bagi jugak dia tugasan walaupon hanya untuk letak sudu dalam mangkuk.. haaa~~~ kalau tak mau merajuk sehari.

Jadi, mula dengan buat Lasagna. Kali ni buat yang cepat dan instant aje. Buat style semi homemade cook aje. Maka, tak ada buat roux, tak buat bechamel sauce, tak buat tomato sauce, tak masak mince meat.. semua tak lah!!! Gile malas kan.. (bukan malas sebenarnya, tapi nak cepat. lagipon bahan tak cukup. Mince meat tak de, susu takde nak buat roux,... )

Maka, aku berpaling kepada option yang cepat dan segera... iaitu menggunakan sos prego bolognese sebagai tomato sauce, chambell mushroom soup sebagai bechamel sauce, dan sebab tak ada mince meat, aku gantikan dengan sausages yang dipotong halus. Ringkat amat nih!!

Jadi, tak sampai 5 minit dah siap preparation, mulalah melayer.....oh ya, selang selikan dengan mozarella cheese ye. Sampai pe…

pesanan dari blog ke blog

Bila ada blog ni, semua benda jadi senang nak spread. Benda menarik, berita panas dan sensasi, gossip yang tak tahu hujung pangkal, fahaman, pendirian politik.. (oh, jangan masuk bab itu), malah info-info berguna juga senang nak tersebar luas.

Bila jumpa penulis blog yang pandai menulis dengan bahasa yang indah-indah, memberi nasihat, pedoman dan panduan.. mestilah blogger lain menarik dan tertarik. Seperti biasa, blogger lain mulalah share penulisan indah itu di blog mereka pulak, sambil tak lupa kredit kepada penulis asal. Kalau tak kredit jadi plagiarism pulak kan.. =)

Jadi, penulisan di bawah ini sebenarnya aku petik dari blog ini yang mana, blogger itu ambil pesanan tersebut dari blog yang ini pulak. Cer tengok.. dah jadi macam blog berantai pulak dah kan...? hahaha~ Oh, penulis asal, menulis coretan ini sebagai pesanan buat anak-anak lelakinya. Blog yang share penulisan itu, kongsi sebab suka dengan penulisan itu dan dedicate pesanan itu untuk adik lelaki dia. Dan aku pulak, ambil…

spa oh spa

Dah lama sangat tak pergi spa.....


buzynya.....



entah bila la dapat pergi lagi....



Haritu blogwalking kat blog orang, jumpa lah review pasal Andana Spa. Macam menarik je. Sebelum ni aku try Spa Cendana kat Shah Alam ni je..

Next time kalau ada member ajak gi Andana Spa lah. Kat Glenmarie. Eh, bawak hubby pon boleh tau! dia ada bilik untuk couple. Spa ni memang untuk lelaki dan perempuan. Malah dia penah dapat award best man spa in asia tau!

haha~~


Berangan je lah dulu... kerja office tak habis-habis lagi nih. Per citer citer spa?




~ Perut rasa lapa.. bila makan rasa sebu plak.. adoi...
~ Rasa panas, bila buka aircond rasa sejuk sangat pulak..
~ Rasa ngantuk, tapi bila nak tido tak senang hati kerja banyak pulak.. haish~~