b'day girl pergi window shopping


Rabu ni adalah birthday budak kecik ni. Maka, kami jalan-jalan window shopping pon sambil meninjau-ninjau benda menarik yang Juwita minat... kalau kena dengan budget boleh bagi dia sebagai present birthday nanti kan.. hehe~


Tapi tak ada apa nak beli sangat pon sebenarnya, sebab buat kat taska dia tahun ni. Jadi prepare kek dan goodies bag aje. Sabtu haritu dah pergi beli goodie bag tu. Of coz lah mesti kaler pink dan gambar princess barbie kan~~(dia yang pilih key)


(gambar tiada kena mengena. Juwita main dengan baby sebelah meja kami)


Pastu, kek pon maklang nya aje yang buat. Kami tempah lah.. bukan mintak sponsor tau.. hihi~Yang pasti, ada edible picture (gambar princess mermaid si Ariel tuh), dan kemudian ada seketul Tiara atas kek tu. Idea letak tiara tu asalnya dari hasil carian research di google lah tu.. ada la save beberapa gambar buat reference. Last-last, kek yang ada tiara tu lah yang juwita tunjuk. Haa... layan je lah..




Tiara ni beli 2, satu nak letak kat kek, satu lagi dia nak pakai.. nak jadi princess kawen katenya @__@. oomaigod.. baru 3 tahun yang oii... tersentak mak nokk! Tak puas lagi bergumal dengan baby ibu nih, dia dah nak jadi princess nak kawen. Adoi laa~~~ (pengaruh citer barbie lah nih)


Oh.. masuk toys r us... ada lah few things yang dia berkenan.. antaranya mainan little mermaid si ariel tu ha.. yang boleh tukar-tukar pakaiannya.. boleh jadi mermaid, boleh jadi princess. Sangat lah dia teruja dengan benda nih. Tapi jalan-jalan lagi, nampak pulak baby alive nih. Owh.. yang ni maknya pon teruja! Tapi tak mungkin kot nak beli.. dekat RM300 kau! gila betul! Baik aku buat baby betul, bagi kat dia buat adik. Bagi Juwita jaga adik betul dia puas-puas. Haaaa~ baru puas hati.


(belah kanan tu yang little mermaid ariel)


Baju princess tak payah cakaplah.. yang dia minat semua hak yang kembang-kembang, putih mulus.... macam baju kawen tu lah! Tapi ropol-ropol sorry lah, dia tak pandang. Seriously, Juwita ni taste dia boleh tahan lah... tak daya nak layan kadang-kadang tu. (ikut sapa la tu eh.. hihihi). Anyway, dah beli yang simple aje kat Jusco je pon. Ada discount 30% ke 50% tah.. Dress simple ni praktikal, lain-lain kali pon boleh pakai buat gi taska, gi jalan semua.. kalau yang kembang glam-glam tu, bilanya lagi nak pakai kan? time raya pon segan nak tunjuk. Flower girl pon kalah!


Abahnya masih mencari dan memikirkan hadiah yang menarik untuk si Juwita nih... hihi~ Sebenarnya, aku pon, kalau takde option lain, memang aku sambar yang mainan mermaid tu lah buat hadiah. Kalau ada option lain yang lagi bagus.. means, benda yang dia boleh guna pakai hari-hari ke.... lagi bagus kan?


Contohnya macam kasut crocs nih.. Juwita dah test drive (drive ker?) kasut ni satu butik tu. Siap dah jerit panggil abahnya suruh bayar (malu aku time tuh) sebenarnya nak bagi test-test pakai aje... hahaha~ aku dok katalah.. saiz ni besa... bukan saiz Juwita la, apa lah.. macam-macam auta lah yang keluar. last-last dia yang sendiri cakap. "nanti abah beli besday ey.. ooo.. ok, ok.." barulah dia angguk angguk. Berjaya aku pujuk dia keluar dari butik crocs tanpa paksaan dan teriakan. :P~~ Habis lah abahnya pulak nak menjawab lepas nih. haha~! Eh, tapi lawa lah kasut nih!!! ok per buat hadiah.. kan? =P





Kalau bawa Juwita jalan, dia mesti nak window shopping sama. Semua benda dia nak cuba. Kasut nak cuba, baju nak cuba... alaahai.. comel je... kat bawah ni, dia cuba try test cardigan lace ni. lawaaa gile! tapi cardi tu aje RM129! heh~ tunggu mak kau ni kaya raya haa, baru boleh demand macam-macam~ (Juwita nampak sangat girly bila pakai cardi macam tu). Kebetulan dia pakai dress tali halus kaler hijau, memang kena lah.









~ seronok juga layan budak Juwita ni. Tahun ni dia dah paham besday kan.. kalau 2 tahun sebelum ni dia dia tak paham apa lagi.. kita je yang excited.

~ uwan saya masuk hospital. doakan cepat sembuh ya kawan-kawan.

Comments

Popular posts from this blog

Cerita Hantu asrama lagi (mimpi berdarah)

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.