freestyler!

Alhamdulillah, selamat sudah acara memotong kek kechil kechilan sempena hari lahir Juwita Aisha semalam. Simple dan ringkas sangat. Nyanyi lagu besday, potong kek (tiada tiup lilin, sebab lilin dah padam dulu sebelum sempat di tiup. Lilin patah. huhuu), makan kek. Habis licin 1 kek tu dipedajalkan oleh kawan-kawan Juwita semua. Lepas semua basuh tangan, beratur untuk menerima goodies bag dari Juwita. 40 buah goodies bag semuanya. Ngam ngam aje.


Eh, banyak pulak cerita pasal besday. Sebenarnya bukan kisah itu utamanya harini. Kisah besday kita sambung lain kali sebab sekarang gambar masih dalam kamera. Tak syok la pulak bila cerita pasal peristiwa penting tanpa gambar bukti kejadian.. kan?


Belakangan ini dah mula jarang pergi swim. Sebab kekangan masa, tak dapat nak selitkan sesi swimming. Kelas tiap hari rabu tu pun asyik start lewat sebab aku sampai lambat. Natijahnya, kelas swim aku pendek. 30 minit, 40 minit... tak sampai 1 jam pon. Maka prestasi aku 2 minggu ni merudum. Asal asal dah macam nak boleh freestyle, dah jadi tenggelam timbul tenggelam timbul. Pull lembik, flutter kick lembik, badan sinking, amik napas pon antara dapat dengan tidak... berapa gelen air dah aku terminum masa kelas itu hari. aduyai~~~


Jadi sebagai rujukan aku sendiri, aku tepek kat sini reference aku untuk freestyle. Video yang 1st ni adalah freestyle gaya total immersion. Top woo Total Immersion nih... Orang yang dah biasa swim mesti nak try buat total immersion. Total immersion ni, technique dia banyak glide. So kau save banyak energy kat situ. Perasan tak, flutter kick pon dia buat ala kadar je.. sekali dua je kick dalam satu stroke tuh. memang save energy kat kaki.. dan glide banyak. Smooth je swim.





Video ke dua pulak adalah freestyle gaya Micheal Phelp. Tapi sebab tak boleh nak embed kat sini, aku letak link aje.




Ini... untuk amatur macam aku.. tak payah verangan lah nak tiru key... sekadar untuk jaw dropping aje tengok dia swim. Kau praktis seminggu 7 kali selama 2 tahun pon belum tentu kau dapat buat sesempurna Micheal Phelp. Counting dia perfect, consistent dari awal sampai habis. Ada orang yang rajin research pasal freestyle Micheal ni, katanya every stroke dia kick 7 kali. Konsisten. Tak pernah lebih tak pernah kurang. Kalau kau orang tengok, dia kick dan pull continous. Non stop. Ada glide jugak between 1 pull to another, tapi pantas gile! Dan, walaupon pantas, dia blow bubble habis! tak tersangkut-sangkut. Well, we are talking about the most fastest swimmer on earth now~ Pemegang rekod dunia paling laju berenang!


Freestyle micheal phelp ni, kalau amatur buat memang semput. Jangan kan 50 meter, 25 meter pon belum tentu selamat sampai. 20 meter dah pancit. Kalau kau berenang kat kolam 2 meter dalam, confirm kau lemas. Nasib baik aku berenang kat 1.2 meter dalam je. Penat aku boleh berdiri. Rehat. (ngelat).


Oleh itu............. aku rasa lepas ni aku nak try praktis gaya total immersion tuh. Seingat aku lah, cikgu renang aku pon ajar ala-ala total immersion ni gak... banyak kali aku kena tegur sebab laju sangat, counting berterabur, blow bubble tak habis, tak glide.. dan paling penting, aku guna banyak energy sebab aku kick all the way. Kena save energy sket kat situ. Glide lama sket, kick bila perlu sahaja. So, takdelah tercungap-cungap.


Okeh! Dah semangat nak minum air klorin~~~! Jom kita berenang!!!!!!!!








~ minggu ni tak sempat gi swim langsung. Cemana nak praktis nih

Comments

Popular posts from this blog

Cerita Hantu asrama lagi (mimpi berdarah)

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.