pesanan dari blog ke blog buat kaum hawa pulak...

Haritu aku post satu tulisan indah, pesanan buat kaum adam, anak-anak-lelaki dan suami-suami.. betul? tak fair lah kalau bagi pesan kat lelaki je kan.. wanita pon kena sentiasa beringat-ingat, especially yang dah bersuami. banyak benda sebenarnya kita kena jaga bila dah bersuami ni.


Bila kita single, kita lain, bila couple kita lain... bila kita dah jadi isteri, tambah lagi dah jadi ibu... lagi lain. Lain bukan bermaksud menjadi orang lain. Tapi menjadi diri kita yang lebih baik. Kadang-kadang orang kata, buat apa nak berpura-pura, "just be ourself"


Persoalannya, "ourself" kita tu sempurna ke tidak.. ada cela ke tidak...? Ada pula yang menyangkal. Buat apa nak cuba jadi sempurna. Nobody perfect. Kita terima dia seadanya, dia pon kenalah terima kita seadanya. Ya, betul. Tapi dalam pada itu, kita seharusnya berusaha untuk menjadi diri kita yang lebih baik. Tak gitu? Takkan nak takuk gituuuu je sampai ke tua?


Masa bercinta kita tak nampak. Bila dah hidup bersama, benda sekecil zarah pon akan diambil kira. Sebab tu kita kena jaga. Jangan sampai hati suami terguris atau terkilan. Kadang-kadang kita wanita ni tak sedar benda-benda kecil ni. Hmmm... banyak juga aku dah belajar dari perkahwinan aku. Tapi rasanya masih tak cukup lagi. Banyak lagi aku perlu perbetulkan.


Oh, aku malas nak cerita panjang lebar. Lebih baik terus kepada ceramah hari ini sahaja. Seperti biasa, aku kreditkan blog ini sebab aku ambil dari dia. kak Intan ni mak kawan baik saya dulu masa kat Uitm, Jimi nama dia. Kitorang suka panggil dia jimi asmara. Kak Intan ni suka english deco tau! suka tengok hiasan dalam rumah dia. Mostly dia deco sendiri.


Ok, jum kita dengar ceramah ye kawan-kawan~~


"TABIAT WANITA MEMBAWA KE NERAKA"

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta Baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'.



Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan memberi tazkirah

seperti berikut:

"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".


Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?'


Rasulullah SAW menjawab, "Tidak". Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah

2. Kamu kufurkan kebaikan suami."


Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :

1. Banyak beristighfar

2. Banyak bersedekah.



Keterangan:

Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:


Contoh 1

Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya." Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.



Contoh 2

Tengah memasak gas habis.. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis."


Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan, di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami. Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham. Rasulullah SAW berkata,


"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak" (Terjemahan langsung dari Arab).


[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkandengan perkataan seperti berikut: "Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".] [Tak guna sesenpun']


Rasulullah SAW sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.


Subhanallah, Maha Suci Allah. Sebutan sebegini memberikan pahala dan ' Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.



Fadhilat beristighfar:


a) Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 x sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."

Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.


b) Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar,akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah

yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita"


c) Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk

kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:


1. Tuturkata/percakapan yang baik. Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya

bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda. Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya" .


2. Memberi salam.


3. Memaniskan wajah. Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, "Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi :

"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah."



Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.



Peringatan Terakhir - Melatah:

Bagi wanita yang suka melatah seperti O pocot?, ? O nenek kebayan?, ?O sayang? - jangan biarkan diri anda, Melazimkan sebutan-sebutan sepertinya kerana sebutan itu tidak membawa sebarang makna & kebaikan. Kelaziman sebegitu dari waktu muda akan terbawa ke hari tua. Ubahlah sebutan anda ketika melatah dengan Menyebut makna kepada yang menyebut & mendengarnya.



Moga-moga dengan membiasakan diri berzikir, latah anda juga akan turut berzikir.



Semoga tazkirah ini kita sama sama buat pedoman dalam menjalankan hidup kita sehari harian...yang baik kita jadi kan tauladan...yang jahat kita jadikan sempadan....







~ beristigfar banyak kali kalau marah... jangan sampai terkeluar perkataan tak sepatutnya pula.

~ banyak lagi yang perlu aku perbaiki... -__-'

Comments

kakcik said…
Terima kasih Anggun atas perkongsian ini. Tiada rumahtangga yang tidak bergelora, tapi kita kena sentiasa belajar untuk memberi dan menerima seadanya. Mudah2an Allah merahmati kita semua. :)

Popular posts from this blog

Menempah penginapan percutian dengan AirBNB

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?

Kemas kini gambar passport anak anda