pesanan dari blog ke blog

Bila ada blog ni, semua benda jadi senang nak spread. Benda menarik, berita panas dan sensasi, gossip yang tak tahu hujung pangkal, fahaman, pendirian politik.. (oh, jangan masuk bab itu), malah info-info berguna juga senang nak tersebar luas.


Bila jumpa penulis blog yang pandai menulis dengan bahasa yang indah-indah, memberi nasihat, pedoman dan panduan.. mestilah blogger lain menarik dan tertarik. Seperti biasa, blogger lain mulalah share penulisan indah itu di blog mereka pulak, sambil tak lupa kredit kepada penulis asal. Kalau tak kredit jadi plagiarism pulak kan.. =)


Jadi, penulisan di bawah ini sebenarnya aku petik dari blog ini yang mana, blogger itu ambil pesanan tersebut dari blog yang ini pulak. Cer tengok.. dah jadi macam blog berantai pulak dah kan...? hahaha~ Oh, penulis asal, menulis coretan ini sebagai pesanan buat anak-anak lelakinya. Blog yang share penulisan itu, kongsi sebab suka dengan penulisan itu dan dedicate pesanan itu untuk adik lelaki dia. Dan aku pulak, ambil dari blog akak ni sebab aku rasa berguna pesanan ini buat pedoman dan panduan kita seharian.


Benda baik, buat apa biarkan terperuk kan.. elok lah disebarkan agar ramai yang boleh membacanya, dan boleh juga jadi panduan buat anak-anak lelaki lain diluar sana... kan?


aku belum ada anak lelaki.. Tapi andailah ada rezeki dapat anak lelaki, mungkin aku akan bagi pesanan yang sama pada dia kemudian hari kelak.




Pesanan buat anak-anak lelakiku...
bila suatu hari nanti kamu beristeri
ingatlah bahawa isterimu bukan abdi
padanya kasih wajib kau beri
nafkah zahir dan batin jangan sesekali kau pandang sepi

walau telah banyak wang kau keluarkan
isterimu sama sekali bukan hamba tebusan
bila langkah tidak seiringan
bukan bermakna kau harus mencari persimpangan

isterimu mungkin bukan pilihan hati
tapi dia jodohmu yang ditentukan Ilahi
belajarlah untuk saling mencintai
bukan kesalahan yang sengaja dicari-cari

kalau dia memang yang kau pilih
janganlah suatu hari nanti kau mula berdalih-dalih
rawatlah segala luka dan pedih
mekarkan kasih sehingga pulih

bila sudah hidup bersama
kongsikan segala suka dan duka
jalankan tanggungjawab besama-sama
bukan hanya tahu mengarah sahaja

kalau kalian sama bekerja
jangan kau cuba menjadi raja
bantulah tugasan di rumah sepenuh rela
agar isterimu boleh merawat dirinya

jangan nanti kau mencebik-cebik
kononnya isterimu tidak lagi cantik
sedang penatnya tak pernah kau telek
hanya yang kau tahu memekik-mekik....


Comments

kakcik said…
Terima kasih Anggun kerana sudi memanjangkan coretan kakcik ke blog Anggun ini. Hanya sebuah pesanan yang lahir dari hati nurani seorang ibu yang juga bergelar seorang isteri. :)
hAzAnA said…
iye2.. saya suka.. plus kreadit berganda2 kpd pencoret & org yg sebarkan nye..

Popular posts from this blog

Cerita Hantu asrama lagi (mimpi berdarah)

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.